Sistem SAPS Kementerian Pelajaran Malaysia yang membebankan guru

SISTEM SAPS KELOLAAN KEMENTERIAN PELAJARAN PENAMBAH BEBAN GURU

Saya disini mewakili ratusan ribu guru di Malaysia ingin memohon jasa dan kudrat dari pihak kerajaan khususnya bahagian pendidikan agar berlapang dada dengan aduan ini. Sistem SAPS yang kononnya diselenggara oleh pakar IT kementerian ini ibarat meletakkan batu seberat 10 TAN dikepada kami sebagai warga pendidik.

Pada dasarnya sistem ini sememangnya berpotensi dalam membentuk satu sistem dalam talian yang akan memberi pelbagai impak positif kepada seluruh masyarakat. Namun akibat kurangnya “cakna” okleh pihak kerajaan, kami nampak sistem ini seperti projek tangkap muat dan warga pendidik menjadi kambing hitan atau tikus makmal. Apa yang berlaku?

  1.  Kadar masa untuk memasuki sistem ini purata seorang guru terpaksa Log-in 3-10 Kali.
  2. sistem biasanya akan “CRASH” atau bermasalah sekiranya ada lebih dari 1000 orang guru cuba memasuki sistem ini pada masa yang sama.
  3. Data yang telah disimpan kadangkala akan hilang dengan sendirinya malahan hilang secara total. Natijahnya guru akan bersengkang mata dari malam hingga kepagi untuk mengisi kembali markah pada sistem ini.
  4. Bebanan guru akan bertambah sebanyak 50% kerana untuk mengisi markah ke dalam sistem, masa yang diambil untuk mengisi markah tidak kurang dari 3jam iaitu diluar waktu kerja. Malahan ada guru ambik pendekatan pengisi markah pada waktu awal pagi antara julat 12.30 pagi-4pagi kerana beranggapan pada masa itu tidak ramai guru lain yang memasuki sistem.
  5. Malah ada kes dimana data guru lain termasuk kedalam sistem dan data guru lain. Dengan tekanan dari pihak PPD dan JPS yang kononnya ber ‘DATELINE” maka guru terpaksa mengejar masa sehinggan mengabaikan tanggungjawab hakiki.
  6. Sistem yang memalukan kerana 2000 orang guru dalam talian akan menyebabkan sistem SAPS ini akan JAMMED dan CRASH walaupon saya pasti kerajaan ada memperuntukkan jutaan ringgit untuk memperkembang sistem ini. Sistem harga jutaan tapi kapasiti dan kualiti seperti budak hingusan baru belajar cipta blog.

Saya berharap aduan ini dipanjangkan kepada pihak yang berwajib. Kami warga pendidik ingin sekali mendengar apa hujan dan alasan yang akan diberikan oleh pihak yang bertanggunjawab. Jangan tambah lagi bebanan kami dan kepada pihak atasan, cukup-cukuplah meriba tangan dan bersilang panggung. Tolong turun ke padang dan atasi masalah ini.

By: Siti Roshayu

64 thoughts on “Sistem SAPS Kementerian Pelajaran Malaysia yang membebankan guru”

    1. anda cikgu? kalau tidak jangan komen kat sini..ini masalah yang berkaitan dengan kepincangan sistem. Jangan ingat kerja guru itu mudah. orang hanya tahu guru balik awal, tapi ramai tak tahu kerja yang dibawa balik selepas waktu bekerja. mungkin anda sanggup masukkan markah sebuah kelas dari 1pagi hingga 5pagi dan esoknya kena pergi kerja..sebab anda forevealone/tak ada anak dan bini. 

      1.  Kesian betul dengan guru-guru yang komited dengan kerja.Apabila dia mengadu perihal tugasannya,ada-ada saja “si mulut sial” yang mengaitkannya dengan rakan-rakan guru lain yang kurang komited melayan FB.Sebab sekor kerbau bawak lumpur,semuanya terpalit.Puaslah hati “si mulut sial” tu..

    2. to Arch_dmail :
      yg dimaksudkan masukkan markah mcm beban 10 tan tu ialah dr aspek kelembapan internet..larat ke nk key in 1 markah dia punya loading smpai 10-15 minit.tu baru 1 markah murid.tu belum kira masalah kehilangan markah bila dh key in…purata cikgu mengajar 3-4 kelas..so brapa taon nk siap??sbb tu dikatakan hanya guru faham masalah guru..klu dok kl/sel/tempt2 yg mudah akses tenet,cikgunya x la merungut sgt…abis klu cikgu2 kat pedalaman semenanjung/sabah/sarawak?

    3. bersengkang layan FB?macam mana x layan..explore la internet lain dulu sebab sementara nak key in 1 data,markah,band murid untuk seorang murid pun ambik masa 1 jam..pastu ilang,pastu log in balik..pastu loading…pastu kna log in balik..pastu next..next…loading..loading..pastu ilang lagi….jadi cikgu dulu…ajar 4 subjek,4 kelas dulu…murid 42 orang 1 kelas,then key in markah dlm pelbagai sistem yang ada hari ini,belum masuk dokumentasi lain lagi…cubala….sebulan dulu jadi la…. 

  1. perlu upgread dari webmaster la…..zaman skg zaman IT kenalah berkorban untuk perubahan…gaji pun dah besar…..

    1. cik ayu…cuba semak tangga gaji guru dengan kakitangan awam peringkat professional yg lain…baru kita bincang tentang tangga gaji. cuba compare dari D41-DG44=8 tahun. Penjawat lain ada yang 2-3tahun dah promote kenaikan pangkat..

      1. saya ni dh 10 taon berkhidmat,masih DGA29…lagi la teruk….apapun masih lagi bersyukur  sbb sekurang2nya masih menerima gaji secara tetap berbanding orang lain yg kerja kilang/kerja sendiri yg pendapatan mereka tidak menentu stiap bulan..

        P/S : smkin besar gaji semakin banyak hutang yg dibuat,sbb tu gaji macam x cukup jer tiap2 bulan walaupun dh cecah 3-4 angka termasuk elaun…

        1. luahan kat sini , kat luar macam mana.. dah cuba saluran yang power skit. bising dalam metro , biar pak menteri tu hangat skit ..tambahan pula dekat2 pilihanraya ni . kuasa mengundi cikgu pun agak banyak .

  2. pendapat saya sistem software kurang bagus… sepatutnya guna konsep upload/download file sebab ramai pengguna dalam satu masa dan lama pula kerjanya ditalian, jadi takdelah server crash waktu guna.  

    1. sokong dengan kekuda..masalahnya sekarang..dua2 dia orang nak..seperti Program Linus ini..softcopy dian nak, hardcopy dia nak dan isi online pon dia nak…sistem pulak lag tak ingat

      1. Semua memudahkan orang atasan jer. Jadi kat atas tu kena kurangkan kerani. semua kerani yang ada kat atas tu hantar je ke sekolah. Dulu semua permohonan guna borang. jadi kerani yang kat atas tu kena key in. sekarang apa guna lg kerani ramai2 kat sana. Dulu kempen paper less, memangla less kat atas nu… tp kat bawah ni pulak yg bertimbun2 paper

  3. Hanya guru yg senasib memahami masalah guru…saya pun mmg rasa sgt terbeban dgn semua sistem online yg diperkenalkan …semuanya nk online,ada dateline…tinggal di sekolah pedalaman mcm saya nk habiskan satu kerja mggunakan sistem online sgt2 mencabar…nak masukkan satu nama murid kna tunggu sampai berjam2….berapa lama nk kna hadap komputer? Anak2 terabai…rumah x terurus kerna nak kejar online…dan dokumentasi yg berpuluh2 perkara nk kna sedia….

    Wahai insan yg cemburu pd guru…
    awak x rasa jd cikgu zmn skrg…sbbtu awak blh ckp mcm2…cemburu sbb gaji ???swasta naik x kecoh,maka x de perubahan pd harga brg tp bila gj k.tgn kjaan naik masuk s.khabar,televisyen dsb,pendek kata kecoh satu dunia psl gaji kjaan naik maka peniaga pun bergasak2 naikkan harga barg so..cb fikir kenaikn gaji dgn hrga brg yg semuanya naik tu byk sgt ke untungnya..bg yg x de ank xbnyk tanggungan mngkin x terasa tp yg ank ramai…fuh…apapun kami bersyukur dapat jgk naik gaji ,mudah2an tugas yg semakin berpuluh tan ini berbaloi dgn gaji yg diterima…yg penting buat kerja dan bersyukur..yg x sdpnya bila ada yg bukan guru komen tntg tugas guru dan gaji guru!!!!!!!!

    1. naik gaji nie zaman aristotle lagi dah ade bukan guru sekarang je… bukan gaji jadi persoalan… kerja yang orang dok makan gajinya yang orang dok mengeluh… nak isi data biar berbaloi la nie yang tak boleh2 siang malam…

  4. Online..oh..online..saya terpaksa bersengkang mata dari 8 pm sampai ke subuh..nak isi markah murid (SAPS) , data pelajar (APDM) dan lain2..kawasan bandar yan ada liputan internet yang baik ok lah..tapi..yang di luar bandar..pedalaman..itulah yang terjadi….bagi mereka yang bkn dl bidang pendidikan, mungkin boleh komen suka hati je..itulah..ini lah..lu fikirlah sendiri..cubalah nyatakan pendapat untuk penambahbaikan..bukannya pandai nak komen/cari elemahan je..

  5. sangat setuju, sistem ini amat membebankan guru. saya sendiri mengalaminya seorg pelajar sahaja mengambil masa setengah jam untuk save data.  Tugasan seperti ini hanya membebankan guru-guru sehingga mengalami tekanan yang berat. Tugas2 pengkeranian yang lain masih lagi menimbun…mana fokusnya tugas guru untuk mendidik murid????

  6. hmmm.. dari satu sudut sisetm ni bagus untuk ibubapa dekat dgn pncapaian anak2 mereka dan boleh knal pasti masalah awal2.. apakata skolah tubuhkan unit khas dan ado org khas keje2 key in2  ni.. jgn lah bg ckgu2 tension2.. silap2 murid2 pula jd mangsa kan?

  7. Pengecut & bacul punya cikgu, apa nak rayu-rayu pd kerajaan, kita tukar jah kerajaan baru di PRU 13 nanti bah :)

      1. kita beli la rumah baru….kan cikgu nih org cakap duit banyak…..hehehhe….kalau akau bukan setakat ganti pintu…aku bakar ngan rumah2 kemudian claim insurance…puaih hati…(Otak jadi sewel sebab kesan radioaktif ngadap komputer lama2 nak key in PBS)

  8. Guru yang layari FB itu bukan apa, sambil tunggu berjam-jam untuk masukkan satu maklumat di saps, pangkalan data dan yang macam-macam lagi. Buatlah kerja sampingan. Kalau buka FB yang lebih canggih sistemnya, paling lama pun tunggu 30 saat sahaja.  Saya bukan guru, tapi saya kasihan tengok guru yang perlu menggunakan lebih banyak masa mengisi maklumat online setelah habis tugas di sekolah. Samapai larut malam (ada yang tak tidur malam untuk mengejar dateline)  tanpa overtime yang dinikmati oleh pegawai dari jabatan lain.

    1. sangat setuju…memang guru x tido malam isi data,markah online,SAPS,SPPS…kerana sistem tidak mesra pengguna langsung,x pernah minta OT….balik umah..buat lesson plan…pikir apa yang nak diajar,buat BBM…etc namasahaja separuh hari..tapi sebenarnya guru kerja 24jam sehari…..

  9. Saya amat memahami masalah sistem bodoh lagi bebal ini.  Sebagai system developer and engineer yang selalu tolong isteri saya (yang bertugas sebagai guru) mengisi markah murid-murid di tengah malam buta memang menyusahkan. Daripada pengalaman saya sistem ini seolah-olah di design dan coding oleh budak baru lepas abis belajar. Inilah akibat terlaku banyak sub contract.

    Berikut cadangan saya kepada penyelengara sistem SAPS untuk memperbaiki sistem dalam jangka yang pendek dan seterusnya mengurangkan beban guru mengisi semula.

    1. Sediakan template (excel sheet atau pun lain-lain yang bersesuaian) untuk cikgu isi markah secara offline.

    2. Lepas cikgu mengisi template markah secara offline, mereka hanya perlu login ke sistem dan upload file markah tersebut kedalam sistem.

    3. Apa yang sistem perlu buat ialah membaca markah-markah di dalam file markah dan masukkan kedalam pangkalan data.

    Dengan ini dapatlah mengurangkan msalah cikgu terpaksa mengisi semula jika sistem crash.

  10. betul la tu…sepatutnya bagi menggurangkan beban guru ni sistem tersebut bolehlah upload dari file excel yang dibuat oleh guru….jadi guru boleh buat secara offline dan bila dah siap boleh upload terus ke dalam aplikasi tersebut. cara begini lebih mudah..sekian, wassalam

  11. saya sokong…sistem ni menyusahkan….dah masukkan data berkali2….bila semak semula markah tak masuk dalam sistem….sebab sistem crash….hmmmm…..tolonglah kalau nak buat sistem yang canggih secara online…buatla betul2….jangan menyusahkan guru2….saya minta pihak KPM kaji semula….lebih baik buat secara offline dan upload dalam sistem…bukan isi satu persatu markah murid…secara peribadinya walaupun orang kata gaji cikgu tinggi kerja separuh hari, itu hanya dalam kertas je…hakikatnya…beban kerja guru melebihi gaji yang diberikan…..hanya yang bergelar guru faham dan tahu bebanan guru….

    1. bukan bergelar guru tetapi memamg seorang guru, barulah dia faham tentang tugas guru! Sori ye hanya membetulkan kenyataan.

  12. Cg di negeri lain dah teruk dan meluat dgn sistem SAPS, kami guru di Terengganu lagi parah, pegawai JPNT terutama di Sektor Akademik macam buta akal, paksa para guru menggunakan  e-pantau (program Kerajaan Negeri) bersama SAPS. e-pantau adalah perintis  laporan kemajuan pelajar di talian yang ditaja Kerajaan Terengganu. Sistem ini lebih banyak songeh dari SAPS, kalau server crash, cg ingat ia akan pulih pada masa luar puncak (baca; awal pagi), tapi tak settle juga. Akhir pecah lubang server dikawal kerajaan negeri dibawah tadbir urus SUK. Habis waktu pejabat pegawai yang handle server balik rumah dan tidak reset semula jika crash kerana di luar waktu pejabat. Ini lah sikap kakitangan kerajaan selain guru, kerja lebih masa mesti berbayar! Guru bersengkang mata masuk markah tak tuntut apa-apapun! Siap masuk e-pantau kena masuk markah ke SAPS pula. Tak ke bengong kerja dua kali atas item yang sama! Hakikatnya guru di Terengganu kena guna dua sistem untuk laporan kemajuan di talian. Sikap bodoh sombong JPNT banyak menyusah guru kerana KPM pernah bercadang nak guna sistem e-pantau untuk diperluas keseluruh negara, tetapi ditolak oleh JPNT atas alasan hak cipta JPNT. Akhir sekali SAPS di ubahsuai dr sistem JPN Perak. 

  13. buang masa guru-guru.disekolah internet tak boleh guna.sepatutnya sediakan broadband untuk setiap guru.ppd masih lg minta yang hardcopy sepatutnya print je lah sendiri.baik guna macam dulu-dulu.di rumah banyak lagi tugas yang menunggu.

  14. Sebagai seorang guru saya menyokong penuh apa yang dikatakan oleh pengarang. “Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Guru-guru telah diperah tenaga mereka habis-habisan oleh pihak berkepentingan. Segala-galanya diletakkan di bahu guru-guru. Bahkan ada pengetua yang menyiksa guru-guru sehingga pulang jam 4.00 petang. Kemudian datang pula bersukan jam 5.30 petang. Semata-mata nak mengejar pengetua cemerlang. Malang nasib guru sekarang.

  15. sokong sgt dgn bro system, actually data compilation/manipulation sgt senang. satu sekolah actually bole wat dalam satu file excel je. cikgu2 buat/update kat file tu bagi kat kat kerani pastu email kat PPD ke mana ke yg store data tu. in fact xyah nk upload pon. bukan besor sgt fail excel tuh. takat KB-KB je.

    benda ni gila kacang utk dilaksanakan. kalo tau vlookup/hlookup kat excel (bole rujuk pakcik google). study ar skit. ngabih boreh/masa je mende2 online nih. nk kena beli server lagi nk kena setup network lagi web hosting lagi. bongok nye bertingkat2 gak (i mean the online system). 

  16. saya kesian tgok ibu saya yg dekat2 nk pencen kurg 10 tahun akan dtg..terkial2 isi markah on9…ibu saya jenis x pandai guna kompoter tp nasib baik kami adik beradik ada…kesian…nk tggu die buat, alamat x berasap la dapor, hujung mggu pon xde la bjalan kalu keje die x setel..last2 sbg alternatif anak2nya take over buatkan..ingatkan sbb masalah ibu saya yg x pandai guna komputer ni yg keje x siap2..rupa2nya sistem yg problem besar sampai menyusahkan org..bukan takat guru2 je yg susah..kami kaum keluarga n org2 tersayang mereka juga susah. ayah saya plak slalu kondem ibu saya yg slalu bawak keje balik umah, malah die comparekan dgn atok kami yg dulunya juga cikgu kononnya x sebizi ibu saya..mmg la zaman berbeza. kalu mcm ni punye hal  tp org atas masih x tau amik tau (saya rasa bos besar x dimaklumkan, mgkin sengaja pgawai2 bekaitan urusan on9 ni x mau gtau) cikgu2 kene amik tindakan. bukan nk suruh mogok, tp x payah buat ramai2 n bersepakat. soal pnp n mengajar teruskan mcm biasa sbb tu kan bidang tugas cikgu2, tp soal2 yg remeh2 ni apakata buat2 x tau..halangan pertama, cube pujuk pengetua or gb skola masing2 supaya berpakat…nnt ppd sedar n ppd laporkanla pada jabatan dan ke atas…then masa tu la nnt org atas akan sedar…paling drastik, surat d atas ni publishkan kat media..dicadangkan serah pada TV3 n aduan rakyat mazidul akmal. jgn buat atas nama perseorang, buat ramai2…mgkin melalui persatuan dll. apapun maaf atas cadangan x masuk akal saya, saya kesiankan cikgu2 esp ibu saya tu yg saya cakap cam tu. 

  17. tu tak termasul lg sisitem SPPBS KSSR…sangat LEMBAB dan kalau tersalah klik beban tak dapat tukar…hakikatnye terpaksa batlkan nama murid itu dan daftar balik..xtahu kenapa nk sediakan sistem mcm ni kalau benar2 belum bersedia?

  18. setuju sangat dgn aduan ini ,SAPS ini satu sistem yg baik tetapi pelaksanannya yg membebankan guru-guru. Guru-guru terpaksa membuatnya dirumah lewat malam. Bukan niat guru-guru nak menentang KPM yang pasti nya kalau dah membebankan dan tugas hakiki guru iaitu mengajar semakin kurang kerana banyak membuat kerja yang tidak sepatutnya. belum lagi tekanan daripada pihak atasan/ketuua jabatan kerana dateline yang diberikan…….. 

  19. Saya, setuju. Sudahlah kena key in di SAPS kini timbul pula APDM yang gila PADAM maklumat yang dimasukkan. Kenapa tidak di tambahkan kerani data di sekolah ( jumlah berdasarkan jumlah murid di sekolah itu) untuk tujuan key in data sahaja. SAPS, APDM, EMIS, SDDM,SMM dan 1001 lagi tugas pengkeranian agar guru boleh kembali ke kerja UTAMA iaitu mengajar anak murid.
    Kuranglah juga kadar pengangguran.
    Sudahlah semua nak key in online, pihak PPD nak pula hard copy dan salinan soft copy. Kenapa pula? Adakah pihak PPD tak erti baca soft copy ke? Banyak2 hard copy yang diterima dari semua sk dan smk nak simpan dimana? stor untuk mengundang tikus? atau ada yang buat business recycling? boleh tahan pulngannya.

  20. saya guru di kawasan pedalaman… internet selalu problem. belum lagi termasuk sistem yang down. Selain tugas WAJIB iaitu mengajar lebih 38 waktu, saya dipertanggungjawabkan untuk sandang jawatan SUP Sekolah, SU Sekolah, Penyelaras ICT sekolah, Penasihat Persatuan, Guru Kelas, Guru Ketua Panitia, dan ada beberapa lagi.. semua ini disebabkan oleh sekolah SKM (sekolah kurang murid) yang menghadkan bilangan guru tertentu. Jadi, terpaksa kena pegang banyak jawatan penting dalam satu masa… 

    Saya berasa terlalu penat dan selalu STRESS untuk melaksanakan tugas-tugas ini.. lebih2 lagi sekarang ini TERDAPAT BEBERAPA SISTEM ONLINE KPM YANG TIDAK MESRA PENGGUNA. Kalau diikutkan hati, kalau saya ada peluang lain… contohnya ada sumber lain yang kukuh (walau pun tidak sebesar gaji guru) rasa2nya saya nak berhenti jadi guru… Saya tidak mahu kehidupan harian saya sentiasa STRESS sb sudah pasti akan banyak membawa masalah kepada kesihatan. Susahnya nak jadi guru zaman sekarang…
     

  21. Saya menghadapi masalah log in ke SAPS…dah cuba telefon ke helpdesk tetapi mereka kata minta pertolongan SU SAPS. Tetapi, jawapan yg diberi oleh SU sekolah ialah ” cubalah sampai awak dapat!” Geramnya saya kerja dengan sistem macam ini dan rakan sekerja yg tak bagi kerjasama langsung!

  22. Saya juga seorang guru. Tapi setakat ini saya tidak mengalami masalah walaupun mengajar di Sarawak. Kebanyakan guru akan cuba log masuk ke dalam sistem pada hujung tarikh kemasukan markah. Itu punca sistem sukar dimasuki atau crash. Mungkin KPM patut memikirkan mekanisme lain untuk mengawal kemasukan secara pukal ini. Sistem ini adalah memudahkan guru kerana tidak bergantung lagi pada Sistem SAP 123 atau SAP 45 yang bagi saya lebih sukar walaupun digunakan secara ‘offline’. KPM, kami cadangkan agar tugas memasukkan markah ini diberikan kepada Guru Data & Unit Peperiksaan Sekolah.

    1. apala ko ni… kalau unit data atau unit peperikaan saja yg key in markah, matilah dorang. nak key in 800 orang murid darab 9 matapelajaran….

    2. kt sarawak murid sket…kt semenanjung, murid beratus-ratus…bukan cikgu unit peperiksaan xde keje lain ke nak key in beribu-ribu markah? silap haribulan terkey in salah markah, org maki hamun…

  23. SAYA MINTAK AGAR KERAJAAN MENAMBAHBAIK SISTEM INI SEBELUM PILIHANRAYA,KERANA KAMI AKAN MELOBI GURU2 UNTUK MENYOKONG PAKATAN RAKYAT…TOLONG BERITAHU MENTERI PELAJARAN SECEPAT MUNGKIN

  24. kenapa sya…tgok markah ..saya tidak ada …apabila sya buka ..tidak diskemaskini…bgaimanakah boleh sya tahu…maklumat lanjut….

  25. Saya cuba key in dari malam semalam, sistem crash. Minggu lalu pun sama. Cikgu kena tunngu sampai lewat malam atau awal pagi untuk key ini. Kuata data broadband sudah habis. Macam mana?

  26. patutnya kita copy paste semua komen2 guru seluruh malaysia n bagi memorendum pd kpm..sgt kecewa dengan sistem sekarang…nak tiru luar negeri tapi server xmacam luar negeri..fb berjuta org masuk tp laju jek..yg ni cikgu2 malaysia je pun yg masuk tapi macam siput…kalah siput lagi..tolong la Najib!!!!!!!!!!!

  27. SEMUA WARGA GURU JANGAN LUPA,BIARPUN SATU UNDI,IANYA AMAT BERMAKNA…SEMUA WARGA GURU KITA PROTES SEMASA PILIHANRAYA NANTI….KERAJAAN DAH BERBILION BELANJA BUAT SURUHANJAYA ITU INI BERKAITAN TUGAS GURU….TAPI AKHIRNYA BERTAMBAH BEBAN…MALAHAN SISTEM YANG DIPERKENALKAN MAKIN LEMAH DAN ORTODOK….KESIAN PADA ANAK-ANAK ZAMAN SEKARANG….SISTEM YANG AKAN MEROSAKKAN MASA DEPAN MEREKA….PERSEDIAAN KEMENTERIAN TERHADAP PERLAKSANAAN SISTEM AMAT MEMALUKAN…MENTERI PULAK JADI “BODOH’ MAIN IKUT SOMBRONO SAJA…KETUA PENGARAH PELAJARAN HARUS BERTANGGUNGJAWAB DGN MELETAK JAWATAN AKIBAT PERLAKSANAAN SISTEM YANG MEMALUKAN INI……SAYA TAK DAPAT BAYANGKAN BAGAIMANA GURU,PELAJAR YANG BERADA DI KWSN PENDALAMAN YANG TIADA KEMUDAHAN INTERNET ATAU TERHAD JALUR INTERNET…ENTAHLAH…APA NAK JADI DENGAN KPM SEKARANG….BODOH,DUNGU,ARTODOK SI PENGARAH…SAMPAI SEMUA JADI BODOH TERMASUK MENTERI……KEPADA WARGA GURU…JGN LUPA UNDI PROTES ANDA NANTI…..

  28. sppbs ni matlamatnya nampak mcm bagus.. tapi pelaksanaannya memang hampeh! menyusahkan guru-guru.

    bukan mengurangkan beban guru malah menambah beban lebih 10 tan dripada asal.
    beban Kerja lama tak mansuh……… kena tambah kerja baru lagi.
    Tolonglah pak menteri… kalau nak buat sesuatu buat kajian mendalam…. bukan terus je laksana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>