Assalamualikum.

Sepertimana yang diketahui semua, kakitangan kerajaan telah di beri kenaikan gaji baru-baru ini. Mulanya daripada skim baru perkhimatan awam(SBPA) ditukar kembali kepada sistem saraan Malaysia(ssm) kembali. Mungkin ada kelebihan bagi kakitangan kerajaan yang lain, tetapi tidak bagi skim Juruteknik J17 dan seangkatan dengannya seperti yang dijanjikan.

Semasa SBPA juruteknik telah diletakkan di gred JA3-1 bersamaan dengan gred 27. Tetapi apa yang berlaku skim ssm telah menurun kembali gred kepada J17 semula. Adakah ini dikatakan penambahbaikan. Gaji untuk JA3-1 ialah RM1410 – RM4185, manakala penambahbaikan ialah RM925.56 – RM3014.86. Dimana penambahbaikkannya. Gaji akhir turun, gred pun turun.

Didalam pekeliling JPA bilangan 4 2002 turut dinyatakan bahawa Diploma/Sijil politeknik/STPM berada dalam gred 27-40. Boleh di baca di link ini www.jpa.gov.my/pekeliling/pp02/bil04/Lampiran-B3.pdf

Jadi kami (kakitangan skim juruteknik dan seangkatan) berharap agar pihak JPA dapat mendengar luahan ini.

By: Mohd Syafiq

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.