Awal | Aduan Rakyat Online



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Posts Tagged ‘Awal’

Penumpang Teksi LCCT Yang Teraniaya

Assalamualaikom dan Salam 1 Malaysia.

Pada 29 November 2012 yang lalu saya dan keluarga kembali dari Kota Kinabalu dan sampai le terminal LCCT pada Jam 11.30 malam. Saya mendapatkan teksi dengan menggunakan sistem teksi bertiket dengan membayar RM52.50 untuk perjalanan dari LCCT ke Taman Langat Murni, Jalan Banting yang jaraknya 15 minit dari LCCT. Sewaktu saya hendak menunggu teksi, saya telah di pelawa oleh seorang pengusaha teksi LIMO untuk menaiki teksinya. Tetapi apabila melihat saya sudah memegang tiket teksi merah putih beliau berkata tak apalah. Tapi beliau menunjukkan pada saya penumpang yang sedang menunggu teksi yang begitu ramai yang saya jangkakan mungkin melibatkan lebih daripada 15 buah teksi. Sedangkan ketika itu teksi yang sedia ada hanya 2 ke 3 buah sahaja. Saya dan isteri menjangkakan mungkin saya akan menunggu giliran teksi lebih kurang 1 jam ke 1 jam 30 minit masa lamanya. Pengusaha teksi LIMO menasihati saya agar saya menukarkan semula tiket teksi di kaunter dan beliau akan menghantar saya ke rumah dengar kadar RM50 sahaja. Saya pada mulanya rasa bimbang kerana mungkin kereta sapu tetapi bila beliau mengatakan teksi limo saya pun bersetuju. Saya kembali ke Kaunter tiket untuk memulangkan tiket dengan alasan saya ada orang menjemput saya. Walaupun peringkat awal kaunter tersebut tidak mahu menerima penukaran tetapi saya tetap bertegas untuk mendapatkan kembali wang saya akhirnya wang saya dikembalikan.

Apabila saya keluar meninggalkan terminal, saya melihat berpuluh teksi merah putih berada diluar kawasan terminal beratur dan tidak bergerak masuk ke ruang keluar terminal. Saya pun hairan sedangkan di hadapan terminal berpuluh-puluh pengguna teksi yang telah membayar tambang teksi beratur menunggu teksi manakala teksi yang sepatutnya memberikan perkhidmatan kepada penumpang berada diluar dan tidak beratur mengambil penumpang. saya pun bertanya kepada pemandu LIMO saya kenapa suasana ini berlaku. Pemandu LiMO menjelaskan beginilah situasinya. Mereka menunggu waktu tengah malam antara pukul 12.30 hingga 1.00pagi , baharulah mereka masuk mengambil penumpang yang beratur untuk mendapatkan bayaran 25% tambahan harga tambang.

Read the rest of this entry »

Penempatan Guru Lepasan UPSI

Apa nak jadi dengan guru-guru lepasan UPSI? Sejak Kementerian Pengajian Tinggi diadakan makin ranum masalah ini. Tak tahu KPM terlepas pandang atau KPT yang tak bergerak? Anda bayangkan KPM sanggup berbelanja lebih untuk melatih semula siswazah yang bukan kelulusan pendidikan di IPG sedangkan lulusan ijazah pendidikan dari IPTA masih berlambak terkial-kial menunggu penempatan. Nyamuk mati di seberang nampak gajah terlentang mati di depan mata terpijak. Bukan tak nampak, tapi malang sekali rakan-rakan yang memilih bidang ini.

Balik kepada tanggungjawab pihak yang berwajib, setakat ini tiada penjelasan daripada KPM mahupun KPT. Hanya khabar angin yang diterima yang mengatakan KPT tiada link langsung dengan KPM dalam soal penempatan lulusan pendidikan yang dimaksudkan. Ada yang kata KPM tak dapat menempatkan sebab kota guru dah lebih.

Read the rest of this entry »

Caj Letak Kereta Yang Tidak Munasabah

Saya merupakan seorang kakitangan di sebuah syarikat swasta di Kompleks Pertama dan memandu kereta ke tempat kerja.  Selama lebih 5 tahun saya memakir kereta saya di tempat letak kereta di hadapan Kompleks Campbell  yang diusahakan oleh Tetuan Timur Carpark Sdn. Bhd.

Akan tetapi akhir-akhir ini saya dapati caj letak kereta yang dikenakan oleh pengusaha tersebut adalah amat tidak munasabah terutamanya di dalam bulan Ramadan ini. Caj yang biasa kenakan untuk “early bird” (iaitu dari awal pagi sehingga ke jam tertentu yang ditetapkan oleh pengusaha) adalah RM5.00 dan ianya telah dinaikkan kepada RM6.50 pada bulan Jun, 2012, tetapi mulai dari  20 Julai, 2012 caj yang dikenakan untuk “early bird” adalah RM10.00 dan ini adalah amat tidak munasabah.

Read the rest of this entry »

Lipas ditemui di dalam kotak kurma jenama terkenal

Di sini saya ingin berkongsi maklumat mengenai kurma dari jenama terkenal, YT. Pada 24/5/2012 saya bersama suami ke Tesco Seberang Jaya untuk membeli barang-barang keperluan harian sempena bulan Ramadhan. Tidak ketinggalan juga saya turut membeli sekotak kurma madu dari jenama tersebut.

Read the rest of this entry »

Anak Autistik Diberhentikan, Wang Pendaftaran Tidak Dikembalikan

Pada Januari 2012, saya dan isteri telah berbincang dengan pihak pengurusan Sekolah Montessori Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM Montessori) mengenai pra-persekolahan anak kami, Ahmad Fahim seorang kanak-kanak autistik yang berumur 6 tahun. Walaupun pihak kami berkali-kali mengingatkan bahawa anak kami adalah seorang autistik dan memerlukan perhatian yang lebih, pihak pengurusan IIUM Montessori pula telah bersungguh-sungguh memujuk kami menyertai mereka.

Mereka juga telah menemukan kami dengan seorang guru baru yang juga telah berjanji akan memberikan perhatian dan mendidik anak kami dengan sebaik mungkin. Mereka juga menegaskan bahawa mereka juga berpengalaman mendidik kanak-kanak autistik dan OKU yang lain. Kami ada bertanyakan sama ada mereka perlu menilai dulu keadaan anak kami sebelum membuat keputusan menerimanya kerana sebagai seorang autistik anak kami mempunyai ikatan psikologi yang kuat apabila dia sudah menerima sesuatu tempat.

Read the rest of this entry »

Guru PJJ KPM/OUM masih tidak dibela

BATU PAHAT: Seramai 5,500 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan termasuk 4,500 lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang berjaya pada temuduga antara Januari hingga Mac lalu akan ditempatkan di sekolah seluruh negara, mulai bulan ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata surat tawaran penempatan kepada semua graduan berkenaan yang sebelum ini dilantik sebagai guru interim (guru sementara) itu sedang diagihkan.

Read the rest of this entry »

Penipuan Gores & Menang di Bandaraya JB – City Square Mall

Sudah sekian lama, sindiket yang menjalankan penipuan gores & menang ini beroperasi di kawasan sekitar City Square Mall, JB. Bila pihak polis menjalankan operasi untuk membanteras kegiatan mereka, anggota-anggota sindiket ini akan menghilangkan diri buat seketika.

Tetapi, setelah tempoh waktu yang tertentu berlalu, sindiket dan anggota-anggotanya akan kembali bergerak aktif dalam usaha mereka untuk memperdayakan lebih ramai orang awam. Satu fakta penting yang sudah dikenalpasti, melalui pemerhatian dan pantauan, anggota-anggota sindiket terdiri daripada pemuda-pemudi berbangsa Cina.

Read the rest of this entry »

Kecewa dengan perkhidmatan JAIS

Di sini saya ingin meluahkan rasa tidak kepuasan hati terhadap perkhidmatan yg JAIS sediakan. Saya telah membuat aduan berkali-kali mengenai jiran yang selalu membawa pulang teman wanita ke rumah. Alasan yang saya terima setiap kali saya membuat panggilan, pasukan tidak mencukupi, hubungi kami kembali serta pelbagai alasan lain yang tidak sepatutnya disampaikan kepada pengadu.

Saya amat kecewa dengan perkhidmatan JAIS kerana tidak pernah mengotakan janji untuk menelefon kembali kerana setiap kali saya membuat panggilan, alasan sistem tergendala, pasukan telah pergi membuat serbuan di tempat lain dan berjanji akan menghubungi kembali, tetapi semuanya itu janji tinggal janji. Suatu hari,saya membuat panggilan lagi..waktu itu agak awal untuk membuat aduan, tetapi alasan yg sama diberikan dan alasan yang saya tidak boleh terima pakai sampai ke hari ini adalah tidak cukup anggota untuk membuat serbuan dan meminta saya datang melihat sendiri keadaan di tempat beliau dengan nada yg kasar.

Read the rest of this entry »

SSM: Gaji Guru Junior Lebih Tinggi Daripada Senior

JPA dah kaji ke kesan TPG vs KGT untuk ssm+ ni. Saya bagi contoh untuk gred 41:

Sekiranya gaji ssm lama T11 pada 31.12.2011: RM2817
Gaji selepas pelarasan 13% pada 1.1.2012: RM3183.21
TPG: bulan oktober
KGT baru: RM225

Jadi Gaji Baru diterima pada bulan Januari 2012 (KGT dapat bulan oktober): RM3183.21

Read the rest of this entry »

Gearbox CVT Exora Bold Turbo Bermasalah Selepas 2 Minggu

Saya membeli sebuah Proton Exora Bold Premium yang menggunakan enjin turbo dan gearbox CVT pada awal Mac 2012. 2 minggu digunakan, gearbox mula rosak. Apabila gear reverse dimasukan, enjin akan mati. Setelah mencuba banyak kali, barulah saya dapat menggunakan gear reverse. Itupun enjin begegar seolah-olah nak mati. Saya menghubungi pusat servis di Johor Jaya memaklumkan masalah yang dihadapi dan pihak pusat sevis meminta saya untuk menghantar kereta untuk diperiksa.

Proton Exora Bold Premium

Read the rest of this entry »