≡ Menu

SPPBS: Satu lagi aplikasi teruk KPM

1. Pengisian data tidak dapat dilakukan kerana kegagalan capaian ke url SPPBS.

2. Walaupun disarankan oleh Helpdesk agar mengisi data antara pukul 3 – 5 pagi namun sistem masih gagal berfungsi dengan pantas dan mengambil masa loading yang lama. Ini membuang masa.

3. Pihak PPD dan JPN di negeri tertentu terlalu kemaruk ‘deadline’ hingga mengarahkan guru melengkapkan data pada 31 Oktober dan menghantar cetakan sppbs ke ppd walhal tarikh yang diberi oleh pihak sppbs ialah pada 20 November 2012.

4. Masalah lama sppbs nampaknya tidak dapat ditangani kerana mungkin pihak yang terlibat kurang kepakaran, ambil lewa dan kekurangan peruntukan (ini sudah tentu menjadi tanggungjawab pengurusan, menteri dan kerajaan amnya).

5. Saluran aduan KPM juga pernah digunakan bagi mengadukan masalah yang sama tetapi masalah kegagalan untuk meningkatkan kecekapan sistem gagal diatasi.

6. Kemunasabahan jangka masa memasukkan data dengan bilangan pengguna serta kemampuan sistem juga tidak diambil perhatian serius. (hanya tahu bagi arahan sahaja. Pemantauan masalah tidak dilakukan. Makan gaji buta !)

Akhir kata, terima kasih kerana membaca. Walaupun ini tidak diambil tindakan segera, saya tidak lagi kisah kerana ini mungkin wajah sebenar pegawai-pegawai tertentu dan suku sakat gila kuasa di KPM.

*Maaf kerana tulisan saya agak pedas kerana kurang tidur akibat menunggu SPPBS online berfungsi.

By: MAZLAN ABDULLAH

{ 19 comments… add one }

  • Penyokong PBS November 11, 2012, 17:52

    Cadangan untuk mengisi data pada pukul 3-5 pagi tidak menjamin sistem berfungsi dengan baik. Justru tidak mengurangkan tekanan guru untuk menyelesaikan kerja, bahkan kerapkali menambahkan kekesalan dan tekanan. Komen Mazlan Abdullah tidak pedas, malah rasional dalam menggambarkan realiti yang menyebabkan sebahagian besar guru tertekan. Secara umum semua guru telah terdidik untuk mengikat diri dengan profesion perguruan, dan bekerja untuk memenuhi cita rasa ‘stake-holders’. Pelanggan utama ialah pelajar atau murid yang bukan sahaja menitipkan masa depan mereka untuk mendapatkan ilmu, tetapi juga pengisian rohani dan bimbingan akhlak. Ikatan seseorang guru terhadap falsafah, pendekatan dan prinsip pendidikan akan terburai apabila tugas p & p terabai kerana guru terpaksa mengisi sistem pbs (atau kerja-kerja lain?).

    Apabila pbs berterusan, maka berterusanlah pelajar terabai dalam konteks p&p. Masa p & p adalah masa berkualiti yang paling penting kerana itulah masa yang berlakunya hubungan langsung murid-guru, selain masa aktiviti kokurikulum. Pentadbir pada peringkat sekolah mau tidak mau terpaksa membenarkan perkara ini kerana pbs adalah arahan atasan yang ada tarikh tutup yang perlu disegerakan.

    Murid, sebagai pelanggan utama lebih banyak belajar daripada apa yang dilihat dan dirasa. Adakah KPM melihat adanya kewajaran murid melihat dan merasakan bahawa guru patut mengabaikan mereka dalam p&p hanya untuk sistem on-line pbs yang amat tidak effisien? Perkara (kewajaran pengabaian) ini akan terbawa-bawa hingga dewasa hingga mungkin menjadikan semua perkara asas boleh diabaikan, walaupun perkara asas itulah merupakan tiang yang menentukan tegak-runtuhnya sesuatu.

    Saya tidak fikir ini adalah satu kecairan kefahaman guru, tetapi lebih kepada ‘kecairan’ perancangan dan sistem. Kemurnian tujuan tidak menjamin kemurnian hasil, jika tatacara tidak efisien.

    • joe black November 15, 2012, 13:34

      PBS tak salah..tapi perancangan tak efisien. negara lain teknologi tip top, internet mak oi laju giler2. tak taulah kat malaysia..mmg slow. banyak kemudahan tapi tahap suam2 kuku ja.

  • Hisham November 14, 2012, 09:33

    saya sebagai suami kepada guru yang terlibat merasa amat kesian melihat isteri terpaksa bangun dan buat satu sistem yang pada saya amat tidak logik. sudah hampir 2 minggu isteri terpaksa bangun tgh-tgh malam dan buat….dah ler sistem mengambil masa yang lama utk loading….harap orang di KPT tu ada ler sikit perasaan jer jgn tahu nak bagi arahan yg tak logik. NUTP sila lihat masalah guru-guru dan bantu mereka. Jika guru-guru dibebani dgn kerja-kerja yang tak logik dan arahan yang merapu bagaimana mereka dapat mengajar anak-anak kita dgn berkesan.

    • Cikgu Kampung November 14, 2012, 13:07

      Biasalah tu…..Pihak atas penggubal dasar, org bawahan (termasuk cikgu cikgi pengamal & pelaksana dasar). Kalau dah lebih 5 thun dlm dunia pendidikan, dah kematu ngan situasi cam ni. cam tu..Byk lagi masalah & isu dlm dunia pendidikan dewasa kini. Tak termampu union cam NUTP, KKGMB dsb. nak menanganinya. Guru yg hebat adalah pendidik yg boleh mengadaptasikan diri dlm semua situasi di samping tak lupa apa ‘core bussiness’nya. Paling penting, sentiasalah tingkatkan pengetahuan & kemahiran (dlm pelbagai aspek) memandangkan dunia pendidikan pendidikan terus mengalami arus perubahan sesuai dengan tuntutan & keperluan semasa.

      • jebat December 12, 2012, 21:54

        mengarang je kau ni cikgu kg. semua guru berkebolehan menjalankan tugas. kalau guru pakar tapi sistem sppbs lembab.. cikgu pakar tak dapat buat apa2.

        • ulu kpt October 30, 2013, 06:55

          Laman PBS sudah ke Taman Permainan Dudak Sekolah dan Lemabag pepriksaan pila telah bergelar Lembaga Parah.
          Macam manakah Hosting PBS dapat menyimpan berbillion-billion data.

      • ulu kpt October 31, 2013, 19:23

        Ramai pakar pendidik beropimistik bahawa SPPBS tak berlanjutan lama seperti PPSMI.Umumnya PBS menebabkan pelajar belajar kurang dan malas.

  • cikgu stress November 20, 2012, 21:27

    tertekan dengan pbs,sering bergaduh dengan suami yang tidak faham dengan pbs ni. 2,3 pagi berjaga utk key-in data sambil jaga anak kecil. lepas ni,tak boleh beranak lagi,cukup dgn pbs yg sangat membebankan.

    • jebat December 12, 2012, 22:01

      kasihan jadi cikgu ya… tolonglah orang KPM yang bijaksana janganlah buat sesuatu seperti spbbs yang menyusahkan guru2 dan tidak adil dengan murid2.fikirkan kaedah yang lebih baik ddrp sppbs.fikirkan juga bukan semua sekolah ada kemudahan internet. kalau guru yg berada di bandar mengeluh apatah lagi guru2 yang berada di luar bandar / kawasan pedalaman. semoga sppbs ditukar dengan sistem yang lebih mudah diaplikasi oleh semua.

  • Cikgu baru November 21, 2012, 00:52

    Btl. X sangka teruk btl jd cikgu. Hingga kami x tidur sampai ke pagi , bersengkang mata krn semua pihak nk cpt. Kena mrh lagi dgn org atas kalau gagal hantar seolah lambat atau sambil lewa buat tugas,sedangkan kami sudah cuba sedaya upaya, bersengkang mata…sistem teramat lembab. JPN nk cepat dari tarikh sebenar, maka PPD lagi nak cepat suruh hantar. Kelas bukan satu pulak tu..yang nk kena hantar SPPBS nya hingga 8 atau lebih. Paling sukar satu kelas shj murid ada yang sampai 45 org. kata nak memudahkan kerja guru kononnya. itu belum Frog VLE. Entah apa pulak masalahnya…Itu belum lagi kerja-kerja pekeranian lain, Daftar nama murid untuk setiap kelas/mata pelajaran, data peribadi murid, pemarkahan utk setiap kelas/ mata pelajaran, dan banyak lagi. Itu x termasuk data atau maklumat-maklumat diri sendiri.bersengkang mata tunggu line ok. X menang tangan terkejar-kejar hendak tanda kertas peperiksaan murid lagi daripada pelbagai kelas.Buku kerja x masuk lagi. Paling tidak bagusnya, cikgu sibuk buat kerja-kerja pekeranian, naik pejabat kerani2 buat kerja sambil layan Facebook. Waktu petang lagilah…. Bukan nak merungut, tapi faham-faham lah masalah kami sekiranya sistem2 tersebut lembab.Kami asyik kena hentam dengan org atas..Sahaja nak luahkan rasa hati…sebab nak hilangkan ngantuk …

  • taman gemilang November 26, 2012, 14:47

    sebenarnya masalah ini berpunca dari server cap ayam…bukan masalah sesapa.. sebagai contoh, cuba tuan/puan guna pesbook… berjuta-juta manusia masuk dalam satu masa.. tada masalah pun… itu luar negeri punya.. saya ambik contoh tempatan pulak.. http://www.zoom-a.com/ . dalam 1 malaysia ada berapa murid tahun 1 hingga 6.. tak de masalah pun…jadi kesimpulannya… server cap ayam nak label cap rimau..mana boleee…Apa kelayakan manusia yang bekerja menjaga server dan menguruskan server tu….itu bukan makmal komputer sekolah punya…kalo tak reti..ngaku aja…usah nak memandai ambik projek kalo tak de kepakaran…..kat sekolah ramai yang pakar….terlalu sedikit yang keluar dari sekolah dan ke pejabat-pejabat, jabatan hanya untuk mengembangkan dan menurunkan ilmu kepakaran..yang selebihnya adalah kerana semak kepala dengan karenah bebudak sekolah…fikir la..betui ke idak pandangan peribadi saya ini…

  • GURU Penghujung senja... November 30, 2012, 00:45

    SPPBS…. membuatkan ramai guru tidak cukup tidur…, masa banyak terbuang dihadapan komputer…, terutama jika line… atau server jammm…, alamatnya ramai guru yang tertekan… guru juga manusia biasa yang perlu menjalani kehidupan seperti orang lain. Menzairah rakan taulan, saudara mara …yang sihat atau sakit pening, melayani tetamu…, yang hadir di rumah, selain mentelaah buku-buku atau melayari internet untuk mendownload bahan-bahan yang bernas, dan terbaik untuk dikongsi dengan anak didiknya. Jika masa yang ada banyak dihabiskan pada SPPBS…, kualiti guru… adalah guru SPPBS…iaitu GURU… KERANI…, heheheee, yalahhhh GURU KERANI…. kerana kerja-kerja KERANI, terlalu panjang guru lakukan. Jika diujudkan…. KERANI SPPBS… okey juga… sedangkan sentuhan guru untuk kebaikan, dan kejayaan pelajar bukan SPPBS… sebagai penentu… terakhir. Pelajar… boleh menjadi bijak dan lebih bijak lagi jika SPPBS…, tidak melalut… dengan data-data yang membebankan pelajar dan gurunya. Ya ALLAH…, Tuhan…. seluruh sekian alam… permudahkanlah…. perjalanan KAMI ( GURU & PELAJAR ), semuga kami…, melakukan perkara yang SEPATUTNYA…. TETAPI tidak selalu… melakukan perkara yang sama…. dan MEMBOSANKAN. Insya-ALLAH…, AMIN…3X

  • Ticher Mar November 30, 2012, 16:32

    saya pn ckgu…mmg byk karenah spbs ni…klu ada murid yg tk layak dpt band 3,saya mmg tk bg pn walau arahan pntdbir suruh tolong2 murid tu dpt band tggi sikit…pada saya,wat secara telus…mmg nk isi band dlm sistem jenuh sgt krn murid dinilai dr awal thn sedangkan bln mei/jun baru sistem blh log in..mcm tk logik sbb januari hngga mei segala evidens murid diperap je dlm fail…tp utk akhir tahun,sekolah saya suh siapkan sblm cuti..bagus gak sbb masa tu sistem tk byk trafik…ni memudahkan guru jika ada murid yg nk berpindah…tk la parents marah2 n trpaksa ulang alik utk ambk fail..
    sepatutnta sistem ni on je dari februari spya guru2 blh sentiasa update band murid..tk yah kumpul smpai 6 bln..tu yg jd beban pd guru…

  • sser December 1, 2012, 00:26

    cadangan :
    tidak perlulah mengisi jika masalah tersebit bukan dari pihak tuan.. bila tidak diisi dan wujud masalah ..pihak berwajib akan mengatasi masalahnya..

  • umi March 23, 2013, 04:25

    Adakah ibu bapa sudah boleh menyemak prestasi pbs anak bg tahun 2011 dan 2012, jika belum minta jasa baik kpm menambah baik sistem supaya ibu bapa dapt mengikuti perkembangan prestasi anak2 memandang kan pbs ini sudah di laksanakan hampir 3 tahun.

  • lola July 24, 2013, 04:06

    cikgu2 kene key in 3-5 pagi? cmne dgn kseihatan fizikal dan mental kami? pegi sekolah cm biasa jgk pd esok harinya? kene keje , kene jaga anak2, kene key in kul 3-5 pagi..leh gila

  • PALABAPOK October 26, 2013, 07:27

    PBS = PALA BAPOK SUNGGUHHHHH.. BINAWE… DOK LEH MASUK-MASUK… BODO.. BODO.. BODO…

  • cikgu kepenatan November 2, 2013, 00:44

    Tolonglah buat sesuatu dengan masalah sistem pbs ni. Kami guru2 yg mengajar pbs memang dah tensen sesangat. Kami bukan buat kerja last minit, sistem yg bermasalah sejak jun lagi. Tak ada org ke yg boleh bantu kami guru2 ni. Bila semua ckgu isi pd pukul 3-4 pagi, trsfik pun akan sesak juga akhirnya. Masalah utama ialah pada kapasiti yg mampu ditanggung oleh server yg digunakan sekrg. Lain kali sblm nk suruh kami laksanakan sesuatu dasar, kaji dulu dr semua segi. Jangan kami guru2 dn para pelajar dijadikan sbg bhn ujikaji. Kalau fikir kami guru2 byk cuti fikirlah balik. Kami guru2 terpaksa bawa balik kerja ke rmh setiap hari. Kalau tidak kerja tk siap. Cuti akhir tshun kamii gunakan utk merancang aktiviti utk pelajar thn hdpan. Skrg ni tambah lg satu kerja semasa cuti utk melengkapkn pbs. Setiap thn kami dinyanyikan dgn lagu “kpm akan meringankan beban tugas guru tp dr sethn ke sthn kerja makin bertambah bkn berkurang”. Thn hdpan ting 1 – 3 yg skan terlibat dgn pbs. Mampukh server yg ada skrg menampung pertambahan kapasiti itu? Belum habis pasal pbs, kami guru2 mat sains akan tetlibat pula dgn ‘kebat’. Bertambah lg kerja utk berfikir utk menyediakan soalan beraras tinggi. BISP kami ditarik tanpa kerelaan. 3 bulan kami terpaksa menanggung pembyaran balik BISP itu dn setiap bln tersebut kami terpaksa menanggung pemotongsn utk 2 bln BISP. Besar jugs tu. Bkn kami tk bersetuju atau membangkang dasar yg ditetapkn oleh kerajaan. Kami tetap akan laksanakan selagi dasar itu bagus utk para pelajar. Anak2 kami pun akan dpt manfaat itu. Cuma tolonglah fikir akan beban tugas kami sebelum menetapkan sesuatu dasar. Panggilah kami guru2 biasa utk perbincangan meja bulat sblm sesuatu dasar dibuat krn kami guru2 biasa shj yg akan memahami masalah dlm kalangan guru2.

    • Pensel kontot November 3, 2013, 16:38

      Keje kita takkan dikurangkan…percayalah..malah akan ditambah lagi dengan banyak program lain…sebagai seorang guru, kepusan sebenar adalah pada tugas mengajar dn mendidik yang kita guru-guru semua maklum bukan hanya di dalm bilik darjah bahkan di luar bilik darjah juga. Sekarang ni nampaknya makin menjadi-jadi KPM lambakkan tugas bukan mengajar kpd kita…pada hemat saya, ini adalah disebabkan semua tugas yg kita dpt, kita sentiasa siapkan walaupun dengan rungutan. Bila pihak nazir atau PPD/JPN pantau, tau-tau dah siap…mereka ni bila jumpa dgn KPM, bentangkan laporan, KPM anggap tugas yg mereka bagi selama ni tidak membebankan kita pun…jadi, mereka tambahlah lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagiiiiiiii……………..

Leave a Comment