≡ Menu

Sikap Konsesi Lebuhraya (LEKAS) Tidak Bertanggungjawab

Pada 25 Mac 2018 kenderaan yang dipandu oleh saya telah terlibat dengan kemalangan di Lebuhraya LEKAS Senawang menghala ke utara. Saya telah melanggar seekor babi hutan yang tiba-tiba melintas ke arah jalanraya dan menyebabkan kenderaan saya mengalami kerosakan yang agak teruk.

Apabila saya membuat aduan dan meminta ganti rugi atas kecuaian LEKAS bagi menjamin keselamatan pengguna lebuhraya tetapi malangkan pihak LEKAS seakan mengendahkan aduan saya sedangkan saya menggunakan lebuhraya yang berbayar.

BACA:  Tanah Runtuh di Lenggeng dari Tahun 2004 Hingga Kini Terabai

Bagaimana pihak LEKAS boleh cuai dalam memastikan keselamatan pengguna dan hal ini akan menjadi lebih serius sekiranya motosikal yang melanggar babi hutan berkenaan. Dimana hak saya sebagai pengguna lebuhraya?

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan