Ahmad | Aduan Rakyat Online



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Posts Tagged ‘Ahmad’

Tiada ketelusan dalam peperiksaan puspakom JPJ Wangsa Maju

Saya telah menghantar kereta untuk puspakom (B5) untuk menjual kereta saya di puspakom Wangsa Maju. Apabila giliran saya tiba untuk peperiksaan seorang petugas datang dengan peranti elektronik mengesan cermin tinted kereta saya.

Apa yang menghairankan saya keputusan yang dikeluarkan cermin belakang saya telah gagal mematuhi spek yang ditetapkan. Persoalannya kesemua tinted kiri kanan depan adalah dari jenis dan dikeluarkan dibeli dari kedai yang sama dengan tinted yang dijamin lulus JPJ.

Read the rest of this entry »

Penipuan dari pihak yang mendakwa Celcom

Pada 22/8/2012  jam 9.43 am saya telah menerima panggilan yang kononnya dari Celcom (no private) , memaklumkan nombor talipon saya telah dipilih utk memenangi hadiah RM 7000. Beliau seterusnya bertanya bank mana saya guna. Bila saya kata tak minat, beliau kata bukan nak mintak no acc. cuma nak tahu bank mana saya ada. Saya berkeras tak berminat. Pemanggil yang suaranya slang Indonesia tu terus letak talipon.

Aduan saya ini harap diambil tindakan supaya jangan ada yang tertipu.. Saya dah banyak membaca (guru) mungkin dapat meneka ada unsur penipuan  (Senang ke org nak bagi duit percuma pada orang lain), macam mana kalau ada yang percaya dan tertipu…

Read the rest of this entry »

Perangkap ‘Off Side’ MBMB

Isu trafik di Bandar Melaka Bersejarah bukan cerita rekaan tetapi yang ini cerita tentang parking. Kita tahu Bandar Melaka merupakan tumpuan pengunjung dari serata ceruk. Dan sesuatu yang agak mendukacitakan terutama di MELAKA RAYA, sistem kutipan parking masih menggunakan KUPON BUKAN TIANG METER walaupan telah mendapat taraf BANDARAYA.

Cuba kita bayangkan pengunjung dari luar yang datang berkunjung,  tanpa INFO yang JELAS tetahu sahaja dapat tiket kompaun. Untuk makluman, pondok pembelian kupon juga terhad. Diandaikan SATU PONDOK dalam radius 10hektar persegi.

Read the rest of this entry »

Graduan pilot masih lagi ramai yang tidak bekerja

Salam dan selamat sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada Aduan rakyat tv3 yang banyak membanu menyelesaikan masalah masalah orang ramai..terima kasih lagi sekali lagi.

Merujuk perkara diatas, kami sebagai graduan juruterbang awam dengan mempunyai license cpl/ir frozrn atpl di malaysia telah meningkat kepada 2000 orang. pada mulanya kami telah mempunyai masalah disekolah penerbangan dengan masalah lambat untuk habis, dan minyak naik, kos terpaksa ditambah sendiri oleh ibu bapa dan sekarang nir tiada tempat untuk kami bekerja..

Read the rest of this entry »

Kecewa dengan perkhidmatan Bas Swarna Bumi

Salam,

Terkilan dengan Sikap dan perkhidmatan bas Swarna Bumi di Shahab Perdana. Saya seorang pelajar berasal dari utara tanah air dan sedang belajar di selatan tanah air. Saya tidak berpuas hati  dengan Syarikat bas Swarna bumi ini kerana:

  1. Staffnya yang sangat kurang ajar dan tidak berbudi bahasa dengan pelanggan. Apabila saya bertanya tentang kelewatan bas mereka bercakap dengan kasar dan memarahi saya.
  2. Bas tidak menepati masa. Saya membeli tiket pada pkul 10A.M tetapi bas tiba pada pkul 11.30 A.M.
  3. Staff Penipu. Mereka memberitahu saya bas terus ke destinasi tetapi bas berhenti di banyak hentian bas yang lain.

Read the rest of this entry »

Pinjaman MARA bermasalah

Saya merupakan salah seorang pelajar dari UNIKL MFI Bangi, dan saya juga tertarik masuk ke sini kerana dijanjikan pinjaman pelajaran MARA dalam lingkungan 1 semester sahaja sudah lulus namun semua itu palsu apabila berlarutan sehingga sekarang yang hampir masuk ke semester 3.

Hal ini berlaku kerana kecuaian daripada pihak MARA megambil masa terlalu lama untuk login ke dalam System Pinjaman. Tiap-tiap kali saya call dan bertanya, selalunya sistem bermasalah. Hal ini amat menyedihkan bagi pelajar kerana Status pinjaman tidak di ketahui untuk suatu jangka masa yang lama.

Read the rest of this entry »

Astro menyiarkan terlalu banyak iklan komersil

Kenapa siaran berbayar Astro menyiarkan terlalu banyak iklan-iklan komersil? Dan iklan-iklan ini disiarkan sewaktu rancangan sedang ke udara. Siaran iklan ini sudah melampaui batas kerana setiap kali rancangan dihentikan, 4-6 iklan komersil disiarkan.

Bukankah Astro adalah siaran berbayar? Dan pengguna membayar untuk menonton rancangan yang diterbitkan, bukan untuk menonton iklan-iklan komersil yang memberikan keuntungan berganda pada pihak Astro apabila menerima bayaran iklan dari syarikat komersil untuk iklan mereka, dan menerima pula bayaran dari pengguna untuk menonton siaran Astro.

Read the rest of this entry »

Ketidakadilan Pembahagian Notebook 1Malaysia

Salam sejahtera;

Saya bagi pihak penjaga salah seorang pelajar dari Sekolah Dato’ Undang Haji Adnan, 71350 Kota, Negeri Sembilan ingin mengadu tentang ketidakadilan pihak sekolah dalam membahagikan notebook 1Malaysia kepada pelajarnya.

Untuk makluman pihak tuan, guru-guru telah memilih senarai pelajar yang layak menerima notebook secara rawak. Pihak sekolah tidak mengkaji latar belakang pelajar dengan lebih teperinci. Saya berkata demikian adalah kerana ada pelajar yang berasal dari keluarga yang berkemampuan menerima telah bantuan tersebut. Penjaga kepada pelajar tersebut merupakan seorang guru manakala ibunya masih bekerja.

Read the rest of this entry »

Pembinaan Ibu Pejabat Lawat Disiapkan

Mohon disiarkan kemajuan fizikal pembinaan Ibu Pejabat LKIM di Pulau Meranti, Puchong, Selangor kerana telah lewat disiapkan selama 7 bulan.

Projek ini sepatutnya disiapkan tahun 2010 dan boleh digunakan pada Januari 2011.Tetapi sehingga kini kemajuan fizikal dianggarkan 70% sahaja. Jumlah buruh ditapak pembinaan juga amat-amat kurang.

Kenapa keadaan begini terjadi sedangkan jumlah peruntukan adalah banyak. Jika keadaan ini berterusan, bila projek ini akan siap? Diharap perkara ini diberi liputan segera tanpa mengira siapa pemajunya.

Read the rest of this entry »

Projek Pembersihan Sungai atau Sedut Pasir Sungai?

Sungai diKampung Sungai Limau, 09600 Lunas (berdekatan dengan Butterworth Kulim Ekspress Way – BKE) sedang hebat dilawati oleh beberapa mesin penyedut pasir sungai dan proses mengangkut pasir sungai dengan lori-lori sedang giat dijalankan. Beberapa aduan telah dibuat tapi masih tiada sebarang perubahan atau penyiasatan dilakukan. Alasan yang diberikan kontraktor terbabit adalah diluluskan oleh JPS untuk projek pembersihan sungai tetapi sebaliknya lain urusan yang dijalankan.

Tolong siasat segera dan hentikan perbuatan yang tidak sepatutnya ini kerana ia telah merosak dan memusnahkan tanah dan tanaman penduduk setempat yang tanah mereka berada disepanjang sungai tersebut kerana hampir sebahagian tanak milikan mereka telah runtuh kedalam sungai……

Read the rest of this entry »