Posts Tagged ‘Harap’
Keselamatan pelajar UMS Sandakan
Saya salah seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Sandakan ingin membuat aduan berkaitan dengan keselamatan kami. Untuk pengetahuan pihak tuan penceroboh sulu itu sudah berada hampir dengan kampus kami. Kami berasa tidak selamat dengan situasi semasa ini.
Ketika kami keluar ke pasar raya Giant, salah seorang kawan saya terdengar bunyi tembakan. Kampus kami terletak di pedalaman yang dikelilingi dengan ladang kelapa sawit iaitu batu 10 sungai batang ini menyebabkan peluang untuk mereka menyerang kami juga tidak terjangka. Kami tidak dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa dan emosi kami juga terganggu kerana kami tidak dapat membezakan antara orang tempatan dengan penceroboh sulu.
Elaun kola dan kenaikan gaji untuk pereka B17
Saya seorang pegawai kerajaan yang berkerja selama 10 thn di salah semuah jabatan kerajaan di Kuala Lumpur ingin meluahkan ketidak puas hati saya. Kenapa kakitangan Sabah dan Sarawak tidak menerima elaun kola sedangkan kakitangan lain menerimanya disedabkan berkhidmat di bandar. Kami kakitangan Sabah dan Sarawak pun berkerja dia ibu kota tapi tidak diberikan alaun itu sedangkan kos sara hidup kian meningkat dan dengan gaji yang lebih kurang memnyebakan kesempitan duit. Walaupun kami telah menerima elaun seberang laut yang hanya RM500 ringgit tetapi tidak mencukupi.
Kami tidak minta untuk bertugas di Semenanjung tetapi diarahkan dengan kos sara hidup yang makin meningkat menyukarkan lagi keadaan. Kos untuk balik ke negeri asal pun makin mahal walaupun kami diberikan tambang percuma sekali setahun akan tetapi kalau berlaku kes kecemasan kami terpaksa membeli tiket dan menanggung kos yang agak mahal. Adakah berlaku ketidak adilan atau pilih kasih dari pihak kerajaan? Nampak berlaku nye ketidak adilan berlaku disini. kami di pinggirkan . kami minta kerjasama dari pihak tuan mengambil tindakan secepat mungkin.
Sistem KSSR Menyusahkan
Saya terpanggil untuk berkongsi masalah sistem KSSR ini bersama anda. Semenjak KSSR ini diperkenalkan, tahap prestasi pelajar langsung tidak diketahui oleh ibubapa/penjaga pelajar. Saya juga tidak pernah mengetahui perkembangan pembelajaran dan ko-korikulumnya ketika di sekolah.
Saya faham, ujian berterusan dilakukan di sekolah, tetapi keputusannya tidak pernah diberitahu kepada kami sebagai ibubapa. Malahan kertas soalan juga tidak pernah kami lihat. Kami juga ingin tahu macam mana prestasi anak-anak supaya kami dapat membantu mereka untuk menjadi pelajar cemerlang.
Bilakah Isu Gangguan Air di Ampang akan berakhir
Gangguan Bekalan Air DiSelangor bilakah akan berakhir.Sekiranya masalah ini masih berpanjangan harap ada orang yang bertanggungjawab dapat menolong selesai masalah penduduk dikawasan Ampang dan Cheras.Bertalu-talu menelefon minta bekalan air kecemasan dihantar tapi tiada penghantaran dibuat.Call banyak kali untuk dapatkan bekalan air kecemasan.
Bila ditanya mengapa tak hantar air ,katanya lori terhad permintaan terlalu banyak.Tapi kondo tempat orang kaya satu hari sampai 6 trip penghantaran,terhad pakah itu.Itu namanya pilih kasih.Kami semua pun rakyat yang turut membantu dalam pembanguna ekonomi negara,kami juga harus dapat menikmati hidup yang selesa tas usaha kami.Wahai orang yang berkuasa harap fikirkan ,kalau bekan air terrawat dah semakin kritis ,agihkan secara adil.Tapi kondo,kedai mamak ada pulak tangki yang dibekalkan oleh syabas.
Pemilik MyPR (Pemastautin Tetap) Disisihkan
Saya adalah anak kepada seorang pemilik MyPR atau lebih dikenali sebagai kad pengenalan merah yang DIIKTIRAF oleh kerajaan Malaysia sebagai Pemastautin Tetap. Namun begitu, saya berasa sangat terkilan kerana pemilik MyPR seolah-olah disisihkan dan dianaktirikan. Bukan maksud saya untuk kerajaan memberikan kelebihan dan keistimewaan yang sama terhadap mereka tetapi sekurang-kurangnya mereka tidak disisihkan dan dianaktirikan.
Kes yang amat membuatkan saya dan ayah saya terkilan adalah hanya disebabkan beliau memiliki MyPR, dan bukannya MyKad, beliau ditolak serta-merta apabila beliau memohon pekerjaan sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat. Apa salah beliau sedangkan beliau tidak pernah mempunyai sebarang rekod jenayah ataupun sebarang rekod kesalahan. Beliau BERHAK diberi peluang pekerjaan kerana beliau DIIKTIRAF oleh kerajaan Malaysia walaupun hanya sebagai pemastautin tetap.
Masih belum dapat penempatan di sekolah kerajaan
Saya adalah bekas pelajar Universiti Tun Abdul Razak tahun 2008 yang mengambil jurusan pendidikan. Masalahnya sekarang, saya sudah pergi temuduga yang di panggil sebanyak 2 kali dan temuduga kali ke-2 telah berjaya. Tetapi sehingga kini saya masih belum lagi dapat penempatan di sekolah kerajaan.
Saya hanya diberikan jawapan TUNGGU sahaja walaupun saya telah turun naik di Putrajaya untuk menguruskan masalah ini. Saya bukannya orang semenanjung yang begitu dekat untuk datang selalu ke Putrajaya.
PBS sangat membebankan
Saya sudah tidak mampu menyudahkan PBS kepada pelajar saya. Ada beratus instrument yang perlu diuji kepada pelajar. Dari band 1-6, dan beratus pelajar perlu dipantau… Sangat meletihkan… Dengan bilangan pelajar yang ramai dalam kelas, masa guru yg banyak dalam seminggu menyebabkan PBS menjadi satu masalah baru yang menyebabkan guru-guru makan hati… banyak sangat kerja-kerja lain tertangguh gara-gara menyiapkan PBS mengikut kehendak lembaga peperiksaan..
Saya berpendapat PBS menyebabkan pelajar semakin letih.. bayangkan setiap hari, setiap guru yang masuk ke kelas semuanya akan menjalankan PBS kepada pelajar.. lalu pelajar menjadi letih.. mereka tidak dapat fokus apa yang mereka belajar . Majoriti pelajar yang saya tanya, mereka tidak menyukai PBS..ramai pelajar akhirnya melihat buku semasa menjawab soalan… disini sudah tiada ketelusan dalam PBS.. guru2 pula akan memasukkan semua eviden ke dalam fail dan ini banyak mengambil masa..
Tapak Pembuangan sampah di Taman Medan
Berhubung dengan tajuk di atas , saya ingin mengadu tentang tapak pelupusan sampah yang wujud , dan disyaki tanpa kelulusan. Saya sudah membuat laporan ke MBSJ dan Jabatan alam sekitar , namun tiada sebarang tindakan di ambil setelah seminggu.
Tapak yang sebelum ini menjadi tempat untuk sesetengah penduuduk memancing kini dipenuhi dengan sampah. Lokasi adalah di belakang blok Pangsapuri Desa Perangsang , Taman Medan dan berhadapan dengan sungai Klang.
AOWA 1Borneo menipu untuk mengaut keuntungan
Syarikat Aowa menipu! Adakah patut mereka melakukan taktik penipuan sebegitu kepada pelanggan yang kononnya mereka mendapat hadiah misteri yang mungkin tersalah cetak oleh syarikat mereka, kemudian berpura-pura menelefon manager mereka tentang hadiah misteri itu, ketara sangatlah menipu.
Selepas itu mereka akan bagi ‘induction cooker’ yang berharga RM3499 dengan ‘food blender’ harga RM699. Oleh kerana saya mendapat hadiah misteri itu mereka memberi diskaun. Saya hanya perlu bayar RM1699 sahaja. Mereka akan mendesak meminta kad kredit atau akaun bank. Saya beritahu mereka yang kad bank saya kosong, sengaja tak nak beritahu sebab masih ragu-ragu tapi entah kenapa mungkin sebab teruja dapat benda tu yang tak pernah tfkir sblm ni, sy mengeluarkan rm100 utk deposit produk tu.. so sy nak adukan kes ni yg berlaku d 1Borneo, Sabah.
Perumahan SPNB terbengkalai di Lahad Datu
Saya merupakan pembeli rumah yang teraniaya dengan Projek SPNB yang dibina di Lahad Datu, Sabah (Perumahan Sri Gemilang) yang sehingga kini masih terbengkalai. Pinjaman yang saya buat dengan Kerajaan telah diluluskan pada tahun 2008.
Saya telah membuang masa selama 5 tahun tanpa membeli rumah dengan projek perumahan lain semata-mata mengharapkan agar Projek Perumahan Sri Gemilang ini dapat disiapkan. Saya telah cuba menghubungi pihak yang berkenaan namun demikian tidak mendapat jawapan yang pasti sehinggalah baru-baru ini saya dimaklumkan bahawa projek ini akan dijalankan tetapi kedudukan lot rumah saya akan berubah dan setiap pembeli dikehendaki mengisi borang persetujuan untuk pemindahan lot tersebut dan kena akur dengan semua keputusan.





