Posts Tagged ‘Darah’
Harga makanan yang mahal dan layanan pekerja yang teruk
Pada 22/8 bersamaan hari raya ke 4 saya ke kedai makan Nasi Kampung Catering, Padang Nenas, Jalan Mengabang Telipot untuk menjamu selera.Seperti mana maklum pada hari raya sudah pasti sukar untuk mencari kedai kerana ramai peniaga bercuti pada hari raya. Ketika kejadian saya makan seorang diri. Masa tiba di kedai makan terbabit tidak banyak lauk yang tinggal malahan nasi pun sudah tiada. Dalam sekitar 10 minit menunggu nasi telah tiba. Kualiti nasi yang lembik tidak diendahkan kerana lapar. Saya hanya mengambil nasi kosong tanpa kuah, sambal belacan sesudu dan ikan bakar yang saiznya biasa sahaja. Harga tidak dipamerkan dan segelas air teo o ais.

Restoran di RNR Ayer Keroh tipu dan cekik darah
Saya sekeluarga telah singgah utk makan dan solat di kawasan rehat RNR Ayer Keroh arah utara pada hari khamis 23-08-12. Apa yang saya ingin adukan adalah mengenai sebuah salah sebuah gerai yang bagi saya telah menipu pelanggan dan mengenakan harga yang luarbiasa.
Gerai berkenaan adalah gerai hot plate asam pedas melaka. Apa yang inginsaya nyatakan disini adalah harga untuk seketul ayam goreng biasa adalah rm4. Bagi saya ini memengtak masuk akal bagi sebuah gerai biasa, bayangkan hanya dengan menjual 2 ketul ayam saja pemilik sudah mendapat modal untuk seekor ayam.
Penduduk Bakun perlukan pembelaan
Di sini ingin kami luahkan tentang nasib kami penduduk yang telah diusir dari tanah tumpah darah kami iaitu di sekitar kawasan Bakun yang hari ini sudah ditenggelami air atas nama pembangunan sebuah empangan mega.
Sudah 14 tahun berlalu, Bakun sudah siap dan mula beroperasi tetapi apa yang dijanjikan kepada kami 14 tahun lalu masih gagal ditunaikan. Kami dipindah dengan rasa berat hati kerana terpaksa! Tetapi hari ini tiada sesiapa yang datang membela nasib kami yang tidak menentu ini.
Bayaran Tol Jambatan ASEAN
Saya ingin membuat aduan tentang bayaran tol jambatan ASEAN yang menyeberangi Sungai Baram di Miri. Kadar bayaran yang dikenakan adalah terlalu mahal iaitu RM10.00 bagi sekali perjalanan untuk kenderaan persendirian. Sedangkan panjang jambatan tersebut tidak sampai 2km pun. Adalah diharapkan agar kadar bayaran tersebut dapat dikurangkan seperti mana kadar tol di tempat lain yang lebih murah dan ada diantaranya yang telah dihapuskan demi kepentingan rakyat jelata.
Sewa rumah cekik darah di sekitar UiTM Arau
Saya seorang pelajar UiTM Arau dan saya menetap di rumah sewa. Harga rumah sewa di Arau terutamanya yang berdekatan UiTM terlampau tinggi khususnya bagi pelajar.
Sewa rumah semasa tahun 2009 kira-kira RM500 bagi sebuah rumah. Tetapi mulai tahun 2011, sewa rumah naik mendadak, sehinggakan sewa sebuah rumah mampu mencecah RM1500 bagi jenis rumah yang sama. Rata-rata rumah sewa di kawasan Arau tidaklah terlalu besar (kira-kira 1000 kaki persegi).
Rumah sewa di Jengka cekik darah!
Saya adalah pelajar UiTM. Saya menyewa rumah di Bandar Jengka dengan adar yang terlalu tinggi iaitu RM1800 sebulan. Kami tiada pilihan, yakni terpaksa setuju sahaja menyewa dengn 15 rakan yang lain kerana ingin minimize beban .
Terlalu banyak kisah yang terjadi mengenai rumah sewa di bandar ini. Salah satunya, pasangan suami isteri dihalau kerana tuan rumah tersebut ingin menyewakan rumah itu kepada student dengan harga 3 kali ganda lebih tinggi.
CIMB cekik darah
Saya telah membeli rumah lelong di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur pada 6/6/2011. Saya telah membayar RM 25,400 sebagai deposit.
Pada 10/6/2011, isteri kepada tuanpunya Tanah telah memasukkan kaveat persendirian kerana berlaku jualbeli. Peguam pinjaman saya telah memberitahu saya bahawa pindahmilik tidak dapat dilakukan kerana kaveat tersebut.
Saya telah berusaha meminta pihak CIMB menanggung perbelanjaan guaman untuk mengeluarkan kaveat dan menambahkan tempoh bayaran. Tetapi permohonan saya ditolak .
LHDN menindas rakyat kelas pekerja
Zalim sungguh Lembaga Hasil Dalam Negeri. Rakyat yang hidup cukup-cukup makan dengan gaji ciput tak seberapa sibuk diaudit. Tawkeh babi kat Melaka sampai sekarang tak dapat tangkap. Malahan ada bekas Menteri Besar yang buat banglo dengan harga berjuta-juta pun tidak diaudit LHDN.
Apa kerajaan persekutuan dah kehabisan modal sangat takda duit ke sampai kakitangan badan berkanun pun diodit teruk sekali? Sampai fail tahun lama-lama semua nak korek? Zalim dan sangat kejam jika inilah (LHDN) pendekatan agensi yang di punyai kerajaan.
Hospital Tenku Ampuan Rahimah Klang Cuai!
Pada 9/2/2011 saya telah pergi ke Hospital Bukit Kuda Klang untuk mendapatkan rawatan kerana saya sudah tidak dapat berjalan jauh pinggang saya akan sakit dan penat. Doktor telah memeriksa dan mengambil darah saya serta mengambil denyutan jantung saya dan saya diarah untuk pergi ke Hospital Tengku Apuan Rahimah Klang dengan menaiki ambulan pada hari itu. Setibanya disana saya diambil darah lagi dan lagi…… Doktor mengarahkan saya untuk duduk diwad bagi rawatan selanjutnya. Saya dimasukkan diwad 7B. Saya didapati mengidap penyakit Tyroid. Dan saya telah berada di wad selama 3 hari.
Selama saya diwad saya juga ada memberitahu doktor bahawa saya sakit pinggang tidak boleh berjalan jauh hanya beberapa rantai saya akan mengalami kesakitan yang amat sangat dipinggang dan pernafasan saya. Tetapi doktor di wad 7B tidak menghiraukan kesakitan pinggang yang saya alami. Semakin lama semakin serius penyakit pinggang saya dan saya tidak dapat naik dan turun tangga. Doktor telah memberi saya cuti MC selama 14 hari daripada 9/2/2011. Didlam pada itu saya terpaksa pergi berjumpa doktor Otopedik kerana penyakit pinggang, saya pun tidak dapat berjalan dan membuat kerja yang lasak. Doktor telah megambil X-ray dibahagian pinggang saya tetapi hampa doktor otopedik tidak dapat mengenal pasti penyakit yang saya alami. Doktor memberitahu saya ini hanya penyakit tua, sedangkan saya baru 46 tahun bukannya 84 tahun.
Layanan Jururawat Wad 18 Hospital Kuala Lumpur
Salam..
Saya ingin membuat aduan mengenail layanan seorang nurse di wad 18 tingkat 4 yang bernama Rashidah Bt Mohd Rashid.
Ayah saya dimasukkan ke hkl pada 31.5.2011 kerana muntah darah dan diletakkan di wad 18 tingkat 4. Keluarga saya akan datang melawat setiap hari. Saya ingin mengucapkan syabas kerana setiap kali melawat, saya perhati,semua nurse dan pelajar praktikal dari kolej MAHSA melayan ayah saya dan pesakit lain dengan baik. Antaranya seperti nurse faznita, nur adilah dll.
Namun pada hari ini 2.6.2011 jam 6.30 petang, seorang jururawat bernama Rashidah Bt Mohd Rashid secara tiba menengking ibu saya kerana membawa kanak-kanak berusia bawah 12 tahun memasuki wad. Walhal, kami sekeluarga sudah berada di situ sejak jam 5.00 ptg dan dia berada di meja jururawat/doktor menyiapkan fail laporan. Kebetulan katil ayah saya betul2 di hadapan meja tersebut.






