Posts Tagged ‘Dungun’
Pensyarah PSMZA tidak relevan
Salam 1 Malaysia,
Saya selaku salah seorang pelajar di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun Terengganu. Saya ingin meluahkan rasa tidak puas hati saya dengan sikap segelintir pensyarah yang bersikap seperti guru sekolah. Saya mengatakan begini kerana:
- Sering memaki hamun pelajar di depan khalayak ramai walaupun pelajar tersebut hanya melakukan kesilapan kecil seperti baju tidak dimasukkan kedalam seluar (tuck in) dengan kemas.
- Pernah beberapa kali saya melihat pelajar dipaksa mencabut rumput di depan kelas atas kesalahan yang tidak diketahui.
- Seorang pensyarah ini telah merampas telefon bimbit pelajar di kelas dengan meminta secara kasar atas alasan pelajar tersebut tidak bersikap sopan kerana bermain SMS ketika pensyarah sedang mengajar. Padahal pensyarah yang sepatutnya masuk ketika itu belum lagi masuk. Kemudian pensyarah tersebut melihat isi kandungan telefon tersebut lalu berkata kepada pelajar di kelas yang diajarinya “Saya berani cakap perempuan ini tiada dara lagi“.
- Spotcheck rambut, pakaian, stoking, dan baju dalam pelajar sering diadakan pada setiap bulan. Khabarnya akan ada spotcheck perdana pada bulan ini.
- Saya pernah dimaki oleh seorang pensyarah kerana berbual dengan pelajar berlainan jantina ketika sedang beratur menunggu giliran di mesin ATM di hadapan PSMZA.
- Menghisap rokok secara terbuka dalam kawasan PSMZA.
- Segelintir pensyarah yang berasal dari pantai timur bersikap berat sebelah dengan memberi layanan buruk kepada pelajar yang bukan berasal dari pantai timur.
- Terdapat pensyarah yang memberikan markah penilaian berterusan(PB) yang amat tidak relevan kepada pelajar yang digemari dan dibencinya.
Harga barang basah di Dungun terlalu mahal
Saya ingin membuat aduan barang-barang makan terutama barang basah seperti ayam di Dungun terlalu mahal berbanding dengan harga di daerah lain. Terutama jika dibandingkan dengan daerah negeri lain seperti daerah Kuantan, Pahang di mana harga barangnya lebih terkawal.
Dengan ini diharap pihak berkenaan dapat membuat pemantauan dan penyiasatan mengenai masalah yang telah lama dihadapi oleh warga Dungun. Perkara ini sentiasa berlaku terutama apabila ada pengumuman kenaikan gaji dibuat. Walaupun gaji belum naik tetapi harga telah dinaikkan oleh sesetengah peniaga.
Maklumbalas Konvokesyen PSMZA kali ke-8
Assalamualaikum w.b.t, kepada bekas graduan PSMZA yang menghadiri majlis istiadat konvokesyen kali ke 8.
Saya sebagai Yang Dipertua Pelajar PSMZA sesi JUN 2011 ingin menyatakan bahawa di PSMZA telah banyak menyediakan kemudahan semasa istiadat konvkesyen kali ke 8, seperti dewan besar untuk majlis penyampaian sijil sebagai garduan politeknik,dan pihak politeknik juga menyediakan jubah konvo untuk penampilan seorang pelajar yang akan bergelar garduan PSMZA, pihak politeknik juga menyediakan 2 kanopi untuk tempat sesi fotografi, dan pihak politeknik juga telah menyediakan gerai jualan barang-barang kepada keluarga dan juga kepada pelajar sendiri untuk membeli barang-barang cenderahati dan juga hadiah sebagai kenangan untuk diberikan kepada anak mereka kerana telah berjaya menghabiskan pelajaran di politeknik dan juga berjaya mendapatkan sijil/diploma.
Untuk pengetahuan pihak tuan, bahawasanya dewan adalah terhad kepada ibubapa untuk memasuki dewan, kerana telah ditetapkan oleh pihak pengurusan yang mana seorang graduan hanya dibenarkan 1 orang wakil sahaja untuk setiap keluarga dan pihak pengurusan politeknik tidak menghampakan kepada ibubapa yang tidak dapat memasuki dewan untuk melihat anaknya mendapatkan segulung sijil/diploma. Oleh itu, pihak pengurusan menyediakan skrin paparan video yang berlaku didalam dewan besar, jadi kepada ibubapa yang tidak dapat masuk beliau dapat melihatnya di skrin tv yang disediakan di kantin psmza.
Pemandu bas yang tidak bertanggungjawab.
Sudah ditetapkan di dalam peraturan jalanraya, bahawa memotong di garisan berkembar adalah salah. Datuk serta nenek saya adalah antara mangsa kepada pemandu bas yang tidak bertanggunjawab yang memotong motosikal mereka di laluan garisan berkembar. Sudahlah mereka dilanggar, ditinggalkan pula di tepi jalan, tidak dihiraukan sehingga ada pekerja yang membaiki jalan di tempat berhampiran menolong mereka.nasib baik mereka tidak tercampak ke dalam sungai berhampiran tempat mereka dilanggar.
Apalah sangat cara orang tua menuggang motosikal jikalau hendak dibandingkan dengan remaja. Bila mahu membuat aduan polis, pihak polis enggan menerima aduan kerana ketiadaan no plat bas tersebut. Di manakah tanggungjawab pihak polis yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat? Adakah ini sepatutnya yang berlaku apabila keadilan ingin ditegakkan?
Konvokesyen PSMZA yang terburuk
Salam,
Saya terpanggil untuk membuat aduan mengenai konvokesyen POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN yang berlangsung baru-baru ini 26,27,28 september 2011.
Saya telah menghadiri 3 konvokesyen sebelum ini di IPTA yang berlainan dan boleh saya katakan konvokesyen di PSMZA merupakan yang terburuk yang pernah saya hadiri dan ianya tidak sepatutnya berlaku di mana-mana jua IPTA di Malaysia. Proses pengurusan konvokesyen yang langsung tidak terurus diibaratkan melepaskan batuk di tangga semata-mata.
Sistem Perparitan Tidak Memuaskan di Jalan Besar Paka-Dungun
Sebagai penghuni baru yang tinggal berhampiran kawasan perindustrian tulang belakang negara, PETRONAS, saya berasa amat kesal dengan keadaan infrastruktur dan juga sistem perparitan khususnya di Jalan Besar Paka-Dungun yang sekian lama mengalami masalah air bertakung yang seringkali mendatangkan musibah kepada pengguna jalanraya.
Saya tidak faham kenapa dan mengapa perkara ini macam dipandang remeh oleh pihak sepatutnya. Mungkin tak lama lagi papan tanda “kawasan kemalangan maut” akan dinaikkan. Masakan tidak, bila hujan lebat air akan bertakung penuh di atas jalan raya. Untuk orang Paka memang dah faham sangat, tapi bagaimana jika orang luar yang berhijrah ke Paka? Yang tak tahu keadaan jalan yang penuh dengan air, sudah tentu boleh mengundang musibah.
Gaji pengawal keselamatan
Saya pengawal keselamatan di PENCAWANG ELEKTRIK TNB SANTONG @ P-M-U SANTONG PAKA BAHAGIAN DUNGUN. Saya bekerja dibawah majikan yang bernama PISB @ PERUSAHAAN ISHAM SDN.BHD. yang terletak di PEJABAT WILAYAH TIMUR @ CAWANGAN TERENGGANU yang beralamat NO.10,TINGKAT 2,TAMAN SRI INTAN,JALAN SULTAN OMAR,20300 KUALA TERENGGANU.
Disini saya ingin mengadu kepada aduan rakyat tentang kenaikan gaji yang telah dijanjikan setelah sekian lama sehingga sekarang seperti yang dijanjikan oleh kerajaan masih belum diterima lagi sehingga kehari ini. Saya serta rakan-rakan yang lain menunggu kenaikan gaji seperti yang dijanjikan tetapi sampai sekarang masih gaji ditakuk lama.
Saman Parking DBKL dan caj bayaran parking yang melampau
Saya amat kesal dengan tindakan DBKL yg telah mengenakan saman keatas kereta yang diparking ditepi-tepi Jalan Dungun, Bukit Damansara dan sekitarnya setiap hari.Kami pekerja2 disekitar Jln Dungun, Bukit Damansara kerap dikenakan saman oleh DBKL.Saman sekali kena sekarang adalah RM300 (jika dibayar dlm masa 14 hari RM100)
Dalam keadaan kos semua meningkat ,saman DBKL amat merungsingkan kami seperti tiada pertimbangan langsung.





