Hasil | Aduan Rakyat Online

Cari
Aduan Terkini
Aduan Paling Pupolar

Sorry. No data so far.

Archives
Blogged.my

Posts Tagged ‘Hasil’

Kemudahan di KKTM Rembau Mengecewakan

Saya merupakan bapa kepada anak saya yang kini sedang menuntut di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau, N.Sembilan. Kini anak saya sudah berada di semester 5. Namun, sejak hari pertama ketika mendaftar anak saya, beberapa kemudahan Kolej yang dicanangkan didalam website kolej tersebut indah khabar dari rupa.

Contohnya kemudahan di lab. Peralatan yang sudah rosak namun tidak dibaiki apatah lagi untuk diganti. Peralatan untuk kemudahan membuat[projek juga tidak begitu bagus, namun pihak atasan menekan pelajar untuk memberikan hasil berkualiti. Bagaimana hendak hasilkan kerja yang berkualiti kalau kemudahan ibarata hidup segan mati tak mahu?  Selain itu, tindakan diskriminasi oleh beberapa tenaga pengajar lelaki yang gemar mencari salah pelajar juga menimbulkan tanda tanya saya.

Read the rest of this entry »

Skim baru bomba menjatuhkan maruah anggota bomba

SKIM perkhidmatan kakitangan bomba pernah disifatkan oleh sebuah akhbar sebagai skim yang kelam-kabut. Memang benar skim perkhidmatan itu memang kelam-kabut, malah menjatuhkan maruah anggota.

Di sini saya akan jelaskan apa yang dikatakan kelam-kabut serta menjatuhkan maruah anggota. Rata-rata dikatakan skim ini hanya memberi keuntungan kepada pihak atasan. Jika dulu jawatan Ketua Pengarah bukan JUSA tetapi dengan skim baru ini Ketua Pengarah bergelar JUSA.

Read the rest of this entry »

Keputusan Ujian MEdSI tidak adil!

Saya adalah graduan diploma dari sebuah universiti pendidikan. Saya dan rakan-rakan graduan menghadapi masalah di mana kami tidak mendapat penempatan dalam menduduki Ujian MEdSI. Ujian MEdSI ini adalah amat penting bagi sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan. Tanpa Ujian MEdSI ini kami tidak akan dapat penempatan di universiti yang mempunyai pendidikan.

Kami berasa tidak patut, hal ini kerana pihak MPM seharusnya memberi peluang kepada pelajar khususnya pelajar yang mempunyai asas pendidikan untuk menduduki ujian Medsi dan selepas itu barulah ditetapkan sama ada kami layak atau tidak untuk menduduki fasa seterusnya iaitu temuduga. Tindakan pihak MPM yang menolak permohonan kami secara mentah tanpa memberi peluang kepada kami untuk menduduki ujian medsi adalah tidak wajar sama sekali.

Read the rest of this entry »

Masalah kerosakan jalan raya selama 28 tahun tidak diturap

Salam 1 Malaysia, saya salah seorang daripada penduduk kampung kibunut penampang, sabah ingin membuat aduan kerosakan jalan raya yang sangat teruk di kampung ini. Kini saya sudah berusia 28tahun namun masalah ini tidak pernah ada jalan penyelesaian, bermaksud masalah ini telah berlarutan selama 28 TAHUN.

Keadaan jalan raya yang tidak berturap ini telah memudaratkan penduduk kampung ini. Contohnya, menyebabkan kenderaan penduduk kerap rosak & kos pembaikan kereta meningkat, kesukaran mencari bas memasuki kampung, Masalah kenaikan kadar tambang bas, dll. Butiran lanjut adalah seperti berikut:-

Read the rest of this entry »

UITM Kota Kinabalu Sabah menarik balik tawaran belajar

Saya baru sahaja ditawarkan ke program Diploma Sains ke UITM Sabah. Malangnya, apabila sampai disini mereka telah menarik balik tawaran tersebut hanya kerana mereka tidak boleh menerima surat pengesahan surat lahir bapa saya. Mereka berkehendakkan ia bertarikh sebelum tahun 2000. Ada beberapa sebab kenapa bapa saya tidak bersurat beranak:

  1. Bapa saya lahir sebelum merdeka dan Sabah cuma bersatu dengan Malaysia pada tahun 1963.Tidak mungkin mempunyai surat beranak.
  2. Ibu bapa bapa saya tidak mempunyai pendidikan yang baik.Sabah ialah negeri yang mundur pada ketika itu.

Read the rest of this entry »

30 tahun dalam dilema

Saya wakil dari 15 keluarga ingin mengadu mengenai status tanah kami diami  kira-kira hampir 30 tahun.Pendapatan utama kami adalah melaui pertanian,sepanjang tempoh 30tahun  kami telah berkali-kali membuat permohonan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, tetapi keputusannya ditolak tanpa sebarang alasan .

Kami meneroka tanah ini yang asalnya hutan tebal,apa yang meresahkan kami disini adalah kerana tanah kami yang kami diami selama ini dan juga tempat kami bercucuk tanam sebagai sumber pendapatan utama kami ingin diagihkan kepada tanah lot oleh pejabat Tanah Kuantan.Permohonan tanah ini telah dibuka untuk rakyat negeri pahang yang rata-rata semestinya tidah mengetahui bahawa tanah yang mereka pohon itu sudah didiami.

Read the rest of this entry »

Pesta air daun ketom di Sg. Petani

Penjualan air daun ketom berleluasa di kampung saya dan penagih air daun ketom terdiri drp penduduk kampung, angkatan tentera dan pelajar sekolah. Saban hari penagih air daun ketom makin bertambah.

Saya mendapat tahu hasil penjualan air daun ketom sebanyak RM2000 sehari. Mereka melakukan aktiviti tersebut sudah hampir 3 tahun dan masih selamat (KEBAL) walaupun pejabat polis IPD tidak jauh dari tempat tersebut kerana pejual air daun ketom mendapat perlindugan dua seorang angota polis bahagian nakotik Sg. Petani.

Read the rest of this entry »

Menjaja di kawasan salah dan menghalang lalulintas

Berdepan Blok 19 dan Blok 18 Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam terdapat segelintir peniaga yg menjaja kedai makan di tempat larangan sedangkan pihak DBKL telah menyediakan banyak ruang tempat berniaga di Medan Selera di Taman Bukit Angkasa. Perkara ini telah lama diajukan sehingga telah tersebar di media masa tetapi tiada tindakan diambil sehingga kini. Hal ini juga telah menyebabkan kesesakan lalu lintas dimana ramai yang parking kereta sesuka hati di tengah jalan semata-mata hendak makan disitu.

Blok 19 dan Blok 18 Taman Bukit Angkasa

Read the rest of this entry »

Status Kes Kecurian di hostel UITM Dungun

Saya mahu meluahkan rasa kecewa terhadap pengurusan Uitm Dungun ekoran kejadian pecah masuk bilik di hotel Uitm Dungun pada 27 Jun 2011 ketika menghadiri kursus di sana.Semua barangan peribadi telah hilang termasuk laptop, camera, iphone, mp3 dan sebagainya dan anggaran kerugian melebihi RM9000.

Apa yang mengecewakan mengenai tahap keselamatan di hotel. Kecurian berlaku ketika saya sedang tidur dan berada di tingkat atas.Bagaimana perompak boleh menaiki bumbung hotel tanpa disedari sedangkan dilengkapi cctv dan pengawal keselamatan boleh

Read the rest of this entry »

Masalah Air – Pengurusan kediaman yang tidak berkesan di Flora Damansara

Saya seorang penyewa di Blok B, Flora Damansara yang amat kecewa dengan pihak pengurusan JMB yang telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan pengurusan bangunan.

Berbagai-bagai masalah bekalan air yang kami terpaksa tempuhi sepanjang 3-4 bulan kebelakangan ini, bermula dengan bekalan air yang dipotong oleh pihak Syabas, gara-gara tunggakan yang tidak dibayar oleh Pihak JMB. apa yang pelik ialah, jika dilihat dari bil yang dikeluarkan oleh pihak Syabas, seolah-olah memang tiada bayaran langsung yang dibuat. jadi, persoalannya, dimanakah hasil bayaran yang telah dibuat oleh penghuni?

Read the rest of this entry »

Pencemaran Bau Busuk di Kawasan Perumahan Taman Delima

‘BAU BUSUK’ hasil daripada peprosesan getah ‘scrub’ dari kilang yang terletak di kawasan perumahan menyebabkan udara tercemar dan menganggu penghuni yang menginap di kawasan tersebut.  Kilang ini telah lama wujud tetapi mula beroperasi pada tahun 2008 (pada masa tersebut, taman perumahan telah pun wujud).  Walupun suatu ketika dahulu pihak kilang pernah berjanji kilang tersebut akan berpindah, namun sehingga ke hari ini Ogos 2011, kilang itu masih beroperasi.

Antara kawasan perumahan yang terlibat termasuk Taman Delima, Taman Nilam, Taman Arked, Taman Mas Suria dan Taman Intan yang melibatkan hanpir 2,000 unit rumah.  Selain itu, terdapat 4 buah sekolah yang terletak di kawasan berhampiran.  Bayangkan bagaimana kami menjalani kehidupan harian dengan masing-masing menyedut udara tercemar bau busuk dari kilang tersebut.

Read the rest of this entry »

Pemaju menutup sungai

Kami penduduk Kampung Padang Balang terutama sekali kawasan lot 119 dan lot berhampiran mengalami masalah air bertakung di kawasan rumah walaupun tiada hujan yang turun. Hasil tanaman mati kerana terendam di dalam air. Air bertakung tidak bergerak setelah seminggu telah bertukar warna dan menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Setelah pemeriksaan dibuat sepanjang laluan air dari longkang ke anak sungai mendapati anak sungai telah ditutup oleh oleh pemaju tanpa membuat laluan alternatif. Anak sungai ini sentiasa mengalirkan air sepanjang masa. Apabila ditutup akan menyebabkan kampung yang berdekat akan ditenggelami air.

Read the rest of this entry »

Keadaan Jalan Rosak di Kampung Kuala Lanar

Salam 1 Malaysia, saya berasal dari Pahang. Masalah yang ingin saya kemukakan adalah berkenaan keadaan jalan yg disediakan di sebuah kampung iaitu di Kampung Kuala Lanar, Kuala Lipis, Pahang.

Sepanjang amatan saya semenjak tahun 2003 lagi, jalan di dalam kampung yang panjangnye lebih kurang 2KM dan selebar sebuah kereta amat tidak memuaskan dan tidak selamat, apakah pihak berwajib malas nak buat kerja atau tiada peruntukkan? atau ketua kampung yang dilantik hanya tahu makan Elaun sahaja, kerja tak pandai tapi ade hati untuk terus memegang jawatan..atau tiada dalam CheckList Job Spec?

Read the rest of this entry »