Post Malaysia Cawangan Bandar Baru Uda bersikap kurang ajar

Assalamualaikum/Salam sejaaahtera,

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf jikalau karangan saya tidak teratur kerana saya bukanlah daripada golongan orang yang pandai mengarang ayat. Tanpa membuang masa,Disini saya ingin membuat satu aduan yang terjadi ke pada saya pada 11june12 lebih kurang jam 4.00ptg di Pejabat Pos Bandar Baru Uda(BBU),Johor. Ianya berkenaan layanan daripada pekerja Pos Malaysia Cawangan BBU yang sangat mengecewakan saya malahan pada sesiapa sahaja yang menghadapinya. Ianya bermula dengan tujuan utama saya ke pejabat pos adalah untuk menyahut seruan kerajaan yang menggalakkan kita untuk mndaftar dengan SPR untuk pilihanraya di malaysia ini, dan tempat yang termudah untuk saya membuat pendaftaran adalah dengan pos malaysia, (pada pendapat saya ketika itu)

Dukacita saya ingin memaklumkan, niat baik saya untuk mendaftar hari itu telah terbantut akibat layanan dan tingkahlaku buruk dan mengecewakan daripada pekerja post malaysia cawangan Bandar Baru Uda. sebelum saya ke pejabat pos cawangan BBU, terlebih dahulu saya telah ke pejabat pos cawangan Tampoi, Jam menunjukkan sudah 2.45ptg 11june12, saya ke cawangan tampoi dengan tujuan sama iaitu untuk mendaftar dengan SPR, tapi malangnya kerana tidak bertanya dahulu saya telah mengambil no dan menunggu hampir 45min sehingga no di panggil, saya ke kaunter no.2 dan menyatakan hasrat untuk mendaftar SPR dan dengan kecewanya saya di beritahu bahawa borang SPR hari itu telah habis, dan saya amat terkilan kerana notis untuk mendaftar dengan SPR ditampal bagi menggalakan org mendftar tetapi bila borang SPR telah habis, langsung tiada notis di keluarkan bagi memberitahu kepada orang ramai bahawa borang telah habis, jadi tidak perlulah saya menunggu sehingga 45min hanya untuk mendegar “Borang SPR telah habis hari ni, awk boleh ke pejabat pos lain”, saya berada di kaunter hanya tidak sampai 5min tetapi terpaksa menunggu selama 45min, dengan perasaan yang agak kecewa saya beredar dari pejabat pos tampoi dan bercadang untuk ke pejabat pos berdekatan kerana masih ingin meneruskan niat saya untuk mendaftar SPR,Jam menunjukkan 3.30ptg 11june12, saya tergesa-gesa ke pejabat pos berdekatan iaitu pejabat pos bandar Baru Uda.

Tiba sahaja di pejabat pos BBU, saya dengan harapan untuk tidak mengulangi kesilapan di pejabat pos tampoi yang tidak bertanya dahulu, telah ke kaunter no.1 di pejabat pos BBU, dan bertanyakan pekerja kaunter berkenaan seperti dialog di bawah :

saya : Encik, bagaimana caranya untuk mendaftar SPR?

Pekerja kaunter no.1 : Awk tekan butang “B”.

saya : Errmm borang SPR ada lagi ke? (bertanya lagi untuk memastikan borang masih ada,agar tidak berlaku lagi perkara yang sama sebentar tadi)

Pekerja kaunter no.1 : Awak tekan je butang “B”, (dgn nada org mls nk layan)

Saya pun beredar dengan menganggap borang SPR masih ada, sebab pekerja kaunter no.1 tadi dengan yakin nya menyuruh saya menekan butang “B” untuk menunggu giliran. setelah hampir 30min saya menunggu (kerana hanya 1 kaunter di buka untuk sesiapa yang tekan butang “B” pada amatan saya selama hampir 30min menunggu) akhirnya no saya di panggil ke kaunter no.2 jam hampir ke 4.15ptg 11june12,dan terus saya menyatakan hasrat saya untuk mendaftar dengan SPR, dan pekerja di kaunter no.2 mnyatakan “Borang SPR dah habis”. dengan perasaan yang amat kecewa dan rasa tidak puas hati saya dengan pekerja kaunter no.1 tadi, saya meminta pekerja kaunter no.2 itu memanggil pekerja kaunter no.1 tadi yang tidak lagi kelihatan berada di kaunter no.1 pada masa itu,
Kurang seminit pekerja kaunter no.1 tadi keluar dan berikut perbualan kami seperti di bawah :

saya : Bang tadi saya ada tanya abang kan “borang SPR ada lagi ke tak” kan, dan abg suruh saya tekan je butang “B” tanpa bertanya pada sesiapa pon, skg saya dah tekan butang “B” bila saya dah tunggu 30min sampai ke kaunter no.2 diorang ckp borang habis,

pekerja kaunter no.1 : oooo borang baru je habis, saya nak buat macam mana? ni ada masa lagi, awk ke cawangan lain lah.

saya : Borang baru habis? selama saya duduk menunggu tadi, saya tak nampak pon sesiapa yang ke kaunter no.2 tu untuk isi borang, smuanya mngeluarkan duit untuk membayar sesuatu,mungkin bil atau sebagainya, dekat sejam saya tunggu sini akhirnya sampai kaunter borang habis, tak salah kalau abg check dulu tadi masa saya tanya sebelum ambik no, tak kan lah hanya saya nak bertanya, saya kene ambik no jugak.

pekerja kaunter no.1 : saya tak perasan tadi, saya tengah banyak kerja, ni pon saya banyak keje lagi ni, (lalu dia masuk ke ofis meninggalkan saya)

saya beredar dengan perasaan yang sangat dan amat kecewa dengan layanan dan tindakan pekrja pos malaysia itu melayan pelanggan nya yang langsung tidak bertanggungjawab dengan mengambil sikap kurang prihatin dengan pelanggan yang memerlukan pertolongan, saya telah membuang masa saya selama hampir 2jam hanya dengan sia-sia tanpa sebarang penyelesaian, dan saya berpendapat bahawa pendaftaran SPR melalui post malaysia sangat menyukarkan orang ramai dengan ada nya sikap sambil lewa pihak pos malaysia, ini membuatkan sebilangan pengundi yang ingin mendaftar akan membatalkan niat untuk mendaftar jika mendapat layanan sebegini.

By: firdaus

MLM DCHL @ Lampe Berger kembali aktif mencari mangsa

Assalamualaikum

Baru-baru ini saya dibawa oleh rakan saya ke satu program yang pada mulanya dirahsiakan. Saya dibawa ke menara HLA berdekatan Pavilion dan KLCC. Dan saya akui tidak pernah mendengar nama DCHL.

Setelah habis program dan sesi brainwash, saya buat research berkaitan DCHL. Rupanya ini adalah Lampe Berger. MLM ini lebih kepada head hunting. Seperti biasa, otai-otai akan tunjuk kereta mewah, motor besar untuk meyakinkan mangsa mereka.

Yang paling menghairankan, mereka memberitahu 80% dari ahli adalah jurutera. Motto mereka Low risk, High capital. Risk adalah malas. Solution untuk yang tiada duit. Disuruh untu7k pinjam kawan, adik beradik, mak ayah, dan paling teruk apply loan bank ( MLM yang scam memang akan menyuruh kita apply loan).

Mereka sentiasa bertanya bila mahu jadi Franchisee (RM 3k). Konsep franchise mereka adalah guna sendiri, bukan jual kepada orang lain. Agak bijaksana jurutera-jurutera ini kerana terjebak semata-mata inginkan duit yang banyak. Pakej yang dicadangkan, Count. RM41k diperlukan.

Wahai saudara-saudara ku sekalian, mohon sedarlah dari lena, tiada apa yang mudah. Semua kena usaha. Tapi tolonglah usaha dengan cara yang betul. Aromatherapy? Harga mahal, jual kat orang belum tentu laku.

Yang terkilan,

Farid

By: Farid

Judi internet dan dadah di pusat hiburan

Sebagai seorang rakyat malaysia,saya tidak berpuashati kerana pihak-pihak berkenaan tidak mengambil tindakan maksimum terhadap jenayah diatas.Pusat-pusat judi internet berleluasa bagai cendawan tumbuh disekitar Lembah Kelang.merosak akhlak bangsa melayu khususnya, bangsa lain mengaut keuntungan.Maksud saya buat operasi dan tutup pusat-pusat internet berunsur perjudian.Bukan maksud saya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan tetapi tindakan yang diambil seolah-olah lakonan sahaja atas arahan kepentingan pihak tertentu. Sampai bila nak habis….

Begitu juga dengan masalah dadah.Segalanya berlonggok di pusat-pusat hiburan dengan penjenayah,penagih,pengedar dan macam-macam jenayah lagi. Cuba kita lihat sekarang adakah dalam berita atau pun dalam rancangan 999 memaparkan operasi-operasi berkaitan dadah di pusat-pusat hiburan?. Saya yakin mereka yang berhibur dipusat-pusat hiburan 80 peratus positif dadah. Dadah adalah punca segala jenayah dan sampai bila malaysia nak bebas dadah. Kuasa pihak berkuasa terbatas atas kepentingan pihak tertentu…

By: mj

Pendatang Indonesia berniaga MLM di Malaysia

Saya ingin sekali menyentuh tentang orang-orang asing terutamanya orang Indonesia yang ada dinegara ini sebagai pekerja asing dan menjalankan perniagaan MLM. Mereka ini sebenarnya datang kesini sebagai pelawat dan ada diantara mereka ada permit tapi bukan dalam bidang perniagaan tapi sebagai buruh ladang.

Soalnya dimana perlaksanaan undang-undang kita? Bila mereka membuat biznes MLM mereka tak perlu bayar income tax tapi org tempatan kena bayar. Saya nak bagi contoh K-link Internasional, memang terlalu ramai orang Indonesia ada dalam bisnes ini dan ramai diantara mereka memang celupar dan perangai menyakitkan hati. Mereka ini tak ada permit tp tak ada pun ditangkap? Kalau mereka boleh senang-senang buat bisnes kat sini habis orang tempatan nak buat apa?

Bagi saya ini satu soal Jenayah. Ini soal penipuan terhadap orang tempatan.

By: Mohd faiz

Penipuan program Sahabat 1Malaysia

Sebuah syarikat swasta yang dilantik oleh KPKK untuk mempromosikan program SAHABAT 1 MALAYSIA telah menipu kami dengan mengenakan bayaran RM5000.00 untuk mendapatkan lesen bagi mempromosikan program tersebut.

Dijanjikan setelah mendapatkan lesen berbagai ganjaran dan esentif yang bakal diterima oleh pemilik lesen apabila membuat promosi, membuat pendaftaran percuma untuk rakyat malaysia yang memiliki MY KAD , mendaftar kedai2 yang berminat untuk menjadi francais KEDAI SAHABAT 1 MALAYSIA.

Ganjaran atau komisen berbentuk wang tunai akan diterima oleh pemilik lesen. Tapi setelah mengikuti program, promosi di hari SEJUTA BELIA, dan tempat2 lain apa yang dijanjikan oleh pihak syarikat hanyalah janji2 palsu. Perkara ini kami telah ajukan kepada pihak KPKK , KSU dan TKSU tetapi sehingga hari ini belum ada sebarang keputusan yang diterima oleh pihak kami. Dan kami juga mengadu kepada pelbagai pihak lain seperti NGO dan badan kerajaan tetapi seperti tiada kesudahan. Dah letih kesana kemari habis masa untuk mendapatkan hak tetapi suara kami tidak kedengaran.

Jadi hari ini saya merayu kepada pihak ADUAN RAKYAT untuk membantu kami rakyat Malaysia bagi mendapatkan pembelaan dan hak kami.

By: Nik Amir Yusairi B Che Yahaya

Komputer Percuma Cosmopoint

Komputer Percuma seperti yang di janjikan semasa pendaftaran di Cosmopoint cawangan Ipoh masih belum di terima setelah saya hampir masuk ke semester terakhir pengajian diploma saya di sini.

Amat mengecewakan sedangkan masa pendaftaran dahulu mereka berjanji (secara lisan) yang komputer riba tersebut akan di terima dalam semester kedua. Tapi sehingga dah hampir tamat semester ke lima, komputer di maksudkan masih belum kami terima.

Bila di tanya kepada pihak pengurusan, maka jawab nya “kene tunggu giliran” Agak nya setelah habis belajar ke baru nak dapat? Jadi saya harap laman ini dapat membuka mata mereka untuk tidak sewenang-wenang nya berjanji dan boleh di katakan MENIPU para pelajar yang berdaftar dengan mereka.

Perkara ini bukan saya seorang sahaja, m alah kesemua pelajar yang sama seangkatan saya juga turut menerima nasib sama.

Saya juga ingin membuat aduan yang mana COSMOPOINT IPOH merupakan kolej IT, tetapi kelengkapan IT mereka, prasarana kolej juga termasuk kemudahan2 pelajar seperti tandas, lab dan lain2 amat menyedihkan! Tandas seperti tandas awam yang menjijik kan, internet juga amat perlahan dan tidak memberikan kemudahan wireless kepada para pelajar. Hanya lab sahaja yang ada internet. Adakah ini di namakan kolej IT yang begitu ternama di negara kita?

Saya amat tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Dan saya harap aduan saya ini tidak hanya terdampar di sini tanpa sebarang tindakan dari pihak2 berwajib.

Terima kasih.

By: Rozaidee

Tidak puas hati perhidmatan Jabatan Immigresen Putrajaya

Kami amat kecewa dengan perkhidmatan Jabatan Immigresen Putrajaya dalam menangani Process Pembersihan 6P.  Kami telah berada di pejabatan Immigresen dari pukul 10 pagi hingga 12 malam, baharu di beritahu oleh pegawai bertugas yang no giliran untuk malam itu ( 30/12/11) dan seterusnya hingga 10/01/12 ) telah habis.  Bagaimana no giliran boleh habis dalam 1 hari (kalau benar). Dan kalau benar kenapa menunngu hingga pukul 12 malam baru di beritahu. ?  Tidakah mereka fikir yang kami telah menunggu selama 12 jam?

Tidak ke pegawai pegawai Immigresen membuat perancangan terperinci sebelum memaklumkan kepada rakyat yang tarikh telah di tunda  tamatnya pd 31/12/11? memandangkan mereka tentu telah menjangka yang majikan akan datang dari seluroh  negara ke Putrajaya bagi menghantar borang 6P.

Kenapa tidak di buat cara systematic pemberi no tiket untuk pelangan pelangan yang datang?  Kami juga di beritahu yang counter akan di buka 24 jam. Tapi tiba tiba pegawai memaklumkan yang counter akan di tutup kerana no telah habis pada pukul 12 malam. Kenapa lewatnya nak beritahu?

Walaubagaimana pun atas desakan rakyat yang ada di situ, pemberian no dapat juga di jalankan. Hairan kan???  Janganlah buat rakyat sentiasa mendesak.. Tidak elok akibatnya.   Pehak kementerian i tolong tengok2 kes kes bagini.

Pegawai2 seperti inilah yang boleh memalukan kerajaan yang sangat sangat ingin memberikan yang terbaik untuk rakyat tetapi tidak di jalankan dengan serious oleh pegawai yang bertugas.

Saya menulis ini bukan untuk mencari kesalahan pihak mana mana, tetapi pihak Immigresen harus berhati2 dalam menjalankan dan memaklumkan sesuatu perkara kepada rakyat. Pegawai mesti lebih bijak dari rakyat yang datang!!! Terima kasih dan Maaf.

By: rukiah

Pengurus Celcom cawangan Kota Bharu tidak professional

Aduan saya ini adalah bertujuan untuk meningkatkan prestasi staf Celcom bagi cawangan Kelantan yang beralamat di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu, Kelantan. Pada 12hb Disember 2011 yang lepas saya telah ke cawangan Celcom ini untuk membuat tempahan awal bagi telefon model i Phone 4S 32G White dan telah membayar RM200 sebagai yuran tempahan. Saya diberitahu bahawa pihak cawangan akan menelefon saya sekiranya stok telefon berkenaan telah sampai dan pada 18hb Disember 2011 saya telah menerima panggilan mengatakan telefon yang saya tempah itu boleh diambil. Oleh kerana terikat dengan waktu kerja pada tarikh 18hb Disember 2011, saya telah memberitahu bahawa saya akan datang mengambilnya pada keesokan hari, iaitu pada 19hb Disember 2011 dan saya diberitahu bahawa saya boleh berbuat demikian.

Pada 19hb Disember 2011, saya telah pergi ke cawangan Celcom tersebut dan telah bercakap dengan staf kaunter bernama, Rosmarini Salizan Mustafa. Apa yang membuatkan saya tidak berpuas hati ialah selepas menunggu hampir setengah jam saya diberitahu bahawa stok telefon yang saya tempah lebih dari seminggu telah habis. Malangnya bagi pihak mereka, saya terlepas dengar perbualan antara staf tadi dengan seorang lagi rakannya, dipercayai staf bertanggungjawab untuk menjaga stok telefon yang mengatakan stok iPhone 4s sudah habis dan telefon yang warna putih pula telah diambil oleh pengurus cawangan sedangkan beliau sebenarnya sebelum itu telah menempah yang berwarna hitam. Kata staf tersebut lagi dalam perbualannya bahawa alasannya hanya kerana ’bos suka yang warna putih!’.

Saya meminta untuk berjumpa dengan pengurus cawangan berkenaan, tetapi selepas stafnya keluar dari salah satu bilik untuk menanyakan katanya, barulah keluar cerita mengatakan ’Bos cuti hari ini!’ sedangkan sebelum itu staf tersebut meminta saya menunggu untuk berbincang dengan ’bos’. Staf berkenaan seterusnya memberitahu saya bahawa mereka boleh mengambil stok telefon yang saya tempah dari cawangan Kemaman, Terengganu. Saya menolak dengan alasan perbuatan mereka sememangnya tidak profesional dan saya seharusnya tidak perlu menunggu lagi kerana kehadiran saya adalah dengan temu janji.

Saya meminta mereka memulangkan yuran tempahan sebanyak RM200. Lagipun dengan banyak dalihan yang diberikan dan pengurus cawangannya sendiri yang bernama Amir bin Abdul Majid, tidak boleh tampil ke hadapan untuk berbincang dengan cara yang baik; saya mempunyai alasan untuk tidak mempercayai kata-kata mereka, risau takut-takut diberikan telefon yang ’second-hand’. Saya berasa benar-benar tidak berpuas hati. Saya bertanyakan sekiranya ada borang aduan untuk saya buat aduan. Tetapi staf tersebut hanya menjawab tiada dan oleh kerana itu, saya mengambil catit nama staf tersebut dan nama pengurus cawangan terbabit.

Seterusnya saya terpaksa beredar dengan perasaan hampa kerana saya juga terikat dengan waktu kerja. Selepas itu saya menerima panggilan dari pengurus cawangan, Amir bin Abdul Majid yang bertanyakan saya dengan soalan yang membentak berbunyi ’sebenarnya apa masalah awak ni??!!’. Seperti kata staf tadi stok telefon berkenaan telah habis di cawangan tersebut, tetapi mengikut kata pengurus cawangan beliau boleh memberikan telefon itu pada hari itu juga. Saya beranggapan dengan situasi, jawapan dan layanan yang saya terima tadi, Encik Amir sebenarnya menawarkan telefon yang diambil dan telah dipakai olehnya. Beliau ada bertanyakan bila mahu berjumpa untuk menyelesaikan masalah dan saya mengatakan masa saya pada hari itu hanya selepas jam 5 petang oleh kerana saya telahpun meluangkan masa rehat saya pada hari tersebut ,dan beliau dengan cepatnya menjawab ’kedai dah tutup masa itu!’.

Seterusnya beliau dengan kasar dan tiada budi bahasa mengatakan sekiranya saya tidak mahu mengmabil i Phone tersebut apa perlunya berjumpa. Saya sebenarnya tidak terkata dengan kasarnya cakap seorang pengurus cawangan yang mewakili imej Celcom di Kota Bharu, Kelantan.

Saya berharap agar aduan ini mendapat perhatian dari pihak berwajib di ibu pejabat Celcom. Sekiranya seperti ini staf-staf di cawangan Celcom, sesiapa pun tidak akan melihat masa depan yang cerah untuk rangkaian telefon ini. Saya sebagai sebahagian dari golongan profesional melihat bahawa tidak ada faedah untuk sesuatu organisasi itu untuk menggaji kakitangan yang tidak ada budi bahasa dan tidak bertanggungjawab sedangkan Celcom adalah sebuah syarikat yang mana salah satu asas utamanya ialah untuk memberi perkhidmatan terbaik dan layanan mesra kepada pelanggan. Sekiranya sesiapa yang menghadapi situasi seperti di atas, lama-kelamaan pelanggan tidak akan ada rasa percaya lagi kepada Celcom.

By: AHA

Syarikat Persatuan Teksi Uptownace kuku besi

Wajarkah sebuah teksi  yang telah habis di bayar hanya sewaan permit sahaja ditarik oleh syarikat Persatuan Teksi Uptownace semasa ingin membayar sewa permit  di kawasan pejabat Iptownace sendiri dan perlu membayar upah tarik sebanyak RM400 dan sewaan harian parking sebanyak RM15 1 hari.

Pembayaran permit atau teksi perlu di buat di pejabat Uptownace sendiri. Adakah persatuan teksi ini boleh membuat aktanya sewa belinya sendiri sesuka hati tanpa berdasarkan undang-undang sedia ada? Maaflah saya ini tak tahu undang-undang Malaysia perihal sewabeli teksi, saya hanya ingin tahu adakah sama macam akta SB 1967 pindaan 2010 dan dimanakah perlu saya buat pengaduan ini.

Tindakkan yang telah di ambil setelah teksi di tarik:-

  1. Pergi ke pejabat uptownace untuk mengetahui apa yang perlu di bayar selepas di tarik.
  2. Report polis selepas teksi di tarik.
  3. Hubungi s.p.a.d untuk pengaduan.katanya mereka hanya keluarkan lesen sahaja
  4. Mencari dalam internet persatuan teksi jika ada namun tiada,
  5. Mencari di dalam internet sekira ada akta sewabeli teksi-tiada berjumpa akta itu
  6. Masuk kelaman web s.p.a.d juga tiada dan membuat aduan tiada tindakkan. Hanya sepi saja email saya.
  7. Masuk kelaman aduanrakyat dan gigih menaip aduan untuk seluruh pemandu teksi sewa beli syarikat pengusaha sekiranya ada harapan.

By: ahmad

Pihak Osh Partner tidak menepati janji

Salam sejahtera, saya wakil daripada kawan-kawan iaitu pelajar PJJ Uitm yang bergabung dengan Ined dan Osh Partner dan pusat pembelajaran adalah di Osh Partner S/B Asia City Kota Kinabalu, Sabah. Pelajar daripada kumpulan 1 hingga 5 masih belum mendapat sebarang sijil rasmi atau transkrip rasmi daripada pihak pendidikan yang terlibat. disebabkan masalah daripada:

  1. 1. Osh Partner S/B tidak membayar hutang yuran penuh  kepada pihak Uitm/Ined daripada yuran kami yang telah dibayar penuh. (perbualan melalui telefon pelajar dan pihak UITM).
  2. 2. Osh Partner S/B tidak bertanggungjawab dalam penyeliaan penuh dan semua transkrip adalah sementara manakala tidak mempunyai tandatangan daripada pihak atasan.
  3. 3. Osh Partner S/B telah menyalahgunakan yuran pelajar sepenuhnya.
  4. 4. Osh Partner S/B tidak pernah memberi sebarang dokumen rasmi/ resit rasmi daripada UITM.
  5. 5. Osh Partner S/B dan pihak terlibat, tidak menepati janji bahawa Konvo (tarikh 02.12.2011)untuk mendapatkan Sijil/ Diploma untuk pelajar tidak pernah dijalankan dan mereka tidak lansung sekali bertindak tegas.

Disebabkan masalah tersebut, saya yang sudah membayar yuran dan habis dalam mempelajari semua mata pelajaran yang diambil, belum mendapat Diploma yang ditawarkan, dan pihak Osh partner juga tidak memberi sebarang resit apabila saya membayar menggunakan Potongan KWSP.

Setelah pihak pelajar berkali kali berhubung dengan pihak Osh Partner S/B, tidak pernah ada berita yang ada cuma bahawa pihak pengurusan mereka melarikan diri. Pihak atasan tidak bertanggunjawab.

Oleh yang demikian, wajarkah bagi mereka sebagai penerus untuk pendidikan layak digelar sebagai aliran Institusi pendidikan yang baik? saya memohon agar Pihak aduan rakyat dapat memberi bantuan melalui aduan saya ini kerana, kami seperti tidak ada di dalam pandangan mereka. apa yang paling menyedihkan sekali, berita bahawa Osh Partner S/B akan ditutup dapa january 2012.

By: sharon george

Ketiadaan tempat letak kereta untuk pendidik SK Bhagia

Saya dan rakan-rakan adalah tenaga pendidik yang bertugas mengajar di SK Bahagia. Letaknya sekolah ini adalah di seberang Sungai Kelantan. Untuk ke sekolah, selepas memandu kereta, kami terpaksa menaiki bot sungai (bot galah), selama 40 minit dan membonceng motosikal selama 5 minit dari jeti Kg. Bahagia barulah kami tiba di sekolah. Pukul 2.00 ptg. kami habis mengajar dan pulang jika tiada aktiviti kokurikulum atau kelas tambahan. Jika ada kelas atau aktiviti kokurikulum kami terpaksa bermalam di sekolah.

Apa yang paling menyedihkan kami kaum guru, ketiadaan tempat meletak kereta. Kami terpaksa meletak kereta di tepi-tepi jalan, di hadapan IPK (pejabat polis), di belakang bangunan Perpustakaan Kuala Krai dan kadang-kadang dalam kawasan masjid yang jauh. Apabila sampai dekat kereta, selalu sahaja ada kertas saman dari pihak polis, saman parking. Kami datang dari jauh, turun dari rumah pukul 5.45 pagi lagi, bila pulang waktu petang kereta kami disaman.

Pihak Majlis Daerah Kuala Krai tidak pernah perihatin dengan masalah kami. Saya sendiri sudah berkali-kali disaman oleh pihak MDKK. Kami berharap pihak polis atau MDKK, sila sediakan ruang tempat letak kereta berbentuk sewa bulanan. Asal juga pihak MDKK menyediakan kawasan yang agak tercorot, tetapi kami bimbang keselamatan kenderaan kami kerana pihak MDKK tidak menyatakan bertanggungjawab keselamatan kenderaan kami.

Kami sanggup bayar bulanan asalkan pihak MDKK menyediakan pengawal keselamatan kawasan parking kereta terutama pada waktu malam. Kepada pihak polis kami amat berharap bertimbangrasalah dengan kami. Kami bertugas untuk mendidik anak bangsa.

pohon pihak aduan rakyat datang dan membantu kami………

sekian, terima kasih

By: aziz

HKL menyusahkan pesakit

Baru-baru ini saya menjalani rawatan dari hospital swasta dan mendapat cuti melebihi 15 hari, maka sijil cuti saya perlu disahkan oleh pihak HKL memandangkan saya bekerja kerajaan. Lepas habis cuti saya,saya terus ke HKL untuk dapat pengesahan, sampai sahaja di kaunter pendaftaran jabatan pesakit luar, stafnya beri sehelai kertas mengandungi perkara yang perlu sediakan, surat permohonan majikan,surat jaminan (GL) dan surat pengesahan doktor swasta. Saya pulang dengan mc tersebut dan menyediakan beberapa dokumen tesrebut.

3 hari selepas itu, setelah selesai semua perkara termasuk terpaksa pergi berjumpa kembali dgn doktor swasta utk dapat surat pengesahan,saya ke kaunter pendaftaran mengambil nombor giliran. Lama saya tunggu,giliran saya sampai,saya menyerahkan segala dokumen diperlukan,apa yang saya kesali,staf hkl mengatakan mc ni dah lebih 15 hari,mereka tidak boleh sahkan melainkan saya kena pergi ke jabatan orthopedik dan traumatologi berjumpa doktor pakar di sana untuk sahkan.hampa.

Dengan keadaan saya yang mengandung,saya terpaksa berjalan ke jbtn orthopedik yg jauh,saya perlu cepat ke sana memandangkan hari itu saya bekerja,saya tak sanggup nak tunggu perkhidmatan shuttle.sampai sahaja di sana,saya berjumpa dengan jururawat di kaunter dan menunjukkan mc tersebut,dekat situ pula,masalah berlaku lagi,pihatortho mengatakan utk pengesahan mc hanya hari jumaat dengan membuat temujanji terlebih dahulu.saya begitu kecewa dan merungut mengatakan saya sediakan dokumen ni dengan ambil masa begitu lama dan perlu ke hulu ke hilir,staf seperti tiada perasaan mengatakan saya perlu buat temujanji minggu hadapan juga.dalam pemikiran saya,kenapa pihak kaunter di jabatan pesakit luar tidak memberitahu saya hal ini,maka saya tak perlu membuang masa dan tenaga ke jabatan ortho andai pengesahan mc perlu dibuat melalui temujanji.

Maka minggu hadapannya saya pergi kembali ke jabatan ortho awal-awal pagi,saya menunjuk mc tersebut,satu masalah lagi timbul,surat permohonan majikan saya itu dikatakan boleh ditolak kerana surat itu pada asalnya alamat kepada jabatan pesakit luar,manalah saya tahu,asalnya bukan ke perlu dirujuk ke jabatan luar,lagipun tiada masa saya nak ke pentadbiran tempat kerja saya bagi membetulkan nama tempat dan ambil masa lama lagi.saya merayu agar diterima.jururawat tersebut hanya mengomel seorang diri.saya dapat nombor giliran awal dan mungkin dapat selesai secepat yang mungkin ,jangkaan saya meleset.saya hadir pukul 8 pagi dengan tidak bersarapan semata-mata nakkan perkara ni selesai,hampir pukul 9 lebih nombor giliran saya tidak dipanggil.perut saya begitu sakit gara-gara tak sarapan.

Aduh,tak bertahan,saya pun membeli air di peti untuk mengisi sedikit mknn untuk perut ni,bila saya masuk kembali nombor saya tertera ke bilik 14,saya gembira lalu masuk,bila saya masuk,doktor bertanya dan saya kata perlu sahkan mc saya,doktor tersebut mencari-cari fail saya,dia kata,tersilap tekan nombor,datang pula seorang jururawat,sahkan cuti hanya di bilikdoktor pakar,bilik 11,saya kata berapa lama lagi saya perlu tunggu,jururawat tersebut dengan muka yang masam,ikut nasib.saya begitu geram,pergi ke bilik 11 tanpa tunggu giliran,dan dapati doktor pakar itu tiada,saya bertanya kepada attendance lelaki tersebut,dia mengatakan doktor baru keluar utk makan,saya kata saya pun belum mkn,dengan muka tak bersalah attendance tersebut mengatakan dia nak makan dgn doktor tersebut dan mengarahkan saya datang kembali setelah doktor tersebut selesai makan.jam menunjukkan 10 lebih.

Saya hampir putus asa,memandangkan saya perlu mengesahkan mc saya,saya tunggu sehingga pukul 11pagi,kali ini di bilik 5 pula,doktor tersebut lihat dokumen tersebut,ambil sedikit keterangan,tak sampai 5 minit surat saya disahkan.saya betul-betul kecewa dan terasa begitu bodoh dengan apa yang berlaku ke atas diri saya.mungkin ada lagi yang senasib dengan saya di luar sana.terima kasih di atas layanan kamu HKL.

By: saida

Kereta sewa haram di Kuala Perlis

Saya penduduk Negeri Perlis amat kesal dengan kegiatan ini kerana kenderaan sewa secara haram terlalu banyak sehinggakan menggangu laluan lalulintas di kawasan Jeti Kuala Perlis ke Langkawi. Dimanakah pihak berkuasa dan tiada tindakan yang telah diambil oleh pihak berkuasa ke atas pemilik kereta sewa pandu sendiri.

Pernah ada serbuan keatas pemilik kereta sewa haram ini tetapi 1 pun kereta sewa pandu sendiri secara haram tiada di kawasan pakir dan kiri/kanan jalan di Jeti Kuala Perlis. Seolah-olah ada maklumat bocor tentang operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa. Selepas habis operasi ada pulak yang di letakan di kawasan kiri dan kanan jalan Jeti Kuala Perlis.

Saya berharap pihak JPJ Putrajaya dapat meyiasat dan membenteras kegiatan ini.

By: samsuri