Bank Negara | Aduan Rakyat Online



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Posts Tagged ‘Bank Negara’

Kearah Perkhidmatan Awam KTMB Yang Terbaik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu,sejuta kemaafan dipohon sekiranya email saya ini mengganggu urusan perkhidmatan pihak tuan. Tetapi saya hanya bertindak sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang bergelar Penjawat Awam Yang Prihatin kepada masalah yang berlaku dipersekitaran terutamanya yang melibatkan urusan saya seharian. Semoga beberapa penambahbaikan dapat dilakukan selepas ini bagi KTMB menghasilkan produk yang sempurna pada masa hadapan. Walaupun tidak sempurna pada seseluruhannya, tetapi kearah kesempurnaan itu, adalah keperluan matlamat utama kami sebagai Rakyat Malaysia di bumi yang bertuah ini.

Saya Mohd Zuhairi Bin Bahanuddin, yang bertugas sebagai Juruteknik Awam di Ibu Pejabat JKR Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin merupakan salah seorang pengguna perkhidmatan KTMB dari Stesen Kajang ke Stesen Bank Negara setiap hari isnin sehingga jumaat,setiap minggu,setiap tahun dan mungkin untuk sebelum tempoh pencen sekiranya permohonan saya untuk kembali berkhidmat di negeri kelahiran Terengganu belum terlaksana.

Read the rest of this entry »

VGMC scam pelaburan ‘emas’ besar besaran

Berkenaan tajuk diatas, walaupon syarikat VGMC ini telah di BLACKLIST oleh Suruhanjaya Security Malaysia dan Singapura tetapi kenapakah company pelaburan seperti VGMC ini yang kononnya syarikat pelombongan emas masih dibenarkan bank negara utk beroperasi secara online di negara ini ianya mirip swishcash bagi saya dan syarikat ini juga tidak mempunyai LOMBONG EMAS di mana2 di dunia dan saya berangapan pelaburan ini adalah penipuan semata mata.

Saya beharap ianya tidak memberi kesan mendalama pada rakyat malaysia, kerana fenomena VGMC sejak 2 tahun ini telah membuatkan rakyat malaysia ‘mengila’ melabur hingga membuat pinjaman ratusan ribu ringgit utk menyertai pelaburan yg masih kabur masadepan dan kesahihannya. saya harap pihak tv3 dpt membongkar rahsia VGMC ini YANG TIADA SYARIKAT OPERASinya di Malaysia dan disenaraikan oleh suruhanjaya security sebagai tidak berlesen. sekian terima kasih

Read the rest of this entry »

Perkhidmatan Komuter KTMB Semakin Teruk

Salam,

Saya, sama seperti beribu-ribu pengguna perkhidmatan KTMB yang lain ingin men gutarakan rasa amat kesal & kecewa atas tahap perkhidmatan servis Komuter antaranya;

  1. Kelewatan atau pembatalan jadual komuter yang sering terjadi setiap masa, tiada aircon, bersesak -sesak waktu puncak ( 6.30am-9.00am) dan ( 4.00pm-7.00pm) , tidak menepati waktu dan tertangguh 30min -45min.
  2. Pengurusan KTMB yang tidak komited & tidak prihatin setiap aduan pengguna dan tidak mengambil tindakan memperbaiki servis komuter terutama laluan PEL. KLANG- BATU CAVES banyak tertangguh, lembab, membosankan, kotor, berbau busuk terutama diwaktu pagi, paling teruk kepanasan akibat sistem aircon yang rosak menyebabkan kami berpeloh 1jam dari BANK NEGARA – KLANG setiap hari.
  3. Kaunter pemeriksaan tiket di KL SENTRAL sering sesak kerana kaunter-kaunter tidak dibuka sepenuhnya menyebabkan pengguna menunggu lama terutama diwaktu puncak pagi jam 7.00am -9.00am.

Read the rest of this entry »

Minta Y.A.B Perdana Menteri turun padang ke Komuter KTMB

Saya memohon Y.A.B Perdana Menteri sudi turun padang menjengok dan menilai kesulitan & kesusahan  pengguna Komuter KTMB di KL Sentral terutama Laluan Batu Caves – Pel. Klang kerana:

  1. Perkhidmatan Komuter semakin teruk , tidak cukop komuter, hari -hari rosak, tiada aircon , bersesak-sesak waktu puncak ( 6.30am -9.00am) & (4.00pm -7.00pm)  , tidak menepati waktu…selalu tertangguh 30min -1 jam.
  2. Pengurusan KTMB yang tidak komited & tidak prihatin setiap aduan pengguna & tiada tindakan untuk membaiki servis Komuter terutama laluan Pel.Klang -Batu Caves banyak tertangguh, lembab, kepanasan akibat kesesakan & sistem aircon tidak berfungsi.
  3. Sudah berminggu  ketibaan Komuter jam 6.30am , 7.00am dibatalkan di Stesen Klang menyebabkan pengguna tiba lewat ke pejabat, bersesak -sesak dan berpeloh untuk kepejabat waktu puncak pagi.
  4. Sudah berminggu  ketibaan Komuter jam 4.30pm, 5.00pm, 5.30pm, 6.15pm dibatalkan di Stesen Bank Negara menyebabkan pengguna tiba lewat ke rumah, bersesak -sesak dan berpeloh untuk balik ke rumah.
  5. Alasan pengurusan KTMB paling mudah..adalah kekurangan komuter sebab rosak dan tiada spare-part tidak boleh diterima akal dan tidak profesional untuk mengurus pengangkutan awam yang diamanahkan oleh Kerajaan Malaysia untuk rakyat.

Read the rest of this entry »

Ketidakadilan RHB Bank

Saya merupakan salah seorang pembeli projek rumah terbengkalai. Projek ini telah terbengkalai selama 11 tahun selepas siap sebanyak 80%. Saya telah mengambil pinjaman bank sebanyak RM136000 dimana RM110,000 telah diberikan kepada pemaju.

Selama 11 tahun saya hanya membayar bunga kepada RHB Bank yang berjumlah dari RM 650 hingga RM900 setiap bulan. Saya telah mendapatkan surat dari KPKT menyatakan status projek terbengkalai dan merayu kepada bank untuk menurunkan peratus bunga, tetapi tidak dilayan.

Read the rest of this entry »

kadar faedah pinjaman terlalu tinggi

Pada mulanya saya ingin membuat pinjaman dengan syarikat MBSB untuk menyelesaikan pinjaman saya daripada KOPERASI KOWAMAS MALAYSIA BERHAD.

Sebelum itu saya telah membuat pinjaman kewangan daripada KOPERASI KOWAMAS MALAYSIA BERHAD berjumlah RM75.000.00 hampir satu tahun dulu, masalahnya apabila saya hendak menyelesaikan pinjaman saya ini saya dikehendaki membyar hampir RM100.000.00 (SERATUS RIBU).

Saya merasa perkara ini tidak adil. Persolan saya adakah kadar faedah yang terlalu tinggi ini diluluskan oleh pihak Bank Negara dan Kerajaan. Diharap pihak tuan dapat mengambil tindakan sewajarnya atas aduan saya ini. Sekian Terima Kasih.

Read the rest of this entry »

Penipuan MKLand / Segi Objektif terhadap penjualan Lake Town Service Apartment

Saya dan 400 pembeli yang lain telah ditpu oleh Segi Objektif (anak syarikat MKland). Mereka telah menjual Apartment berbentyk studio  diatas tanah hak milik kerajaan Perak. Ini bermakna tanah tersebut tidak boleh dipecah,digadai tanpa kebenaran MB Perak. Mereka telah berkomplot bersama 8 jenis bank, dan mewajibkan kami berurusan dengan peguam yg mereka lantik. Jadi jika tiap2 bulan kami bayar hampir RM800, dan bayar hingga pinjaman tamat sekalipon, tanah dan apartment itu tetap tidak menjadi milik kami. (Tanah tersebut tiada geran).

Telah banyak tempat kami adukan, SPRM, Bank Negara,MB semua tiada tindakan.MKLand ini sngat kebal. Apa harus kami buat?? yang peliknya ada antara kami yg gagal/tidak mahu menjelaskan pinjaman tersbut, tetapi macamana mahkamah boleh mengeluarkan perintah lelong kpg apartment tersebut???sedangkan aprtmnt tersbut tiada geran!!!??aprtmnt tersebut tidak boleh dijual!!!??

Read the rest of this entry »

Duit Pelaburan

kami menghadapi dilema untuk menuntut wang pelaburan kami yang telah dilaburkan pada syarikat-syarikat yang telah disita oleh Bank negara. Bank negara melengah-lengahkan pendakwaan dan sedangkan syarikat itu mencukupi syarat iaitu menmpunyai perniagaan yang sah bank negara masih mencari kesalahan> akibatnya kami (rakyat) yang melabur menjadi mangsa. Syarikat itu selama kami melabur tidak pernah Tidak Membayar . Sentiasa mengikut jadual. Apabila disita oleh bank negara, punca pendapatan sampingan kami terjejas.. Sedangkan wang pelaburan kami itu diPinjam dari bank.. kami harap aduan rakyat dapat melihat dan memaparkan kisah kami ini..

By: Dining Siani