Daya | Aduan Rakyat Online

Cari
Aduan Terkini
Archives
Blogged.my

Posts Tagged ‘Daya’

Masalah jalan raya di Pulau Banggi

Salam sejahtera dan Salam 1 malaysia. Orang yang jauh mungkin beranggapan jalan raya di Pulau banggi Kudat serba menakjubkan,tapi pada hakikatnya penduduk di Pulau Banggi serba kesengsaraan terutamanya di Kg Timbang Dayang dan juga Kg Damaran serta sekitarnya.

Apakan daya, kita hanya menunggu sahaja daripada pihak yang bertanggungjawab untuk menambahbaikan jalanraya di Pulau Banggi, tapi kesudahannya sama juga. Siapa yang patut disalahkan? Takkanlah orang kampung yang perjuangkan perkara ini pergi pihak atasan?

Read the rest of this entry »

Daya ketahanan dan Servis Notebook 1 Malaysia

Assalamuailaikum,

Saya adalah bapa kepada seorang pelajar yang menerima sumbangan notebook 1 malaysia. apa yang menjadi tanda tanya kepada saya adalah kualiti notebook yang di bekalkan kepada pelajar adalah tersangatlah rendah.

Notebook 1Malaysia BLACK CUBE

Read the rest of this entry »

Aduan pemandu lori melebihi had laju dan asap hitam

Saya memandu kereta Proton Saga dari Jalan Sultan Azlan Shan Utara ke Kampung Tasek di jalan raya berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Tasek, Ipoh, Perak mendapati bahawa no. pendaftaran kenderaan lori PHN 3520 di mana pemandu lori tersebut telah memandu secara cuai pada 04 Oct 2011 jam pukul 5.26pm sehingga boleh membahayakan nyawa siapa-siapa pun. Pemandu berkenaan telah memandu melebihi had laju yang ditetapkan iaitu 80km/jam dan melintas serta momotong kenderaan lain secara merbahaya juga mengeluarkan asap hitam dari lorinya.

Sikap seperti pemandu inilah yang akan menyebabkan peristiwa yang tidak diingini berulang-ulang lagi sehingga telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa. Saya selaku seorang rakyat biasa amat kesal dengan kejadian seperti ini dan berasa fobia untuk membawa kereta lagi namun apalah daya kami tiada pilihan yang lain. Saya berharap agar pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pemandu lori yang cuai itu. Sekian, terima kasih.

Read the rest of this entry »

Masalah Air di Sri Menanti Negeri Sembilan

Masalah ketiadaan air terutama pada hujung minggu, cuti umum dan musim perayaan seperti hariraya telah berlarutan sejak lebih 20 tahun yang lalu. Keadaan menjadi lebih teruk bila tiba hariraya dimana air dicatu berhari-hari sehingga terpaksa mencari alternatif lain.

Saya tidak pasti apa yang menjadi punca masalah ketiadaan air. Walaupun sudah berkali-kali membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan namun tiada sebarang jawapan positif yang diterima.

Read the rest of this entry »

Pemandu kenderaan lori yang amat cuai

Saya memandu kereta MYVI dari Sungai Ramal ke pekan Kajang di jalan raya berhampiran dengan Sungai Ramal, Kajang, Selangor mendapati bahawa no. pendaftaran kenderaan lori WUD 6524 di mana pemandu lori tersebut telah memandu secara cuai pada 10 Ogos 2011 jam pukul 3.30pm sehingga boleh membahayakan nyawa siapa-siapa pun. Pemandu berkenaan telah memandu melebihi had laju yang ditetapkan iaitu 80km/jam dan melintas serta momotong kenderaan lain secara merbahaya walaupun di kawasan angin lintang di jalan raya Sungai Ramal. Kajang, Selangor.

Sikap seperti pemandu inilah yang akan menyebabkan peristiwa yang tidak diingini berulang-ulang lagi sehingga telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa. Saya selaku seorang rakyat biasa amat kesal dengan kejadian seperti ini dan berasa fobia untuk membawa kereta lagi namun apalah daya kami tiada pilihan yang lain. Saya berharap agar pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pemandu lori yang cuai itu. Sekian, terima kasih.

Read the rest of this entry »

Pemandu bas ekspres cuai

Saya telah menggunakan perkhidmatan bas ekspres Transnasional dari Shah Alam ke Melaka Sentral jam 4.45pm no. pendaftaran kenderaan WSS 6595 pada 3 April 2011 dan mendapati bahawa pemandu bas tersebut telah memandu secara cuai sehingga boleh membahayakan nyawa penumpang. Pemandu berkenaan telah memandu melebihi had laju yang ditetapkan iaitu 90km/jam dan melintas secara merbahaya walaupun di kawasan angin lintang di lebuh raya.

Sikap seperti pemandu inilah yang akan menyebabkan peristiwa yang tidak diingini berulang lagi sehingga telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa. Saya selaku pengguna bas ekspres amat kesal dengan kejadian seperti ini dan berasa fobia untuk menaiki bas lagi namun apalah daya kami tiada pilihan yang lain. Saya berharap agar pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pemandu yang cuai. Sekian, terima kasih.

Read the rest of this entry »