≡ Menu

SPA Tidak Telus Menjawab Aduan Pelanggan

ADUAN INTEGRITI – ADUAN PIHAK SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA) TIDAK TELUS MENJAWAB ADUAN PELANGGAN
__________________________________________________

AGENSI YANG DIADU:
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (SPA)
__________________________________________________

BUTIRAN ADUAN:

ADUAN PIHAK SPA TIDAK TELUS MENJAWAB ADUAN PELANGGAN

Saya mulakan aduan saya ini dengan lafaz BISMILLAHIRAHMANIRAHIM dan DENGAN NAMA ALLAH..

Saya sudah menghantar aduan saya ini kepada pihak SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA) dan pihak Biro Aduan Awam, sehingga sekarang tiada maklumbalas positif, aduan 2014-2018. sangat kecewa dengan pegawai kakitangan kerajaan.

Mohon bantuan bahagian Integriti BPA mengambil tindakan tegas kepada pegawai awam yang gagal menjalankan amanah dengan baik.

Sehingga sekarang, saya tidak mendapat makluman berkenaan aduan saya terhadap SPA, adakah SPA melindungi pegawai nya yang bersalah?? Mohon pihak SPA melalui Pengarah aduan tuan arfah dan tuan zainal dapat selesaikan aduan sy pada SPA sejak 2014-2017…dlm website, dimaklumkan org ramai boleh buat aduan mcm2 saluran Dan pihak SPA mencapai audit 100% dlm selesaikan aduan rakyat, tetapi sy kesal sy sbgai pengadu, tidak diberikan response positif..

Saya sangat tidak berpuas hati dengan jawapan daripada Pegawai SPA melalui pegawainya tuan abdullah tahir di mana Pegawai SPA ini sangat berat sebelah dan tidak telus dalam menyelesaikan aduan rakyat, pihak SPA hanya membuat kesimpulan sahaja, pihak SPA tiada insentif utk menghubungi pelanggan utk mendapatkan keterangan lanjut, sangat kecewa..Beginikah hasil latihan dan KETELUSAN pihak SPA menyelesaikan aduan awam?

Saya kira anda tidak telus..Mungkin Pegawai SPA tidak akan melayan aduan sama, tetapi bagaimana pihak SPA boleh menutup ADUAN saya ini, saya BERJANJI akan panjangkan kes aduan saya ini kepada Perdana Menteri, Dato Najib Tun Razak dan juga akhbar-akhbar harian..

Mungkin anda ada kuasa, anda gunakan cara tidak telus dan tidak cuba mendengar pandangan pelanggan…

Sampai bilakah pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mahu mengelak isu pelanggan, adakah anda ambik kira, aduan saya daripada tahun 2014 sehingga sekarang, anda tidak mampu menutup aduan ini sehinggalah anda memberikan jawapan secara ikhlas dan telus, memberikan kepuasan kepada dua2 belah pihak, adakah pihak SPA mahu orang awam seperti saya berterusan menghantar email dan di cc kan pegawai-pegawai jabatan kerajaan yang lain sehingga 10 tahun?

Muhasabah lah dan pikir-pikir lah….

Kehidupan di dunia ini sementara sahaja, anda semua akan meningkat umur, dan anda akan berterusan menerima email ketidakpuasan saya sebagai rakyat dan orang awam…………………………

BACA:  Gangguan Bekalan Air di Taman Universiti, Semeling, Bedong, Kedah

Di sini saya ingin memberikan maklumbalas dan membangkitkan pandangan Pegawai SPA yang tidak telus iaitu:

1) Jawapan SPA : Kegagalan dalam peperiksaan :- Peperiksaan itu telah dilaksanakan secara “komputerise” dan tiada elemen kemanusiaan seperti mana disangka oleh tuan.

Penjelasan Faizal sebagai orang awam : Sebagai orang awam, bagaimana kami hendak mempercayai tiada elemen kemanusiaan? Bagaimana kami nak tahu pihak SPA tidak mengubah data pelanggan? Sila buktikan dengan jelas, jangan memberikan jawapan tidak berfakta…Saya tahu ia dilaksanakan secara pengkomputeran, saya bukannya budak kampong yang kolot, utk makluman pihak SPA, saya pemegang IJAZAH dan DIPLOMA, dan saya juga pelajar TERBAEK SPM peringkat sekolah negeri PERLIS tahun 2001, pihak SPA, anda tidak boleh menipu kami sebagai orang awam dengan memberi jawapan yang tak berasas, sila buktikan kenyataan anda berkenaan “KETELUSAN PEPERIKSAAN ONLINE”…

2. Jawapan SPA: Tidak dipanggil untuk temuduga :- Tuan didapati tidak melepasi peperiksaan dijalankan secara “komputerise”. Sehubungan dengan itu, tuan tidak dipanggil untuk temuduga.

Penjelasan Faizal sebagai orang awam : Adakah pihak SPA mengetahui cerita sebenar sebalik peperiksaan ini?

Mohon penjelasan drpd pihak SPA mengapa saya tidak dipanggil dalam peperiksaan pada tahun 2015-2016?? Mengapakah kali ini saya dipanggil semula utk peperiksaan online? Sila jawab..

Pihak SPA hanya berat sebelah, tidak tahu pokok pangkal, kemudian mengatakan orang awam seperti saya BERSALAH..

Untuk makluman SPA,,buat pertama kali saya dipanggil
utk PEPERIKSAAN ONLINE setelah hamper 2 tahun iaitu 2015-2016, saya tidak dipanggil mana-mana PEPERIKSAAN atau TEMUDUGA SPA..

Saya percaya ia ada kaitan dengan aduan saya sebelum-sebelum ini, di mana pihak SPA telah melakukan SEKATAN atau BLACKLISTED utk perjawatanan saya dalam kerajaan..

Anda ada kuasa SPA, anda boleh membuat sesuka hati anda, tetapi saya akan menuntut hak saya di AKHIRAT kelak…Anda semua tidak menjalankan AMANAH dengan baik..

Saya percaya mengapa ramai graduan yang tiada pekerjaan tetap dan menganggur, sebab terdapat pegawai-pegawai yang tidak telus dalam kerajaan…

Utk makluman pihak SPA, saya akan berterusan utk hantar email sehingga anda mampu memberikan jawapan yang sgt telus utk aduan awam..

3. Jawapan SPA: Isu Tuan Haji Abdullah bin Tahir :-

BACA:  Aduan Kemudahan Awam di Pasaraya The Store Sg Buloh

SPA berpandangan jawapan yang diberikan oleh Tuan Haji A******h bin T**** adalah secara ikhlas.

Penjelasan Faizal sebagai orang awam : Bolehkan pihak SPA menjelaskan jawapan apa yang diberikan Pegawai SPA sebagai IKHLAS? Sangat kabur pandangan anda..

Memangla pihak SPA mengatakan jawapan itu ikhlas, sebab pihak SPA takut utk mengambil apa-apa tindakan sebab, Tuan Haji A******h bin T**** merupakan salah seorang Lembaga Pengarah dalam SPA, siapa yang berani mengambil tindakan wlupun bagaimana teruknya seorang pegawainya,,,

Adakah jawapan-jawapan daripada Pegawai SPA ini boleh dianggap ikhlas:-

a) Pegawai SPA, Tuan Haji A******h bin T**** menyangkal aduan awam sebagai :pertanyaan/aduan yg tidak profesioanal dan mempunyai unsur buruk sangka..

b) Pegawai SPA, Tuan Haji A******h bin T**** menganggap pengadu sebagai “menjaja” dan menuduh pelanggan sebagai aduan menggunakan nafsu ammarah, sedangkan dengan Nama Allah, saya membuat aduan ini dgn hati terbuka dan dgn sifat keimanana dan pengalaman yg ada..

c) Pegawai SPA, Tuan Haji A******h bin T**** menganggap aduan pelanggan sebagai “isu lapok” seolah-olah orang awam seperti saya tiada hak utk utk membuat aduan dan saya yakin beliau takut utk menjawab aduan lagi.

Tepuk dada, Tanya lah iman..adakah ikhlas penyataan ini? Mungkin pihak Biro mahupun pihak SPA boleh menyokong penyataan di dunia ini, tetapi tidak di akhirat kelak?

Ingat dunia adalah sementara sahaja, pangkat kedudukan
boleh ditarik bila-bila masa sahaja oleh Allah s.w.t, ingat satu perkara HABLUMINALLAH dan HABLUMINANNAS, saya akan menuntut amanah ini di akhirat kelak…

Keputusan yang diambil oleh pihak SPA dengan mengatakan kes ini telah selesai Saya beranggapan SPA langsung tidak berbincang dengan pengadu sebaliknya pihak tuan puan membuat keputusan berat sebelah dan tidak telus..

Harapan saya agar pihak SPA dapat menyiasat aduan saya ini secara telus..

Harapan saya agar pihak SPA tidak lari dari isu pelanggan dan menjawab aduan pelanggan dengan professional…Dan dapat memperbaiki segala kelemahan yang ada dan pihak SPA dapat memberikan penjelasan secara bertulis.. saya bangkitkan agar kredibiliti sektor kerajaan terus terjaga dulu, kini dan selama lamanya

Di sini saya memohon maaf sekiranya apa apa yang saya tulis ini menyinggung mana mana pihak

Sekian terima kasih

Yang Benar

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Citylink Express, 1 Minggu Masih Tiada Berita I was informed by the sender of my parcel that the parcel was collected from them on Friday, 6th July 2018. On 10th July 2018, I checked the tracki...
Aduan Berkenaan Aeon Kredit Services   Aeon sehingga hari ini saya masih belum terima apa-apa update berkenaan aduan unprofesional Aoen Credit Services.. Di sini saya ingin mem...
Kelicikan Astro Dalam Membuat Pelarasan GST Selepa... Kelicikan Astro Dalam Membuat Pelarasan GST Selepas ZERO GST! Sebagai pelanggan setia Astro selama 12 tahun, saya berasa amat tidak berpuas hat...
Lampu Isyarat Yang Membahayakan di Persiaran Kuala... Salam Sejahtera. Dengan segala hormatnya saya ingin membawa kepada perhatian tuan/puan berkenaan dengan keadaan lampu isyarat di persimpangan P...