Bas Rapid Kl | Aduan Rakyat Online

Cari
Aduan Terkini
Aduan Paling Pupolar

Sorry. No data so far.

Archives
Blogged.my

Posts Tagged ‘Bas Rapid Kl’

Bas Rapid KL Serdang yang bermasalah

Saya merupakan seorang pelajar kolej dari serdang, selangor yang menaiki bas rapid untuk kegunaan harian dan juga untuk pergi dan balik dari kolej setiap hari. saya ingin membuat aduan mengenai bas rapid kl (T417-Serdang) kerana tidak dapat tahan dengan kerenah pemandu bas yang sangat kurang ajar,malas dan tidak mengikut masa. Cadangan saya untuk membuat aduan disokong oleh penduduk di tempat kami dan juga oleh seorang rakan saya yang baru saja jalan kaki sejauh km kerana pemandu bas yang tidak datang untuk mengambil penumpang. waktu sekarang adalah 1 pagi. kawan saya telah menunggu bas rapid kl T417 tersebut di KTM serdang dari pukul 10.40malam. Tetapi pemandu tidak sampai untuk menggambil penumpang walaupun sudah 12.10 malam. tidak dapat tahan dengan perasaan marah,kawan saya dan seorang lagi penumpang berjalan balik ke rumah mengikut lebuh raya serdang.

Saya tidak menyalahkan perkhidmatan Bas Rapid KL. Tetapi saya menyalahkan pemandu bas rapid di tempat saya yang kurang ajar,malas dan tidak mengikut masa. T417 di kawasan Serdang selalu lambat dan tidak mengikut waktu yang ditetapkan. Kami terpaksa tunggu selama 1 jam hingga 2 jam untuk menaiki bas. saya pernah tunggu untuk bas tersebut di lrt sungai besi selama 3 jam. Kami penumpang sangat penat kerana baru balik dari sekolah dan kerja,tetapi bertambah penat apabila menunggu bas selama 1 jam setengah setiap hari. kami tidak dapat menahan kemarahan apabila bila ditanya mengapa lambat,pemandu bas memberikan jawapan tidak munasabah seperti hendak makan. mereka memberikan jawapan dengan cara yang sangat kurang ajar. yang peliknya,takkan mereka makan 30 kali sehari? Kami tidak dapat tahan lagi dengan kerenah mereka yang terlampau kurang ajar,malas dan tidak mengikut masa.

Read the rest of this entry »

Perkhidmatan Bas E1 Rapid KL sangat menghampakan

Saya adalah antara beratus-ratus pengguna tetap bas Rapid KL E1 (Putrajaya-Pasar Seni). Ramai penduduk di Putrajaya yang berulang-alik dari Putrajaya ke Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Rapid untuk bekerja. Setiap hari bas ini akan memulakan perjalanan pada pukul 6.00 pagi dan kekerapan bagi bas E1 ini adalah setiap setengah jam.

Saya merupakan penumpang yang menaiki bas pada pukul 6.30 pagi. Apa yang menjadi masalahnya sekarang adalah pengguna bas E1 ini berasa amat kecewa dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Rapid KL. Ini kerana sejak kebelakangan ini perkhidmatan bas E1 ini selalu tergendala ataupun dengan kata lain bas yang dijadualkan pada waktu-waktu tersebut tidak menjalankan tugasnya dengan sempurna.

Read the rest of this entry »

Bas Rapid KL T302 selalu tiba lambat

Saya merupakan pelajar tingkatan 3 SMK Zon R1 Wangsa Maju Seksyen 1 ingin membuat aduan. Cadangan saya untuk membuat aduan disokong oleh kawan-kawan dan juga ibu bapa.

Bas Rapid KL T302 di kawasan Seksyen 1 Wangsa Maju selalu lambat dan tidak mengikut waktu yang ditetapkan. Waktu sekolah tamat pada pukul 1.10 pm. Hampir 1 jam kami tunggu bas dan kami pulang ke rumah dalam pukul 2.30 hampir ke pukul 3. Kami juga ada kelas tambahan yang tamat pada pukul 2.15. Kami sampai rumah dalam pukul 3.30 hampir pukul 4.00. Kami penat bersekolah dan bertambah lagi penat apabila menunggu bas.

Read the rest of this entry »

Kad Rabbit Rapid KL menyusahkan pengguna!

Saya pelajar dari UITM Shah Alam. Saya ingin membuat aduan bahawa bas Rapid KL sekarang sudah menggunakan Kad Rabbit seperti mana semua orang dah tahu. Kad itu perlu disentuh bila masuk dan juga bila keluar dari bas Rapid KL. Tapi, saya tak berpuas hati dengan menggunakan kad tersebut kerana ini lagi merugikan para penumpang.

Masa tu, saya mahu balik ke rumah di KL. Dari PKNS Shah Alam, saya menaiki bas u80. Saya sentuh kad tersebut di alat penyentuh kad itu. Tiba-tiba mesin itu menyatakan bahawa saya perlu menambah nilai lagi padahal sebelum tu saya dah menambah nilai RM10. Kiranya setiap kali saya balik ke KL dan balik ke UITM, saya perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM 20. Saya sebagai pelajar tidak berpuas hati dengan penggunaan Kad Rabbit tersebut.

Read the rest of this entry »

Bas Rapid KL yang lembab!

Assalamualaikum,

Saya seorang penumpang/pengguna Bas Rapid KL dan sedang bekerja.

Rata-rata pengguna yang menggunakan kenderaan awam terutama bas amat memerlukan jadual perjalanan yang tepat. Ini kerana semua penumpang khususnya bagi yang bekerja memerlukan ketepatan waktu untuk sampai tepat atau sebelum masuknya waktu bekerja.

Namun apa yang saya lihat dan alami, pemandu bas kebanyakan tidak memikirkan tentang masa masukknya waktu bekerja penumpang. Ikut suka nak bergerak pukul brapa…berehat berjam-jam …akhirnya kerja yang masuk pukul 8.00 akhirnya sampai pukul 9.00 pagi…tolong lah sedar sikit wahai driver-driver bas..penumpang mesti masuk kerja ikut masa..walaupun datang awal kat stesen bas namun kene tunggu 40, 50 minit untuk bas itu bergerak…disiplin mesti ikut.

Read the rest of this entry »

Kekurangan kemudahan awam di Kampung Cheras Baru, Bukit A

Saya tinggal di Kampung Cheras Baru, Bukit A. Masalah pertama kami disini Bas Rapid KL yang sangat la susah untuk melalui kawasan kami. Hingga ada yang terpaksa berjalan kaki jauh melalui tepi kawasan perkuburan Islam dan perkuburan kristian hingga ke Jambatan merentasi Taman Midah hanya untuk mengambil bas.Kalau berjalan beramai – ramai tak mengapa tapi jika terpaksa berjalan seorang diri kan itu mengundang bahaya!. Waktu untuk pergi bekerja awal pagi penduduk terpaksa tunggu sehingga adakalanya 2-3 jam baru ada bas dan yang datang adakala sampai 3 bas (tidak mengikut jadual mungkin)yang datang serentak. Kemudian tiada bas dalam jangka masa yang panjang. Perkara ini telah lama berlaku, bertahun2. Kami penduduk di kawasan terbabit sangat kecewa kerana nak pergi pasar pun ibu2 terpaksa menunggu berjam-jam. Itu belum lagi bercampur dengan warga asing yang kerjanya nak meraba saja.

Yang kedua, Lampu jalan di Kampung Cheras Baru Bukit A tiada sudah hampir seminggu lebih. Jalan tersebut ialah jalan besar dan penduduk selalu berjalan kaki, naik motor untuk kesurau, kanak-kanak berjalan kaki pergi mengaji dan sebagainya. Jadi bila tiada lampu jalan kebarangkalian untuk mengalami kemalangan sangat la besar. Takkan nak tunggu ada kemalangan baru nak sibuk betulkan lampu jalan. Dulu lampu jalan ni menyala tapi dibuka cepat dan tutup nya juga cepat. Contoh lampu dibuka pukul 5 ptg dan ditutup pukul 9 malam.

Read the rest of this entry »

Bas Rapid tidak ikut jadual

Salam, saya ingin membuat aduan mengenai bas Rapid KL T424 dari LRT-Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan.

Bas tersebut selalu tidak mengikut jadual yang ditetapkan. Seperti yang dilekatkan di stesen LRT bas sepatutnya dalam sejam ada 3 perjalanan.  Tetapi apa yang saya dapati kadangkala hanya 1 perjalanan dalam sejam.

Saya pernah menunggu bas dari pukul 6 petang sehingga 7 malam sehingga akhirnya saya berputus asa dan menaiki teksi.  Sedangkan saya telah membeli pas bulanan dan ini menyebabkan saya berasa kecewa.

Read the rest of this entry »