Saya adalah salah seorang client yang telah membuat invesment sebanyak 15k ke dalam syarikat ini. Mengikut perjanjian, setiap bulan, saya akan menerima pulangan sebanyak RM 1500. Ketika perjanjian dilakukan, dinyatakan investment ini cover by insuran dan polisi insurans akan dihantar kepada saya setelah segala prosuder selesai.

Namun, amat mengecewakan apabila sehingga kini, saya masih belum menerima satu sen daripada SS. Bila ditelefon, alasannya ada masalah kewangan. Walhal, dalam perjanjian, disebut, pelabur tidak perlu mngambil tahu sama ada syarikat untung @ rugi, hanya perlu tunggu duit masuk ke dalam akaun saja.

Yang Pasti, sehingga hari ini, saya tidak nampak kedai yang dibina daripada duit yang saya labur dan tidak menerima sebarang bentuk polisi insuran.Kini, Founder syarikat ini bertindak melarikan diri daripada berhubung dengan client.

Saya adalah pelabur yang hanya melabur RM 15k, ada juga rakan2 lain yang melabur sehingga RM 50k, namun wang tersebut disalahgunakan oleh Founder syarikat tersebut.

Semoga, perkara ini dapat dibawa ketengah dan diambil tindakan segera.

By: drazo

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.