Bekalan Air | Aduan Rakyat Online



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Posts Tagged ‘Bekalan Air’

Masalah Projek Prasarana Naik Taraf Jalan Dan Bekalan Air Paip

Saya mewakili penduduk Lorong Gemilang,KM10,Parit Bengkok,MK 2 Bagan, Batu Pahat meluahkan rasa tidak puas hati ekoran masalah jalan yang tidak dinaiktaraf serta tekanan air paip rendah. Kawasan penempatan kami dikawasan pinggir bandar dan bukannya di pedalaman, rasanya tidaklah sukar untuk dilihat mahupun dipantau oleh pihak berkuasa yang terlibat. Sebenarnya, masalah ini telah berlanjutan selama setahun. Janji hanya tinggal janji namun yang jelasnya hanya untuk menyedapkan hati.

Sebelum ini, pihak kami telah membuat permohonan kepada pihak berkuasa iaitu YB. Datuk Hj. Aris bin Samsudin, ADUN Kawasan Semerah Batu Pahat, Johor. Namun sehingga kini, tiada sebarang tindakan mahupun tinjauan yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Antara masalah yang dihadapi oleh pihak kami ialah : Read the rest of this entry »

Pekerja Syabas menutup paip bekalan air

Saya ingin membuat aduan bahawa kawasan perumahan kami telah masuk minggu kedua tiada bekalan air. Di kawasan Ampang Avenue ini, hanya apartment Mesra Villa yang telah putus bekalan air hingga masuk minggu kedua dan kami di fahamkan bahawa pekerja Syabas sendiri yang telah menutup paip yang menyalurkan air ke apartment kami. Ini tidak masuk akal kerana semua kawasan perumahan teres di sekitar ini tidak pernah terputus langsung bekalan air. Bahkan semua apartment berdekatan seperti apartment Seri Maya, Seri Nilam juga langsung tidak mengalami masalah bekalan air.

Apa yang menyedihkan kami, terdapat 2 tangki besar bersebelahan kediaman kami. Ini menunjukkan pekerja Syabas sengaja tidak menyalurkan air dari tangki tersebut ke kediaman kami. Notis pertama kami terima mengatakan bahawa pam di Gombak mengalami masalah. Bagaimana di salurkan dari Gombak pula? Tidak logik sama sekali jika hanya apartment kami yang di salurkan dari Gombak.

Read the rest of this entry »

Syabas dan Air

Saya ingin mengadu mengenai ketiadaan air di kawasan perumahan kami Vista Amani Condominium di Bandar Tun Razak/Sri Permaisuri sejak 28 December 2011. Ketiadaan air menyebabkan perkara aktiviti harian tak terurus kami susah nak mandi, pakaian yg perlu dicuci dgn anak-anak sekolah. Lori Sayabas hanya datang sekali sekala dengan bekalan air yg sedikit. Mereka datang hanya bila ada yang telefon dengan marah. Taska yg beroperasi pun tiada air..anak2 kecil tidak dpt mandi. Memang teruk.

Apa peranan pengurusan tertinggi Syabas dalam isu air di sini? Dah masuk hari ke 12 kami di rumah ketiadaan air. Pihak Syabas seolah-olah tidak berbuat apa2 hanya memberi janji palsu kepada kami semua. Kami tinggal di Kuala Lumpur tapi kedaifannya seolah2 tinggal di luar bandar dengan tiada bekalan air.

Read the rest of this entry »

Masalah Ketiadaan Air di Pangsapuri Sri Shamelin

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Saya ingin membuat aduan pasal ketiadaan air di kawasan perumahan di Taman Shamelin Perkasa, khususnya di Pangsaputi Sri Shamelin. Sehingga tarikh ini sudah 2 minggu kami menghadapi musibah ini . Semua maklum bahawa air ialah sumber yg paling penting bg kita. Ketiadaan air ini banyak menjejaskan produktiviti kerja, emosi dan juga kesihatan kita.

Di sini saya ingin mengetahui apakah tindakan yang di lakukan oleh pihak Syabas dan pihak2 lain yang bertanggungjawab secara langsung dalam permasalahan ini? Kenapa sudah 2 minggu air tiada, baru 2 kali lori air datang untuk membekalkan air kpd penduduk?? tidakkah Syabas mempunyai jadual berkala untuk melaksanakan misi ini?? Pihak Syabas tidak boleh bergantung kepada berapa banyak aduan telefon yang dibuat, barulah bekalan air akan dihantar ke kawasan tersebut.

Read the rest of this entry »

Bilakah Isu Gangguan Air di Ampang akan berakhir

Gangguan Bekalan Air DiSelangor bilakah akan berakhir.Sekiranya masalah ini masih berpanjangan harap ada orang yang bertanggungjawab dapat menolong selesai masalah penduduk dikawasan Ampang dan Cheras.Bertalu-talu menelefon minta bekalan air kecemasan dihantar tapi tiada penghantaran dibuat.Call banyak kali untuk dapatkan bekalan air kecemasan.

Bila ditanya mengapa tak hantar air ,katanya lori terhad permintaan terlalu banyak.Tapi kondo tempat orang kaya satu hari sampai 6 trip penghantaran,terhad pakah itu.Itu namanya pilih kasih.Kami semua pun rakyat yang turut membantu dalam pembanguna ekonomi negara,kami juga harus dapat menikmati hidup yang selesa tas usaha kami.Wahai orang yang berkuasa harap fikirkan ,kalau bekan air terrawat dah semakin kritis ,agihkan secara adil.Tapi kondo,kedai mamak ada pulak tangki yang dibekalkan oleh syabas.

Read the rest of this entry »

Masalah Bekalan Air Bersih Semakin Meruncing di Semporna

Apabila saya menyebut Semporna, pasti ramai yang terbayang dengan pulau dan tempat peranginannnya yang cantik. Tapi, tahukah anda bahawa Semporna menghadapi kemelut catuan bekalan air bersih? Semacam tidak rasional di pendengaran,apabila masalah bekalan air bersih yang merupakan masalah biasa di Negara Dunia Ketiga turut dirasai di daerah Semporna yang terkenal dengan keindahan pulaunya di mata dunia.Tambahan pula,ianya terletak di sebuah negara yang pesat membangun, Malaysia.

Di kawasan pekan Semporna khususnya Bandar Utama,air akan dibekalkan setiap hari mengikut tempoh tertentu. Di kawasan ini, tiada air sebelum 8 pagi, antara 12 tengah hari sehingga 3 petang dan juga selepas 8 malam. Namun begitu, seringkali berlaku tidak terdapat bekalan air pada waktu yang sepatutnya air dibekalkan. Selain itu, penggunaan pam air juga seolah-olah menjadi kewajipan di setiap premis di pekan ini disebabkan oleh tekanan air yang rendah sewaktu air bersih dibekalkan.

Read the rest of this entry »

Masalah Bekalan Air di Kampung Seraya selama tiga hari

Salam 1 malaysia buat pembaca dihormati,saya selaku wakil penduduk kampung Seraya Semporna Sabah ingi mengemukakan aduan berkaitan masalah bekalan air di Kanpung Seraya baru-baru ini telah mengundang pelbagai masalah kepada penduduk kampung.

Saya difahamkan masalah ini telah lama berlarutan dan aduan oleh penduduk kampung tidak pernah bertubi-tubi melaporkan masalah ini kepada pihak berpatutan (Jabatan Air) . Hal ini, turut juga menggangu keselesaan penduduk dan menyukarkan kegiatan penduduk melakukan aktiviti seharian sebagai contoh berlaku pada saya sendiri beberapa hari lepas air terputus selama 3 hari menyebabkan saya tidak dapt mengerjakan ibadah solat dengan sempurna ekoran ketiadaan air, seterusnya kenduri berarua turur terganggu akibat ketiadaan saluran air yang mencukupi untuk kegunaan memasak. Paling mengesalkan kenapa pihak berkewajiban tidak sering memantau sekiranya bekalan air ke Kampung Seraya terputus atau nombor aduan bebas talian disediakan bagi memeudahkan penduduk kampung membuat aduan.

Read the rest of this entry »

Air di Kuala Pilah bermasalah sudah lebih 2 tahun

Masalah keperluan asas utama iaiatu bekalan air bersih di Kuala Pilah, Negeri Sembilan sehingga kini sejak diswastakan dan dikendalikan oleh SAIN, tidak dapat didiselesaikan. Saya tidak duduk di sana tapi sering pulang ke sana dan mendengar keluhan rakyat terutama sewaktu mendengar ceramah pihak pembangkang. Rakyat setempat berasa kecewa kerana bukan sahaja tiada tindakan di ambil malah mereka akan blacklist kepada oanrg yang membuat aduan. Sebagai sebuah pekan besar yang menempatkan Bandar Diraja Seri Menanti, perkara ini sepatutnya tidak wujud dan kita sudahpun hidupdi alaf baru bukan di zaman 70an lg.

SAINS ingin membekalkan air ke selangor tapi kawasan utama di negeri sembilan seperti di sini mempunyai masalah bekalan air. ini menjejaskan kualiti kehidupan, dan kesihatan penduduk setempat. bayangkan, pengusaha restoran tdk dpt mencuci pinggan setiap masa etc.

Read the rest of this entry »

Penarikan Elaun Perumahan Wilayah

Seringkali guru- guru di kawasan pedalaman Sarawak dibayangi dengan imbuhan dan elaun yang mewah. Setiap kali berjumpa rakan- rakan guru di semenanjung atau sesiapa sahaja yang bertanyakan lokasi perkerjaan guru, dan apabila dinyatakan kawasan pedalaman Sarawak, tentunya terlontar ungkapan “wah, gaji besar, elaun banyak, pastinya dapat mengumpul duit yang banyak…” itulah saban kali ayat yang sering dituturkan. Namun sejauh manakah kenyataan ini benar? Bagi kami guru- guru yang berada di kawasan pedalaman, keperitan hidup akan dirasai oleh mereka yang pernah mengalami sendiri bagaimana perit dan sukarnya meneruskan kehidupan di sini.

Bila berbicara soal elaun, kami guru- guru di kawasan pedalaman Tatau, Bintulu masih lagi terpinga- pinga dengan penarikkan Elaun Perumahan Wilayah yang telah ditarik balik oleh Pejabat Pelajaran Daerah Tatau sejak awal Januari yang lalu. Apa yang menghairankan kami para guru di kawasan pedalaman ini, kami tidak menduduki kuarters guru, apatah lagi rumah kerajaan. Kami cuma diberikan rumah yang dibina hasil gotong- royong penduduk kampung (masyarakat Iban) dan rumah tersebut tidak dianggap sebagai rumah kerajaan, malah bekalan air bersih juga tidak ada hanya mengharapkan bekalan air dari bukit dan air hujan.

Read the rest of this entry »

Masalah Bekalan Air di Jengka 7 Yang Berpanjangan

Masalah bekalan air dikawasan FELDA JENGKA 7 sememangnya semakin berleluasa sejak dulu lagi. Daripada saya kecil lagi terutama ketika ingin menyambut hari raya tiap-tiap tahun..kami terpaksa mandi & menbasuh di sungai. Air sungai pula tidaklah begitu bersih dan terletak jauh di dalam kawasan ladang sawit. Kini, apabila sungai di dalam kawasan ladang sudah tidak dapat digunakan lagi kerana semakin cetek & kotor. Kami sekeluarga akan ke sungai di KUALA SENTUL untuk membasuh & mandi. Tempat tersebut adalah tempat reakrasi tapi sudah menjadi kawasan DOBI kami. Kami terpaksa menaiki kereta berulang alik untuk ke sana. Jarak pula..boleh menyebabkan kami kehilangan wang ringgit untuk mengisi minyak sahaja.

Walaubagaimanapun, hanya sebahagian kawasan di JENGKA 7 yang tidak dapat bekalan air. Iaitu akibat daripada tekanan air yang begitu rendah & mungkin disebabkan sistem pempaipan yang tidak diperbahurui. sering sahaja berlaku paip bocor dan pecah sejak dahulu hingga kini & itu memburukkan lagi keadaan. Ada khabar angin yang pelbagai mengenai pengurusan di sini. Apabila kami membuat aduan pada jawatan kampung, tidak dipedulikan. mahupun sudah berpuluh kali, ini kerana bukan 1 kampung yang mengalami masalah ini, tapi cuma sebahagian. Sebahagian itu adalah di barisan deretan BLOK E1 & rumah kami memang di kawasan tanah yang agk tinggi.

Read the rest of this entry »