Kami rasa sangat bertuah kerana dapat belajar dan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pada masa sekarang saya telah dan sedang belajar di salah sebuah universiti yang termuka di Jengka iaitu Uitm Jengka.

Malangnya apa yang saya ingin utarakan di sini adalah, kadar sewa bilik @ rumah yang tidak masuk akal lansung dikenakan kepada kami para pelajar ini. Kami ini rata-ratanya datang daripada keluarga yang sederhana dan berpendapatan di bawah RM3000 seisi rumah.

Kami telah dikenakan bayaran sebanyak RM1800 untuk satu rumah yang kecil, di mana penghuninya adalah seramai hampir 15 orang/rumah. Ini adalah tidak munasabah bagi pelajar seperti kami ini.

Pemilik-pemilik rumah ini mengambil kesempatan mencekik darah kami yang sememangnya memerlukan rumah untuk berteduh dan belajar.

Apa rasionalnya bagi pihak Majlis Daerah Maran, Warisan Jengka dan pihak Uitm sendiri bagi menanggani masalah kami ini.

Kepada siapa harus kami mengadu untuk kemelut yang dihadapi ? Cuba bayangkan jika anak anda sendiri berada di pihak kami ini.

By: pelajar teranaya

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.