Saya ke stesen minyak Petronas di Seksyen 7 (berhampiran UNISEL) Shah Alam untuk membeli tiket bas. Wang kertas RM 50 yang saya serahkan ada sedikit comotan (bukan disebabkan oleh contengan) telah tidak diterima oleh mereka. Katanya nanti kalau dipulangkan pada pelanggan lain, pelanggan tersebut enggan terima.

Wang kertas saya yang tidak ada koyakan, lipatan atau remukkan, saya ambil dari mesin ATM. Saya minta mereka ikbas wang itu di mesin pengimbas ultra ungu untuk mengsahihkan bahawa wang itu adalah wang sah. Mereka abaikan dan terus mengatakan mereka enggan menerima wang tersebut. Saya menyatakan mereka sepatutnya mengimbas wang tersebut dan sekiranya wang tulen mereka harus menerimanya, kecuali wang itu hancur atau koyak. Mereka tidak memperdulikan saya dan terus enggan menerima. Saya menyatakan saya akan membuat aduan dan mereka mencabar saya membuat aduan.

Stesen minyak yang sama juga enggan menerima Debit Card kawan saya dan harus ada pembelian minima sebanyak RM35. Dahlah begitu, dikenakan pula service charge 2% untuk transaksi dengan Debit Card! Kerajaan menggalakkan pengunaan Debit Card dan ada premis perniagaan yang enggan menerimanya. Maka siapa sekarang ini yang enggan mengikut seruan kerajaan. Jangan salahkan orang ramai. Saya fikir, Stesen minyak itu harus disiasat.

By: Wan Shah

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.