Hari Hari | Aduan Rakyat Online



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Posts Tagged ‘Hari Hari’

Isu Pertukaran Guru

Salam 1 Malaysia

Saya terpanggil untuk melaporkan kepada Aduan Rakyat online ini kerana isu ini masih tidak menyebelahi kami yang telah berlanjutan sehingga 7 tahun. Isu tersebut adalah isu Pertukaran Guru. Setiap tahun permohonan Pertukaran Guru akan keluar sebanyak 2 kali iaitu pada bulan April dan bulan September masing-masing untuk pertukaran bulan Jun dan Januari. Walaubagaimanapun sehingga kini lebih 6 kali permohonan di buat tetap tidak menyebelahi kami sekeluarga. Kami tinggal berjauhan selama 7 tahun sejak tahun 2006.

Isteri saya mengajar di Perak sebagai guru j-qaf dan tinggal bersama 3 orang anak yang masih kecil. Kini sedang sarat anak yang ke empat dan saya juga berkhidmat dalam jabatan kerajaan di salah sebuah universiti di Terengganu yang mana tiada cawangan di mana-mana. Saya akan berulang-alik ke Perak setiap 2 minggu secara tidak langsung akan menjejaskan prestasi kerja saya. Setiap kali balik saya akan mengambil cuti rehat. Setiap kali permohonan kami yang gagal, saya isteri dan anak-anak akan turun ke Putrajaya untuk membuat rayuan.

Read the rest of this entry »

Bayaran masuk Kolam Air Panas Gadek mahal

Baru sekejap Buletin Utama TV3 menyiarkan kisah berkaitan Kolam Air Panas Di Selayang, Selangor. Bayaran yang dikenakan hanya RM2 untuk bayaran parking kereta dan RM0.50 untuk motorsikal. Terpanggil saya untuk membuat aduan berkenaan bayaran masuk ke Kolam Air Panas Gadek, Alor Gajah, Melaka adalah sangat mahal.

Bayaran yang dikenakan adalah RM5 seorang dewasa. Ini menyebabkan orang kampung ini sendiri perlu berfikir banyak kali untuk kesana. Bayangkan kalau saudara-mara jauh pulang ke kampung dan ingin beriadah di Kolam Air Panas, jika sekeluarga 10 orang dah RM50.00. Kalau ada yang sakit dan ingin berubat dan ingin pergi hari-hari, sebulan memerlukan RM150.00 seorang.

Read the rest of this entry »

Apa sudah jadi perumahan SPNB di Lahad Datu

Saya adalah salah seorang pembeli rumah SPNB di Lahad Datu,Sabah (Bandar Sri Gemilang).Menurut perjanjian sewaktu pembelian,rumah tersebut akan diserah kunci pada 2010.Tetapi sampai sekarang bayang kunci pun tidak kelihatan.Yang lebih menyedihkan lagi perumahan tersebut sudah terbengkalai(tidak ada kerja-kerja peminaan dijalankan).

Persoalannya sekarang dimana janji-janji Barisan Nasional untuk membantu rakyat Sabah?.Mana rumah mampu milik yang dijanjikan SPNB?.Adakah perumahan Bandar Sri Gemilang ini dibuat hanya untuk memancing undi?.Takan bila pilihanraya sudah dekat baru pembinaan dijalankan semula.

Read the rest of this entry »

Layanan kurang mesra dan berat sebelah

Baru-baru ini, saya telah pergi ke bank untuk bank-in cek gaji saya. Pada kebiasaanya, saya menggunakan mesin untuk bank-in cek. Akan tetapi, rakan sekerja saya mengesyorkan saya untuk menggunakan khidmat kaunter kerana menurut mereka, sekiranya menggunakan kaunter berbanding mesin, akan lebih cepat proses untuk gaji masuk.

Misalnya kalau gunakan mesin, duit akan masuk 3 hari (hari bekerja) manakala kalau guna khidmat kaunter, gaji akan masuk setengah hari. jadi saya pun ingin mencuba khidmat kaunter. masalahnya, apabila saya pergi ke kaunter dan meyerahkan cek saya beserta slip untuk bank-in gaji saya itu, pekerja itu memarahi saya dan berkata lain kali saya patut guna mesin, bukan guna kaunter jadi saya pun minta maaf dan berkata saya tidak tahu sebab selama ini saya guna mesin dan kali ini saya nak guna khidmat kaunter sebab kawan-kawan sekerja saya pun guna khidmat kaunter untuk bank-in duit. dia cakap tak dapat, mesti guna mesin. lepas itu, pada hari yang sama, saya menemani kawan sekerja saya untuk bank-in cek gajinya dan kebetulan dia pun ingin menggunakan khidmat kaunter.

Read the rest of this entry »

Tiada bekalan air kerana tekanan rendah

Saya bernama Kavitha Yiliiatham, yang tinggal di No.27, Jln Kiyai Sujak 16, Taman Perangsang, Kapar, Selangor, telah berkali – kali membuat aduan tentang masalah ketiadaan air di rumah saya sejak minggu lepas. Seorang pegawai Syabas telah datang memeriksa meter dan menyatakan tekanan air rendah. Pegawai itu juga telah menelefon seseorang untuk menaikkan tekanan air di kawasan perumahan saya.

Malangnya tiada perubahan. Kemudian saya telah menelefon pihak Syabas pada hari – hari berikutnya. Malangnya masalah ini tetap tidak selesai. Sampai sekarang saya masih menelefon pegawai syabas, tetapi tiada apa-apa perubahan. Walaupun pegawai itu mengatakan masalah saya akan diselesaikan dengan segera. Saya berasa hamba.

Read the rest of this entry »

Masalah Saman di Suruhanjaya Tenaga Malaysia, Percint 2

Saya merupakan penjawat awam yang bekerja di sebuah agensi berhampiran Suruhanjaya Tenaga Malaysia di Presint 2, Putrajaya. Saya ingin melahirkan rasa tidak puas hati dan kecewa akibat pengurusan pihak bertanggungjawab keatas dua parkir awam yang ada di depan Mahkamah Syariah Putrajaya. Seperti hari-hari biasa,kami yang menggunakan parkir awam tersebut,ingin meletakkan kenderaan di parkir tersebut tetapi berasa hairan kerana parkir tersebut telah ditutup tanpa adanya apa-apa notis untuk memeberi ruang kepada Program Ehwal Islam dan koperasi yang akan dilangsungkan disitu.

Untuk pengetahuan, lebih kurang empat buah agensi kerajaan berada berhampiran tempat parkir tersebut dan ia digunakan bersama-sama orang awam dalam menjalankan urusan. Tetapi pada 20/Jun/2011, parkir tersebut telah ditutup dan ini menyusahkan penjawat awam serta orang awam yang selalu menggunakan parkir tersebut. Kenderaan terpaksa diletakkan dibahu-bahu jalan kerana kami tiada pilihan untuk meletakkan kenderaan. Read the rest of this entry »

Masalah lampu isyarat di sepanjang jalan Sungai Buloh – Shah Alam

Salam sejahtera. Saya ingin membuat aduan tentang lampu isyarat terdapat di sepanjang jalan Sungai Buloh – Shah Alam yang selalu tidak berfungsi. Perkara seperti ini telah berlaku beberapa kali dalam tahun ini. Bagi setiap kali, masalah lampu isyarat ini mengambil masa selama 3 hari-seminggu untuk mengambil tindakan bagi memperbaiki lampu isyarat yang tidak berfungsi, dan dalam tempoh masa yang panjang ini, tiada polis trafik yang bertugas di simpang yang bermasalah lampu isyarat walaupun pada waktu-waktu sibuk.

Harap pihak tuan harus tahu jalan ini adalah jalan utama yang digunakan hari-hari oleh penduduk-penduduk di kawasan sungai buloh, kota damansara dan subang. Tambahan pula, semalam, saya ternampak 2 kes kemalangan yang menyakitkan hati di 2 simpang yang berlainan di jalan subang dan kedua-dua lampu isyarat simpang ini tidak berfungsi, ini berlaku pada hari kedua selepas lampu isyarat yang tidak berfungsi.

Read the rest of this entry »

Jalan sempit dan tiada lampu isyarat

Assalamualaikum,

Saya meminta sangat kerjasama dari pihak aduan rakyat TV3, turunlah ke Tmn Kota Masai, Pasir Gudang, JOHOR BAHRU untuk membuat tinjauan simpang jalanraya Kota Masai. Jalan ini menghubungkan antara Taman Pasir Putih, Pasir Gudang yang sempit dengan Taman Kota Masai. Malah tiada sistem lampu isyarat lagi.

Sampai bila mahu terus begini…, sedangkan penduduknya kian bertambah.Hari-hari sesak. Bisanya kesesakan berlaku antara jam 6.30 pagi – 8.00 pagi .Waktu petang pula antara jam 5.30 ptg – 8.00 mlm.

Read the rest of this entry »

Tidak ada Bekalan Air Lagi di Kenanga Apartment

Selamat Sejahtera,

Saya salah seorang penghuni Kenanga Apartment, ingin mengemukan aduan tentang pengurusan LT SDN BHD, kami sangat susah tanpa air. Dahlah hari hari beli makanan dikedai, sampai berhutang pulak sekarang.

Setiap kali bil air sampai, kami bayar jugak,dahlah waktu pembayaran 9am to 5pm,,terpaksa balik awal atau pergi lambat ke kerja, kadang kadang sistem dia orang breakdown,,macam macam kerenah pengurusan LT, sekarang macam dah tak nak ambik tahu keperitan kami,tahu tak nak membuang air besar pun susah! sampai kena tahan pergi lebuhraya atau petrol station! kalau budak budak kecil macam mana? Tolonglah buat sesuatu untuk menyelesaikan masaalah ini…

Read the rest of this entry »