Sewa rumah cekik darah pelajar UITM Jengka

Kami rasa sangat bertuah kerana dapat belajar dan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pada masa sekarang saya telah dan sedang belajar di salah sebuah universiti yang termuka di Jengka iaitu Uitm Jengka.

Malangnya apa yang saya ingin utarakan di sini adalah, kadar sewa bilik @ rumah yang tidak masuk akal lansung dikenakan kepada kami para pelajar ini. Kami ini rata-ratanya datang daripada keluarga yang sederhana dan berpendapatan di bawah RM3000 seisi rumah.

Kami telah dikenakan bayaran sebanyak RM1800 untuk satu rumah yang kecil, di mana penghuninya adalah seramai hampir 15 orang/rumah. Ini adalah tidak munasabah bagi pelajar seperti kami ini.

Pemilik-pemilik rumah ini mengambil kesempatan mencekik darah kami yang sememangnya memerlukan rumah untuk berteduh dan belajar.

Apa rasionalnya bagi pihak Majlis Daerah Maran, Warisan Jengka dan pihak Uitm sendiri bagi menanggani masalah kami ini.

Kepada siapa harus kami mengadu untuk kemelut yang dihadapi ? Cuba bayangkan jika anak anda sendiri berada di pihak kami ini.

By: pelajar teranaya

22 thoughts on “Sewa rumah cekik darah pelajar UITM Jengka”

  1. anak saya juga mengalami nasib yg sama apabila tuan rumah mengenakan bayaran sebanyak rm200 satu kepala.anak saya terpaksa menyewa seramai 10 orang kerana tiada pilihan.memang tak masuk akal,sedangkan rumah disekitar s.alam pn tak mahal mcm tu.mujur anak saya sewa tak lama kerana dia dan rakan2 nya dapat masuk asrama uitm semula.syukur alhamdulillah….

  2. minta pihak berwajib mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah ini..pengambilan pelajar yang ramai x dapat ditampung oleh asrama,asrama yang ada perlu ditambah dan digunakan,bukan sekadar perhiasan…

  3. saya dan adik saya melanjutkan pelajaran dan kami tinggal di rumah sewa kerana tiada kekosongan asrama. yang pelik nya..saya di shah alam hanya membayar sewa (per kepala) RM100 shj dan adik saya yg berada di uitm jengka membayar RM200. jika dibandingkan, facility rumah adik saya langsung tidak dijaga dan dlm keadaan teruk. 

  4. bukn student je yg probs, pekerja area bandar jengka pon tersepit. bayangkan gaji bawah seribu, sewa rumah punya la mahal cekik darah, dgn facilities yg teruk

  5. rumah kami sewa kat jengka ni harga 800 sbulan,,,rumah sekadar rumah je,,dah la kecik,,kami minta dsediakan mesin basuh dan peti sejuk bagi memudahkan kami dan harga sewa tu berpatutan,tapi tuan sewa meminta dinaikkan harga kpada 1000 baru dpat kemudahan yg kami mnta,diorang ni ptut pergi haji da sbb keuntungan yg berlebihan,800 tidak termasuk bil air dan api.

  6. pihak pengurusan uitm perlu campur tangan dlm hal ni…pelajar ibarat mcm pelanggan..bantulah mereka..ringankan lah beban mereka,dah la nk kena belajar pastu beban tempat tinggal lagi…jika rasa nak ringankan beban,cuba cari kawasan perumahan felda yg berdekatan…cuma minta pihak pengurusan uitm sediakan kenderaan ketempat belajar..sayapun tinggal d kawasan jengka juga,harga makanan kat sana…urmmm…sesapa yg bertanggung jawab,pantau2 la…jgn makan gaji tapi goyang kaki….

  7. kadang2 perkara ini mbuatkan sy terpikir sejenak.. kenapa perlu pemilik rumah meletakan  sewa dngan harga yg tinggi.. pelajar terpaksa bersesak 1 rumah semata2 mahu mengurangkan beban yg d pikul / kepala.. bila bersesak seperti itu, mana pergi nya keselesaan yg sepatutnya ada untuk belajar..? mereka sepatutnya sedia maklum, bahawa pelajar bukan nya golongan yg berpendapatan.. PTPTN yg diterima setiap semester bukan shaja utk mbayar sewa rumah, tetapi bnyak lagi perkara yg perlu dilunaskan.  

  8. mmg teruk la dorang..cekik darah betul..terbaru..serumah nak rm3000!!pergghh…teruk betul..harap ade la yang siasat@ambil tindakan..

  9. Kepada tuan-tuan rumah, Nama saja Melayu Islam…. sama saja dengan memakan duit haram… PENGKHAINAT….

  10. Kenapa perlu membina tempat belajar jika tiada tempat yang secukupnya untuk pelajar-2 tersebut duduk. Rumah sewa juga dikenakan bayaran yang tinggi, saya dikenakan RM150 sebulan tidak termasuk api air. PTPTN pun tak cukup untuk tampung, kerana keluarga saya berpendapatan rendah~

  11.  betul tu…sakit la mcm ni…karang nak tido kat stesen bas dikatakan memalukan UiTM…rumah sewa mahal sangat lah…rasa mcm nak buat pondok je..

  12. Saya ada rumah di Bandar Jengka………… Rumah Semi D corner. Saya nak sewakan RM 1500.
    Kalau 10 pelajar maka seorang RM 150 seorang. Rumah itu kecil …… tapi sangat berhampiran dgn UiTM. Di Jengka rumah semakin mahal. Rumah semi-D comel macam saya ni pun dah mencecah RM 250 K. So kena bayar bulanan RM 1500 jugak. Supply Rumah di Jengka amat sikit dibandingkan warga Jengka yang begitu ramai. Lebih 29 buah Jengka. Bila supply kurang dari demand.. maka harga rumah melambung ……akhirnya penyewa yang kena bayar tinggi. Tak kan owner nak tanggung rugi sedangkan boleh dapat sewa yg lebih tinggi because of demand yg tinggi supply yg amat kurang utk cover the monthly payment. So Majlis kena fikir projek-projek perumahan yang affordable ….dan mencukupi. Majlis, Dun dan Negara tidak peka. Kena tukar kerajaan secepat mungkin.

    1. Para pelajar layak terima zakat kerana mereka termasuk dalam 8 golongan asnaf. Apa kata tuan rumah yang mengenakan caj mahal tu…lepas dapat bayaran rumah tu, keluarkan pulak zakat rm100 sorang, setiap bulan. Dapat pahala. entah2 oleh dapat pulangan cukai terlebih bayar. Win-win situation.

      Aku ada rumah keluarga kat jengka 11, nak je aku bagi kemudahan pada students, maklum la, aku pon grad kat UiTM jengka gak, tahun 2006.

      Alternatively, carilah keluarga angkat di sekitar jengka. ada dengar cerita, 2 lecturer sewa bilik dengan 1 famili di jengka, bayar lagi murah dari korang, fully furnished, siap makan juga!

      (kalau nasib lg baik, siap boleh jadi menantu! nasib sangat tak baik jadi benda bukan2 la…)

  13. betul2. saya pernah menyewa dekat desa jaya 2. 1 kepala rm150. dah lah sebelum kami menyewa tuan rumah takde inisiatif nak bersihkan sebelum bg orang menyewa. 

  14. Kerajaan BN dah lama memerintah Negeri Pahang. Lebih 50 Tahun. Kenapa masalah perumahan di Bdr Pusat Jengka bermasalah. Cuba renung2kan. Pelik tapi benar. Harap kerajaan menyelesaikan masalah ini.

  15. sama la dekat uitm melaka, rumah teres dua tgkat, duduk smpi 14-16 orang, lepas tu sorg2 bayar rm150, atau rm750 satu semester dan tak termasuk api dan air

  16. betul…anak saya belajar di uitm jengka, juga mengalami masalah sewa rumah dan makanan yg mahal…pihak pentadbiran uitm dpt gaji buta atau buat tak tahu….selami pelajar uitm adalah pelajar bumiputra …ditadbir oleh oleh bumiputra di khainati oleh penduduk bumiputra jengka…klau pihak uitm jengka tak cukup asrama jgnlah ambil pelajar melebehi kapisiti…jgn asyik pikir keutnungan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>