Aduan tentang Skim Latihan Graduan Mengangur yang dianjurkan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan kerjasama Knowledgecom Corporation Sdn Bhd.

Program yang saya jalani iaitu ” Cisco Specialized Traning and Advancement Recruitment (STAR) ” dimana terdapat 20 orang peserta diwajibkan menjalani kelas teori 3 bulan di Knowledgecom dan diserapkan ke syarikat-syarikat dalam bidang ” Information Technology (IT) ” untuk tujuan latihan selama 2 bulan. Program bermula pada  Mac 2011 – July 2011.

Walau bagaimana pun, setelah selesai menjalani latihan selama 3 bulan di knowledgecom hanya sebahagian dari kami sahaja dihantar/diserapkan ke syarikat IT bagi menjalani latihan praktical. Bagi mereka yang tidak diserap seperti diabaikan. Untuk makluman, pihak PSMB dan Knowledgecom yang menentukan tempat untuk kami praktikal sebagaimana yang disyaratkan ketika kami di terima masuk ke program ini.

Lebih malang lagi, elaun hanya dibayar bagi 3 bulan pertama sahaja (RM500/bln). Pihak PSMB dan Knowledgecom seolah-olah “lepas tangan”. Pada pendapat saya Skim Latihan ini tidak membantu dalam mengurangkan masalah penganguran di negara kita. Ia seakan-akan hanya memberi peluang kepada pusat latihan (Knowledgecom) dalam mengaut keuntungan. Akhirnya yang menjadi mangsa para graduan dan jika perkara ini tidak di pantau dengan serius isu penganguran terus berlaku.

Saya berharap pihak aduan rakyat meneliti masalah ini dan membantu kami supaya tidak ada lagi pusat latihan yang hanya pandai membuat keuntungan tanpa memikirkan nasib orang lain.

By: Faiz

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

Aduan yang berkaitan: