Posts Tagged ‘Hati’
Masalah tuntutan wang tambang pengundi
Salam 1Malaysia
Pengundi yang balik mengundi tidak diberikan elaun wang tambang. Bagi kawasan Kg. Kebakat, Wakaf Bharu, Kelantan iaitu En. Nxxx dan penghulu bersikap sambil lewa dan berdolak dalih. Kemanakah duit tambang itu dilesapkan jika peruntukan tambang tidak sampai ke tangan pengundi? Rakan-rakan pengundi yang lain juga mengalami nasib yang sama.
Masalah ini berlaku kerana kecuaian pihak Barisan Nasional (BN) menyerahkan duit kepada individu tertentu dan tiada pemantauan serius. Sepatutnya pihak kerajaan mengadakan pemberian elaun tambang bagi pengundi melalui agihan voucher seperti mana pengagihan Boucer Buku 1Malaysia.
Bayaran Masuk Ke Water Parks di iCity
Pada 16 November 2012, hari Jumaat saya dan keluarga pergi ke iCity dan water park yang baru dilancar pada 15 November 2012. Kami sangat teruja untuk melihat dan menikmati apa yang ditawarkan di situ. Di kaunter tiket kami dimaklumkan terdapat 2 pakej harga iaitu untuk hari bekerja (weekdays) iaitu RM 35.00 untuk dewasa dan hari minggu (weekend), iaitu RM 40.00 untuk dewasa.
Semasa membuat pembelian tikat pada hari tersebut, hari Jumaat (weekdays), kami dikenakan bayaran RM40.00 seorang dewasa. Apabila saya membuat pertanyaan dikaunter tiket tersebut mengapa harga tiker RM40.00, saya dimaklumkan bahawa RM40.00 adalah kerana musim cuti sekolah. Saya tidak berpuas hati kerana dalam phamplets dan papantanda di kaunter tiket tidak disebut langsung harga pada musim cuti sekolah.
JMB Mentari Court tidak bertanggungjawab
Saya adalah salah seorang penduduk yang sangat tidak berpuas hati dengan pihak JMB Mentari Court apartment Bandar sunway. Saya sudah menginap 5 tahun di sini. Pada bulan ogos 2012 baru-baru ini, kabel telekomunikasi pada bilik riser aparment ini telah dicuri. Masalahnya, sehingga sekarang bulan november 2012 masalah ini belum berjaya diselesaikan.
Alasan pihak JMB Mentari Court adalah sangat tidak munasabah. Pihak JMB mengatakan yang kabel itu dalah di bawah tanggunjawab pihak Telekom Malaysia (TM) padahal kabel riser sebenarnya adalah berada dibawah tanggungjawab pihak pengurusan apartment (JMB).
Proton: ‘Jerking’ Adalah Sifat Kereta Mereka
Bolehkah awak terima hakikat kereta baru anda dari hari pertama yang mempunyai masalah ? Tetapi, Proton enggan mengakui masalah produk mereka, malahan berani bercakap inilah sifat kereta itu. Dan pun tidak dapat buat apa-apa terhadap masalah kereta saya.
Kereta Proton Exora yang baru beli 9 bulan itu pun mengalami sentakan (jerking) dari hari pertama Dec’11 tahun lepas. Selepas membuat komplain kepada Penang Jeluton Proton Salesman, dia pun berkata bukan halnya selepas jualan, malahan menyuruh saya pergi service center untuk baik pulihkan. Dengan hati kecewa dan marah, saya pun menghantar kereta ke Proton Service Center Juru, Penang. Akhirnya, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah saya. Sayan pun merujuk ke Penang Proton Service Center, dan juga Sungai Petani. Sehingga ketiga-tiga service Center tidak dapat selesai masalah saya dan sampai tujuh-lapan kereta saya keluar dan masuk,Juru branch pun membantu saya hantar report kepada head branch center Proton.
Perkhidmatan Poslaju Kota Kinabalu Mengecewakan
Saya terpanggil untuk meluahkan ketidakpuasan hati kepada servis yang diberikan pihak POSLAJU Kota Kinabalu.Ini bukan kali pertama,malahan masalah saya ini juga pernah dihadapi ramai lagi pengguna yang menggunakan perkhidmatan POSLAJU di Kota Kinabalu.
Sebagai seorang perniaga online yang begitu bergantung dengan perkhidmatan pos,saya dapatan servis yang ditawarkan nama segah Pos Malaysia Bhd tidaklah seperti mana yang digambarkan dlm misi dan aspirasi syarikat ini.Setiap kali membuat aduan menerusi Posline,saya tidak dapati pengurusan tertinggi POSLAJU Kota Kinabalu cuba untuk perbaiki perkhidmatan mereka.
Masalah tuntutan DBKL masih belum dibayar
Saya ingin membuat aduan terhadap DBKL, saya teleh membuat tuntutan bayaran balik terhadap kereta saya kerana telah dihempap pokok ketika ribut di Taman Desa pada 25 Jan 2012, dan saya telah membuat tuntutan pada DBKL pada hujung bulan mac. Semasa saya menghantar tuntutan kakitangan DBKL yang menerima tuntutan saya berkata permohonan itu akan dibayar paling cepat dalam masa 2 bulan dan paling lewat dalam masa 6 bulan tapi sehingga kini tuntutan saya masih belum dibayar
Saya telah banyak kali membuat aduan terhadap DBKL tapi hanya satu feedback yang saya terima dari Jabatan Rekreasi DBKL, saya juga membuat aduan di Pejabat Datuk Bandar tapi sehingga kini tiada sebarang feedback, knape masih ada Agensi Kerajaan yang sedemikian, adakah masih wujud penjawat awam yang duduk goyang kaki di pejabat cukup masa balik. Beginikah respon yang saya terima dari DBKL. Saya sangat tidak puas hati seperti saya membuat aduan pada PEJABAT DATUK BANDAR DBKL tetapi tiada respon adakah DATUK BANDAR juga tidak buat kerja saya buat begini kerana saya sangat marah dengan DBKL
Servis Tidak Memuaskan Bas Shamisha
Sebagai pengguna,kami diberikan hak untuk bersuara jika ada yang tidak memuaskan hati kami. Sebagai seorang pengguna dan seorang pelajar yang belajar di ibu kota, kami selalunya menggunakan perkhidmatan awam seperti bas untuk pulang ke kampung. Selalunya kami menggunakan perkhidmatan bas Shamisha. Sepanjang pengalaman kami menaiki bas Shamisha tersebut, pelbagai masalah yang tidak memuaskan hati kami. Antaranya :
- Bas tidak menepati masa yang ditetapkan
- Pengurusan penumpang yang lambat
- Melalui perjalanan yang tidak ditetapkan (di mana bas tersebut lebih suka melalui jalan yang lebih jauh walhal tidak ada pun penumpang mahu turun ke destinasi tersebut)
- Menurunkan penumpang bukan di destinasi yang betul
- Driver yang kurang ajar adakala memaki hamun penumpang
Harga makanan yang mahal dan layanan pekerja yang teruk
Pada 22/8 bersamaan hari raya ke 4 saya ke kedai makan Nasi Kampung Catering, Padang Nenas, Jalan Mengabang Telipot untuk menjamu selera.Seperti mana maklum pada hari raya sudah pasti sukar untuk mencari kedai kerana ramai peniaga bercuti pada hari raya. Ketika kejadian saya makan seorang diri. Masa tiba di kedai makan terbabit tidak banyak lauk yang tinggal malahan nasi pun sudah tiada. Dalam sekitar 10 minit menunggu nasi telah tiba. Kualiti nasi yang lembik tidak diendahkan kerana lapar. Saya hanya mengambil nasi kosong tanpa kuah, sambal belacan sesudu dan ikan bakar yang saiznya biasa sahaja. Harga tidak dipamerkan dan segelas air teo o ais.

Kilang Simen Beroperasi di Kawasan Perumahan
Di sini saya ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pemilik Sebuah Kilang Simen yang aktif beroperasi di kawsan perumahan saya iaitu di Jalan Ciku Utama, Taman Kota Masai,Pasir Gudang.
Dengan adanya kilang ini, kesihatan dan keselesaan penduduk sekitar terutama kepada kami sekeluarga terjejas sama sekali kerana sering mengalami demam dan batuk-batuk akibat dari habuk simen yang dilepaskan dari kilang tersebut.
Karaoke Stadium Larkin
Sejak hari Sabtu lepas, saya dan keluarga saya tidak lena tidur malam disebabkan karaoke ‘open air’ dari sebuah restoran di Stadium Larkin. Sebelum ini, aktiviti karaoke tidak kedengaran. Saya rasa, mungkin tuan punya kedai ingin memeriahkan bulan Ramadhan dengan menganjurkan aktiviti ini.
Apa yang menaikkan kemarahan adalah sesi karaoke restoran ini diadakan di tempat terbuka. Mereka menyanyi sehingga larut malam, iaitu 2 atau 3 pagi. Lokasi restoran itu dikelilingi kawasan perumahan flat dan apartmen di kawasan Larkin Perdana lebih kurang 300 meter sahaja. Bunyi bising karaoke boleh didengar seluruh kawasan Larkin Perdana. Aktiviti mereka mengganggu waktu tidur semua penduduk di kawasan itu.





