Posts Tagged ‘Buletin Utama TV3’
Bayaran masuk Kolam Air Panas Gadek mahal
Baru sekejap Buletin Utama TV3 menyiarkan kisah berkaitan Kolam Air Panas Di Selayang, Selangor. Bayaran yang dikenakan hanya RM2 untuk bayaran parking kereta dan RM0.50 untuk motorsikal. Terpanggil saya untuk membuat aduan berkenaan bayaran masuk ke Kolam Air Panas Gadek, Alor Gajah, Melaka adalah sangat mahal.
Bayaran yang dikenakan adalah RM5 seorang dewasa. Ini menyebabkan orang kampung ini sendiri perlu berfikir banyak kali untuk kesana. Bayangkan kalau saudara-mara jauh pulang ke kampung dan ingin beriadah di Kolam Air Panas, jika sekeluarga 10 orang dah RM50.00. Kalau ada yang sakit dan ingin berubat dan ingin pergi hari-hari, sebulan memerlukan RM150.00 seorang.





