Masalah tuntutan DBKL masih belum dibayar

Saya ingin membuat aduan terhadap DBKL, saya teleh membuat tuntutan bayaran balik terhadap kereta saya kerana telah dihempap pokok ketika ribut di Taman Desa pada 25 Jan 2012, dan saya telah membuat tuntutan pada DBKL pada hujung bulan mac. Semasa saya menghantar tuntutan kakitangan DBKL yang menerima tuntutan saya berkata permohonan itu akan dibayar paling cepat dalam masa 2 bulan dan paling lewat dalam masa 6 bulan tapi sehingga kini tuntutan saya masih belum dibayar

Saya telah banyak kali membuat aduan terhadap DBKL tapi hanya satu feedback yang saya terima dari Jabatan Rekreasi DBKL, saya juga membuat aduan di Pejabat Datuk Bandar tapi sehingga kini tiada sebarang feedback, knape masih ada Agensi Kerajaan yang sedemikian, adakah masih wujud penjawat awam yang duduk goyang kaki di pejabat cukup masa balik. Beginikah respon yang saya terima dari DBKL. Saya sangat tidak puas hati seperti saya membuat aduan pada PEJABAT DATUK BANDAR DBKL tetapi tiada respon adakah DATUK BANDAR juga tidak buat kerja saya buat begini kerana saya sangat marah dengan DBKL

By: Mohamad Amir

Saman Parking Motorsikal DBKL

Saya seorang pelajar KLMU . Mohon pihak tuan/puan membuat kaji selidik kadar bayaran kompoun saman parking motorsikal terutama dari DBKL. Tempat untuk meletak motosikal adalah amat terhad, dan sekiranya disediakan berhampiran bangunan, tempat tersebut digunakan sepenuhnya oleh pelajar.

Kadar bayaran kompoun RM100 (RM150 selepas 14 hari) yang dikenakan adalah tidak munasabah dan terlalu membebankan pelajar yang tidak bekerja dan bukan datang dr golongan orang yang senang.

Saya selaku pengguna motorsikal di Kuala Lumpur amat berharap pihak tuan/puan dapat mengajukan masalah ini kepada pihak yang berkenaan. Masalah ini juga merupakan satu masalah yang amat besar kepada pelajar yang menggunakan motorsikal. Kadar kompoun tersebut boleh menampung keperluan pelajaran.

voucher rm200 kerajaan bagi pun tak cukup ini kan nak bayar saman.

sepatutnya dbkl perlu selidik dulu sebelum main suka je bagi surat saman.

Kerjasama dan tindakan lanjut pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

By: numan

Pendatang Afrika berniaga di kawasan tersembunyi di Cheras

Saya ingin membuat aduan kepada DBKL dan kerajaan Malaysia tentang kebanjiran pendatang Afrika di lot bawah pasaraya Giant Taman Counought Cheras Kuala Lumpur. Apa yang saya lihat berkali kali kawasan perkeliaran dan perniagaan mereka ini tersembunyi dari pandangan mata orangramai yang pergi membeli belah di pasaraya Giant. mereka membuka perniagaan di lot lot kedai dibawah pasaraya Giant tersebut.

Kegiatan mereka memang sudah lama says sedari.Saya hairan bagaimana pihak DBKL memberi lesen perniagaan atau pihak penyewa menyewa lot kedai mereka kpd  rakyat Afrika ini. Mereka membuka kedai runcit , 3-4 lot kedai gunting rambut, cafe, kedai pakaian, kedai makanan dll lg disana. Bila ada kemudahan kedai2 ini akan meramaikan lagi rakyat afrika datang dan berkumpul serta melepak dikawasan itu.

Kebanjiran mereka membuatkan rakyat tempatan yang bekerja dan berurusan di pejabat pos serta kedai makan disana bimbang dengan kehadiran mereka paling kerap waktu petang hingga malam. Ada antara mereka yang suka menjeling rakyat tempatan yang berurusan disana. Bila mereka ramai mereka umpama raja di cafe2 disana.

Saya harap pihak yang berwajib seperti immegration, DBKL dan kerajaan Malaysia dapat menyiasat dan mengambil tindakan dan kebanjiran rakyat afrika yang berniaga disana. Harap pihak tv3 dapat memberi perhatian. Rakyat prihatin 1 Malaysia.

By: En Shah

Taman yang tidak selamat untuk pengunjung

Saya adalah pengunjung tetap taman-taman seperti Taman Titiwangsa, Taman Metropolitan dan lain-lain.

Taman Metropolitan adalah yang paling menarik untuk kami sekeluarga untuk riadah kerana anak-anak saya amat suka melihat layang-layang dan tasik. Saya pula berjoging mengelilingi tasik. Bagi saya ‘melepaskan’ anak-anak untuk berlari kesana-kemari tampa rasa bimbang amat adalah aktiviti riadah yang menenangkan pada hujung minggu.

Tetapi, bagaimana hendak tenangkan fikiran bila terlalu ramai yang “beriadah” menggunakan motosikal. Ada juga yang berlumba dengan laju. Ini amat membahayakan kanak-kanak yang menggunakan trek jogging dan laluan pejalan kaki untuk pengunjung. Kenapa motosikal dibenarkan menggunakan trek jogging? Mana pemantauan pihak DBKL? Bagaimana kalau ada kemalangan atau kecederaan berlaku kepada kanak- kanak kerana dilanggar penunggang motosikal??

Saya mahu anak-anak saya bermain dengan gembira dalam persekitaran yang selamat, bukannya terpaksa mengawal pergerakan anak-anak kerana bimbang dilanggar motosikal.

Lot parking pula dimonopoli oleh lori jurujual yang bertapak di situ dari pagi sehingga lewat petang.

Kenapa ada pondok pengawal tetapi tidak kelihatan sesiapapun yang berada di taman untuk memantau. Apa guna pondok pengawal bila tiada yang menyelia??

Semua soalan-soalan ini telah lama terbuku di hati dan rasa tidak puashati dengan semua yang berlaku semakin membengkak. Hanya tunggu dan lihat tidak membantu.

Tolonglah kembalikan fungsi taman untuk beriadah bukannya trek lumba motosikal.

By: Mohd Alwi Ismail

Pencemaran Tasik PPR Intan Baiduri

Saya seorang pencinta alam dan menjadikan hobi melihat burung dan haiwan serta memancing sebahagian aktiviti mingguan saya sejak 30 tahun lalu. Saya sering mengunjungi beberapa tasik di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang berdekatan dengan rumah saya di Sri Gombak.

Akibat larangan memancing yang telah dikenakan di beberapa tasik seperti Tasik Ampang Hilir, Tasik Danau Kota, dan beberapa tasik lagi di sekitar Kuala Lumpur, saya kini beralih ke Tasik PPR Taman Baiduri di Kepong untuk melihat pelbagai species burung dan memberang yang menjadikan tasik ini sebuah syurga kehidupan mereka. Terasa begitu nyaman dan menenangkan jiwa jika setiap kali berkunjung ke tasik ini.

Dulu tasik ini sebelum dinaik taraf oleh DBKL adalah sebuah tasik yang dipenuhi hutan dan masih tidak terusik dari segi keasliannya. Disini juga ramai yang memancing kerana banyak dipenuhi dengan pelbagai spesies ikan. Apa yang mendukacitakan saya, setelah dinaik taraf oleh pihak DBKL saya dapati aliran air dari luar telah dialirkan ke tasik ini.

Pencemaran seperti pelbagai sampah sarap dan sebagainya memburukkan lagi keadaan tasik ini yang mula mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan setiap kali hujan. Apakah ini perancangan yang terbaik dapat dilakukan oleh pihak DBKL sehingga mencemarkan tasik yang indah ini? Memperbaiki keadaan tasik dan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk memasang lampu dan tempat bersenam amat dihargai namun kini semua kemudahan ini telah dirosakkan kerana kurang pemantauan dan kelemahan penyelengaraan yang effisien.

Terkini saya lihat sudah ada pihak kontraktor membersihkan tumbuhan ‘kiambang’ yang menutupi tasik ini dan menjalankan kerja-kerja pembersihan setelah agak lama terbiar seolah kerja separuh jalan. Apa yang penting selain penyelenggaraan pihak DBKL diminta mencari jalan terbaik agar sampah sarap tidak memasuki tasik ini secara berterusan sehingga satu masa nanti tiada apa yang dapat mendiami tasik ini lagi kerana ia bakal memenuhkan tasik ini dengan perabut, tayar, bangkai haiwan dan pelbagai sampai sarap.

Saya memohon agar tasik ini dipelihara kebersihannya demi pencinta alam seperti saya dan warisan anak cucu kami nanti. Dan satu lagi yang menjadi mimpi ngeri saya dan rakan-rakan yang semuanya sudah menjadi ‘warga emas’ bila setiap kali tasik di Kuala Lumpur dinaik taraf dan diperindahkan kami tidak lagi dapat memancing seperti selalunya sejak puluhan tahun lalu. Larangan ini satu cara yang tidak sepatutnya dilakukan lebih-lebih lagi banyak rakyat bawahan yang menjadikan hobi memancing sebagai satu cara untuk mengurangkan perbelanjaan dapur selain satu cara rekreasi yang sihat.

Jumlah golongan muda juga semakin ramai yang berminat memancing namun jika sekatan ini masih diamalkan maka mereka tiada alternatif lain sehingga beralih ke arah aktiviti yang tidak sihat. Sudah sampai masanya pihak kerajaan membuka mata dan ‘prihatin’ kepada golongan pemancing bawahan supaya hak kami tidak dinafikan dengan larangan tidak membenarkan kami memancing di tempat yang telah puluhan tahun kami menjadikan sebagai tempat memancing.

Kami rakyat bawahan bukan banyak wang tidak mampu untuk menyertai pertandingan memancing yang dianjurkan. Joran kami hanya bernilai beberapa ringgit sahaja! Kami memohon dan hanya ingin memancing dan menikmati sedikit khazanah alam yang dikurniakan Allah kepada kami seperti keadaan sebelumnya sejak puluhan tahun yang lalu tanpa ada sebarang sekatan.

Kami mahukan keadilan dan kebebasan seperti kami nikmati dulu. Tolong jangan korbankan hak kami dengan larangan memancing dan tolong jangan cemari tasik kami dengan sampah sarap semata-mata pembangunan! Tasik dan sungai adalah warisan yang perlu dijaga seperti kita menjaga keluarga sendiri!

By: Meor

Bayaran Notis DBKL

Untuk pengetahuan tuan, saya telah menerima ‘Notis Supaya Membayar Tunggakan Kadar’ (berwarna merah) dari DBKL bertarikh 20 September 2011 dengan jumlah ‘Tunggakan: RM 293.00′ dan ‘Bayaran Notis: RM 5.00′.

Saya telah menelefon DBKL bahagian Cukai Taksiran berkenaan dengan ‘Bayaran Notis’ sebanyak RM 5.00.  Saya berbuat demikian kerana mengikut pemahaman saya, ‘Bayaran Notis’ akan dikenakan jika kita tidak membayar ‘Bil Cukai Taksiran’ (berwarna biru) sehingga tarikh yang ditetapkan.

Tetapi saya tidak menerima ‘Bil Cukai Taksiran’ bagi bulan Julai 2011-Disember 2011 pada bulan Julai, dan pihak DBKL terus menghantar ‘Notis Supaya Membayar Tunggakan Kadar’.  Dengan itu, DBKL mengenakan bayaran notis sebanyak RM 5.00.

Saya telah bercakap dengan staf DBKL, dan mereka memberitahu bahawa sudah ramai orang telah membuat aduan di kaunter mereka berkenaan dengan hal ini, sehingga memarahi mereka.  Tetapi sebagai pekerja, mereka hanya mampu berpesan kepada orang ramai supaya jika tidak mendapat surat ‘Bil Cukai Taksiran’ pada Januari dan Julai, sila buat pembayaran tanpa menunggu surat itu.  Kerana sekarang, bukan pihak bandaraya yang membuat surat ‘Bil Cukai Taksiran’.  Bandaraya telah melantik syarikat lain (saya tidak ingat) untuk membuat dan menghantar surat tersebut kepada tuan rumah. Itulah yang telah diberitahu kepada saya oleh staf DBKL.  Staf DBKL juga memberitahu saya, jika saya tidak membayar RM 5.00 tersebut, maka ia akan dibawa ke tahun hadapan dan seterusnya.

Saya rasa perkara ini haruslah diambil tindakan kerana ini bukanlah salah tuan rumah. Sampai bilakah perkara ini akan berlarutan?

By: Mia

Sewa dewan DBKL tidak sepadan dengan servis yang diterima

Saya penduduk tetap Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur merasa amat  malu dan sedih dengan perkhidmatan dewan di Komplek Sukan Badminton BTR. Saya lihat kipas di dinding tidak dicuci dan kebanyakkan kipas tidak berfungsi. Cuba bayangkan betapa panasnya tetamu-tetamu di dalam dewan tersebut. Kapet yang dipasang pula terlalu lusuh dan pemasangannya pula tidak sempurna hingga menyebabkan beberapa orang tetamu jatuh tersungkur apabla tersangkutr kapet tersebut.

Dewan tersebut bukan di beri percuma malah dikenakan bayaran sewa rm800 dan sewa kapetnya rm350 setiap even yang diadaan. Saya amat terkilan dengan kejadian yang berlaku sebab bayaran dikenakan tapi perkhidmatan yang diberi saperti melepaskan batuk di tangga.

Saya berharap pihak yang berkenaan tolonglah bertindak dengan pekerja-pekerja di sana, janganlah sehingga berlaku kemalangan yang lebih berat lagi.

By: Hazira

Parking dan masalah pembuangan sampah sarap di Flat Desa Tasik

Saya adalah insan yang yang menginap di Flat desa tasik , Bandar tasik selatan. Flat ini telah didaftarkan atas DBKL tetapi pihak DBKL seakan membuat projek seperti terbengkalai sahaja.

Kawasan flat tersebut sangat sesak dengan taburan kenderaan yang ketiadaan parking. Saya tidak pasti mengapa pihak DBKL membuat perumahan flat yang menempatkan 301 lot rumah tetapi kawasan parking hanya berapa puluh sahaja. sehingga kenderaan terpaksa di parking berdouble2 menyebabkan kawasan laluan kereta sangat terlalu sempit.

Kawasan tersebut juga sangat sesak dengan laluan kenderaan yang tidak mengikut signboard laluan sehala.saya tidak faham kenapa pihak DBKL tidak memainkan peranan mereka dalam mematau kawsan tersebut. saya adalah yg sangat tersempit dengan keadaan tersebut. masalah pembuangan sampah sangat menjijikkan. tmpt laluan kereta adalah tempat pembuangan sampah.

Masalah parking sangat menjadi-jadi.. harap pihak DBKL dapat membina kawasan parking yang lebih selesa utk penghuni Flat desa tasik tersebut. saya amat berharap sangat-sangat pihak aduan rakyat dapat mengutarakan masalah ini kepada DBKL supaya pihak DBKL membuka mata mereka supaya lebih bertanggungjwabb terhadap perumahan tersebut. kerana perumahan tersebut adalah LEASEHOLD dan kepunyaan DBKL.pihak DBKL perlu bertanggungjawab..tolonglag wahai krew aduan rakyat..

Saya mmg berharap pihak aduan rakyat dapat menyelesaikan masalah tersebut. kami penghuni kawasan tersebut sangat merana dengan masalah parking dan pembuangan sampah tersebut..tolonglah kami…kami merayu…

Kami sangat merayu!!!  walaupun saya tidak attachkan gambar di kawsan tersebut saya berharap pihak aduan rakyat dapat mengambil tindakan. saya amat berharap pihak DBKL lebih bertanggungjawab.

By: faeza

Penyalahgunaan Kawasan Awam Untuk Kepentingan Diri Sendiri

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Disini saya ingin membuat aduan mengenai penginap satu rumah teres di No. 25 Jalan Batu 3, Taman Overseas Union yang telah membina sebuah “permanent structure” yang merupakan sebuah tong sampah simen di bahu jalan bersebelahan dengan rumah tersebut.

Bahu jalan ini adalah kawasan awam dan tidak patut didirikan mana-mana pembinaan kekal. Lebih-lebih lagi pada faktor keselamatan. Sudah beberapa kali saya menyaksikan kenderaan yang lalu nyaris-nyaris terlanggar objek tersebut yang dibina betul-betul di bahu jalan tersebut.

Dalam pada itu, saya sebagai seorang anggota polis di IPK Kuala Lumpur dan warga penduduk di taman tersebut, berharap agar pihak DBKL akan bertindak secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang kemalangan atau kecederaan dari berlaku.

Dengan ini, saya juga telah e-mail gambar yang saya tangkap sebagai rujukan pihak DBKL.

Sekian, terima kasih.

By: Teoh

Peniaga Uptown Setiawangsa yang teranayai

Saya peniaga pakaian bazar malam di Uptown Setiawangsa ingin mengadu tentang khemah putih di robohkan oleh DBKL pada tarikh 12/7/2011 jam 11:00 pagi tanpa sebarang notis daripada pihak penganjur.

Setahu saya DBKL ada mengatakan tapak di khemah putih dalam prosesan, jadi saya rasa ini bukan atas sebab tiada lesen tapi sebotag dari penganjur atasan dahulu yang tuan punya khemah putih L A linear ACTIVE SDN BHD CENTRUM Setiawangsa. Di syarikat itu ada mengatakan mahu mengambil semula khemah putih dari penganjur NUR GLOBAL SERVICE SDN BHD.

Selain itu, saya sebagai peniaga amat berasa sedih kerana mereka tidak mahu menunggu selepas raya untuk kembalikan khemah putih mereka kerana kita sudah pun mengambil stok barang-barang yang banyak untuk di jual di hari raya. Kita peniaga semua kerugian 100ribu termasuk beli khemah putih pada peniaga sebelum ini. Mana sifat kemanusiaan bangsa melayu kita kerana ingin menjatuhkan bangsa sendiri, majaroti semua peniaga dalam itu melayu.

Oleh disebabkan itu, kami tersepit di tengah-tengah,kami perniaga semua sudah pun membuat laporan polis yang terdekat di situ.Tempat itu sekarang menjadi tempat maksiat dan peragut yang menunggu mangsa,kita mintak bandaraya meletakkan lampu kerana di situ gelap dan ada bahan serpihan yang merbahaya kepada kanak-kanak dan mengunjung di situ.

By: zariyati

Aduan bau busuk di Taman Indah, Negeri Sembilan

Kami pengusaha-pengusaha restoran meminta pihak DBKL dan ADUAN RAKYAT supaya datang dengan segera bagi menyelesaikan masalah pencemaran bau busuk ini.

Ini berpunca dari pihak yang tidak bertanggungjawab membuat pemprosesan “sharp fin” secara haram di sebelah Restoran kami. Bau busuk ini sudah semakin kuat dan tidak mengenangkan pelanggan yang sedang menikmati makanan dan minuman yang dihidangkan. Secara tidak langsung menjejaskan imej kawasan tersebut serta pengoperasian perniagaan kami semakin merosot. Di samping itu,pemprosesan “sharp fin” ini telah menyebabkan kedatangan tikus serta lalat dengan kuantiti yang banyak.

Kami Meminta Kerjasama Dari Pihak Aduan Rakyat Supaya Datang Dengan Segera Bagi Menyelesaikan Masalah Pencemaran Bau Busuk Di Taman Indah, Negeri Sembilan. Kami Berharap Pihak Aduan Rakyat Dapat Membantu Menyelesaikan Masalah Pencemaran Bau Busuk Ini Secepat Mungkin.

Kami pengusaha-pengusaha tempat restoran.

By: Kelvin Yek

Tiada tindakan kepada peniaga haram oleh DBKL

Salam Hormat dan salam 1Malaysia. Mohon Pihak DBKL robohkan serta ambil tindakan kepada peniaga-peniaga haram yang mula membanjiri pintu depan masuk kuarter kerajaan Jalan Duta. Pihak JPM tiada kuasa kerana luar kawasan kuarter.

Adalah menjadi pemandangan yang teruk setelah ada beberapa pegawai DBKL mula mencari duit poket dengan setiap bulan menerima saguhati dari semua peniaga.

Suasana dahulu tenteram kini bertukar sibuk kerana banyak kenderaan parking sesuka hati membeli makanan yang dibuka oleh peniaga2 haram.

Sebarang aduan telah banyak dikemukakan namun tiada sebarang tindakan diambil..dari segi maklum balas..org DBKL kebal tiadak maklumat tiba ke Tuan Pengarah…

Saya terpanggil nak tengok ada ke tidak tindakkan diambil dari susulan makluman ini..akan saya siarkan dalam media jika tiada sebarang tindakan..kita tengok siapa kebal..negara ada undang2…

By: Mohd Sabri

Saman Parking DBKL dan caj bayaran parking yang melampau

Saya amat kesal dengan tindakan DBKL yg telah mengenakan saman keatas kereta yang diparking ditepi-tepi Jalan Dungun, Bukit Damansara dan sekitarnya setiap hari.Kami pekerja2 disekitar Jln Dungun, Bukit Damansara kerap dikenakan saman oleh DBKL.Saman sekali kena sekarang adalah RM300 (jika dibayar dlm masa 14 hari RM100)

Dalam keadaan kos semua meningkat ,saman DBKL amat merungsingkan kami seperti tiada pertimbangan langsung.

Jika ada sesiapa yang biasa dengan kawasan pejabat di sekitar Bukit Damansara pastinya sedia maklum , dgn keadaan tempat meletak kereta yg amat terhad dan terlalu mahal. Jika parking di dalam bangunan pejabat sejam 2.50 dan untuk sehari kami perlu membayar purata RM25 dan untuk sebulan (purata bekerja 20 hari) bersamaan dengan RM500.

Jadi untuk mengurangkan kos yg perlu kami tanggung setiap hari, kami terpaksa meletakkan kenderaan di bahu2 jalan.
Parking swasta yg paling murah ada RM 15.

Bukan kami tidak mahu menggunakan kemudahan awam tapi paham2 sahajalah jika ada urusan yg perlu di lakukan seperti masuk lewat atau balik awal(jika ada urusan mustahak).Menggunakan kenderaan awam mengambil masa sekurang-kurangnya 2 jam utk sampai ke rumah.

Kami amat berharap agar igauan ngeri kami setiap hari seperti kereta disaman dan ditarik tidak mengganggu konsentrasi kerja kami dan mohon semakan dijalankan keatas DBKL serta Syarikat Konsesi Parking disekitar BUKIT DAMANSARA terutamanya di JLN DUNGUN di pantau caj terlalu mahal yg dikenakan keatas pengguna-pengguna marhaen seperti kami ini.

Kenapa DBKL benarkan pejabat beroperasi di tempat yang tiada kemudahan parking awam yg mencukupi. adakah unsur komplot antara DBKL dan syarikat pengurusan parking.Minta sekali lagi semakan dilakukan.Sekian terima kasih.

By: ilya