Dbkl | Aduan Rakyat Online

Cari
Aduan Terkini
Archives
Blogged.my

Posts Tagged ‘Dbkl’

Masalah tuntutan DBKL masih belum dibayar

Saya ingin membuat aduan terhadap DBKL, saya teleh membuat tuntutan bayaran balik terhadap kereta saya kerana telah dihempap pokok ketika ribut di Taman Desa pada 25 Jan 2012, dan saya telah membuat tuntutan pada DBKL pada hujung bulan mac. Semasa saya menghantar tuntutan kakitangan DBKL yang menerima tuntutan saya berkata permohonan itu akan dibayar paling cepat dalam masa 2 bulan dan paling lewat dalam masa 6 bulan tapi sehingga kini tuntutan saya masih belum dibayar

Saya telah banyak kali membuat aduan terhadap DBKL tapi hanya satu feedback yang saya terima dari Jabatan Rekreasi DBKL, saya juga membuat aduan di Pejabat Datuk Bandar tapi sehingga kini tiada sebarang feedback, knape masih ada Agensi Kerajaan yang sedemikian, adakah masih wujud penjawat awam yang duduk goyang kaki di pejabat cukup masa balik. Beginikah respon yang saya terima dari DBKL. Saya sangat tidak puas hati seperti saya membuat aduan pada PEJABAT DATUK BANDAR DBKL tetapi tiada respon adakah DATUK BANDAR juga tidak buat kerja saya buat begini kerana saya sangat marah dengan DBKL

Read the rest of this entry »

Saman Parking Motorsikal DBKL

Saya seorang pelajar KLMU . Mohon pihak tuan/puan membuat kaji selidik kadar bayaran kompoun saman parking motorsikal terutama dari DBKL. Tempat untuk meletak motosikal adalah amat terhad, dan sekiranya disediakan berhampiran bangunan, tempat tersebut digunakan sepenuhnya oleh pelajar.

Kadar bayaran kompoun RM100 (RM150 selepas 14 hari) yang dikenakan adalah tidak munasabah dan terlalu membebankan pelajar yang tidak bekerja dan bukan datang dr golongan orang yang senang.

Read the rest of this entry »

Pendatang Afrika berniaga di kawasan tersembunyi di Cheras

Saya ingin membuat aduan kepada DBKL dan kerajaan Malaysia tentang kebanjiran pendatang Afrika di lot bawah pasaraya Giant Taman Counought Cheras Kuala Lumpur. Apa yang saya lihat berkali kali kawasan perkeliaran dan perniagaan mereka ini tersembunyi dari pandangan mata orangramai yang pergi membeli belah di pasaraya Giant. mereka membuka perniagaan di lot lot kedai dibawah pasaraya Giant tersebut.

Kegiatan mereka memang sudah lama says sedari.Saya hairan bagaimana pihak DBKL memberi lesen perniagaan atau pihak penyewa menyewa lot kedai mereka kpd  rakyat Afrika ini. Mereka membuka kedai runcit , 3-4 lot kedai gunting rambut, cafe, kedai pakaian, kedai makanan dll lg disana. Bila ada kemudahan kedai2 ini akan meramaikan lagi rakyat afrika datang dan berkumpul serta melepak dikawasan itu.

Read the rest of this entry »

Taman yang tidak selamat untuk pengunjung

Saya adalah pengunjung tetap taman-taman seperti Taman Titiwangsa, Taman Metropolitan dan lain-lain.

Taman Metropolitan adalah yang paling menarik untuk kami sekeluarga untuk riadah kerana anak-anak saya amat suka melihat layang-layang dan tasik. Saya pula berjoging mengelilingi tasik. Bagi saya ‘melepaskan’ anak-anak untuk berlari kesana-kemari tampa rasa bimbang amat adalah aktiviti riadah yang menenangkan pada hujung minggu.

Tetapi, bagaimana hendak tenangkan fikiran bila terlalu ramai yang “beriadah” menggunakan motosikal. Ada juga yang berlumba dengan laju. Ini amat membahayakan kanak-kanak yang menggunakan trek jogging dan laluan pejalan kaki untuk pengunjung. Kenapa motosikal dibenarkan menggunakan trek jogging? Mana pemantauan pihak DBKL? Bagaimana kalau ada kemalangan atau kecederaan berlaku kepada kanak- kanak kerana dilanggar penunggang motosikal??

Read the rest of this entry »

Pencemaran Tasik PPR Intan Baiduri

Saya seorang pencinta alam dan menjadikan hobi melihat burung dan haiwan serta memancing sebahagian aktiviti mingguan saya sejak 30 tahun lalu. Saya sering mengunjungi beberapa tasik di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang berdekatan dengan rumah saya di Sri Gombak.

Akibat larangan memancing yang telah dikenakan di beberapa tasik seperti Tasik Ampang Hilir, Tasik Danau Kota, dan beberapa tasik lagi di sekitar Kuala Lumpur, saya kini beralih ke Tasik PPR Taman Baiduri di Kepong untuk melihat pelbagai species burung dan memberang yang menjadikan tasik ini sebuah syurga kehidupan mereka. Terasa begitu nyaman dan menenangkan jiwa jika setiap kali berkunjung ke tasik ini.

Read the rest of this entry »

Bayaran Notis DBKL

Untuk pengetahuan tuan, saya telah menerima ‘Notis Supaya Membayar Tunggakan Kadar’ (berwarna merah) dari DBKL bertarikh 20 September 2011 dengan jumlah ‘Tunggakan: RM 293.00′ dan ‘Bayaran Notis: RM 5.00′.

Saya telah menelefon DBKL bahagian Cukai Taksiran berkenaan dengan ‘Bayaran Notis’ sebanyak RM 5.00.  Saya berbuat demikian kerana mengikut pemahaman saya, ‘Bayaran Notis’ akan dikenakan jika kita tidak membayar ‘Bil Cukai Taksiran’ (berwarna biru) sehingga tarikh yang ditetapkan.

Read the rest of this entry »

Sewa dewan DBKL tidak sepadan dengan servis yang diterima

Saya penduduk tetap Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur merasa amat  malu dan sedih dengan perkhidmatan dewan di Komplek Sukan Badminton BTR. Saya lihat kipas di dinding tidak dicuci dan kebanyakkan kipas tidak berfungsi. Cuba bayangkan betapa panasnya tetamu-tetamu di dalam dewan tersebut. Kapet yang dipasang pula terlalu lusuh dan pemasangannya pula tidak sempurna hingga menyebabkan beberapa orang tetamu jatuh tersungkur apabla tersangkutr kapet tersebut.

Dewan tersebut bukan di beri percuma malah dikenakan bayaran sewa rm800 dan sewa kapetnya rm350 setiap even yang diadaan. Saya amat terkilan dengan kejadian yang berlaku sebab bayaran dikenakan tapi perkhidmatan yang diberi saperti melepaskan batuk di tangga.

Read the rest of this entry »

Parking dan masalah pembuangan sampah sarap di Flat Desa Tasik

Saya adalah insan yang yang menginap di Flat desa tasik , Bandar tasik selatan. Flat ini telah didaftarkan atas DBKL tetapi pihak DBKL seakan membuat projek seperti terbengkalai sahaja.

Kawasan flat tersebut sangat sesak dengan taburan kenderaan yang ketiadaan parking. Saya tidak pasti mengapa pihak DBKL membuat perumahan flat yang menempatkan 301 lot rumah tetapi kawasan parking hanya berapa puluh sahaja. sehingga kenderaan terpaksa di parking berdouble2 menyebabkan kawasan laluan kereta sangat terlalu sempit.

Read the rest of this entry »

Penyalahgunaan Kawasan Awam Untuk Kepentingan Diri Sendiri

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Disini saya ingin membuat aduan mengenai penginap satu rumah teres di No. 25 Jalan Batu 3, Taman Overseas Union yang telah membina sebuah “permanent structure” yang merupakan sebuah tong sampah simen di bahu jalan bersebelahan dengan rumah tersebut.

Read the rest of this entry »

Peniaga Uptown Setiawangsa yang teranayai

Saya peniaga pakaian bazar malam di Uptown Setiawangsa ingin mengadu tentang khemah putih di robohkan oleh DBKL pada tarikh 12/7/2011 jam 11:00 pagi tanpa sebarang notis daripada pihak penganjur.

Setahu saya DBKL ada mengatakan tapak di khemah putih dalam prosesan, jadi saya rasa ini bukan atas sebab tiada lesen tapi sebotag dari penganjur atasan dahulu yang tuan punya khemah putih L A linear ACTIVE SDN BHD CENTRUM Setiawangsa. Di syarikat itu ada mengatakan mahu mengambil semula khemah putih dari penganjur NUR GLOBAL SERVICE SDN BHD.

Read the rest of this entry »

Aduan bau busuk di Taman Indah, Negeri Sembilan

Kami pengusaha-pengusaha restoran meminta pihak DBKL dan ADUAN RAKYAT supaya datang dengan segera bagi menyelesaikan masalah pencemaran bau busuk ini.

Ini berpunca dari pihak yang tidak bertanggungjawab membuat pemprosesan “sharp fin” secara haram di sebelah Restoran kami. Bau busuk ini sudah semakin kuat dan tidak mengenangkan pelanggan yang sedang menikmati makanan dan minuman yang dihidangkan. Secara tidak langsung menjejaskan imej kawasan tersebut serta pengoperasian perniagaan kami semakin merosot. Di samping itu,pemprosesan “sharp fin” ini telah menyebabkan kedatangan tikus serta lalat dengan kuantiti yang banyak.

Read the rest of this entry »

Tiada tindakan kepada peniaga haram oleh DBKL

Salam Hormat dan salam 1Malaysia. Mohon Pihak DBKL robohkan serta ambil tindakan kepada peniaga-peniaga haram yang mula membanjiri pintu depan masuk kuarter kerajaan Jalan Duta. Pihak JPM tiada kuasa kerana luar kawasan kuarter.

Adalah menjadi pemandangan yang teruk setelah ada beberapa pegawai DBKL mula mencari duit poket dengan setiap bulan menerima saguhati dari semua peniaga.

Read the rest of this entry »

Saman Parking DBKL dan caj bayaran parking yang melampau

Saya amat kesal dengan tindakan DBKL yg telah mengenakan saman keatas kereta yang diparking ditepi-tepi Jalan Dungun, Bukit Damansara dan sekitarnya setiap hari.Kami pekerja2 disekitar Jln Dungun, Bukit Damansara kerap dikenakan saman oleh DBKL.Saman sekali kena sekarang adalah RM300 (jika dibayar dlm masa 14 hari RM100)

Dalam keadaan kos semua meningkat ,saman DBKL amat merungsingkan kami seperti tiada pertimbangan langsung.

Read the rest of this entry »