≡ Menu

Servis Teruk Syarikat Kurier Skynet

Saya nak buat aduan tentang syarikat kurier Skynet. Sebagai syarikat kurier, penghantaran pantas dan pada masa adalah amat penting, dan juga khidmat pelanggan. bungkusan saya sudah sampai pada 21 Jun 2018. akan tetapi, bungkusan itu tidak pernah dihantar sejak tarikh itu. oleh itu, saya telah pun membuat panggilan kepada hotline skynet pada 26 Jun 2018 dan pekerja skynet di cawangan sungai besi telah berjanji untuk membuat penghantaran pada 27 jun 2018.

Malangnya, pada hari keesokkannya penghantaran masih tetap tidak dibuat. malahan apabila saya cuba menyemak status penghantaran di laman sesawang yang diberi (https://www.tracking.my/skynet/), status bungkusan saya tertulis ‘kegagalan penghantaran pada 26 Jun 2018’. mana mungkin status bungkusan saya gagal, apabila penghantaran tidak pernah dilakukan oleh pihak skynet.

BACA:  Masalah Pembelian Tiket KTMB Secara Online

Saya juga telah pun menghantar emel kepada pegawai yang bertanggungjawab namun tiada apa-apa tindakan yang telah diambil. Setelah berasa kecewa dengan servis skynet, pada 28 Jun 2018 saya telah pun membuat 12 kali panggilan kepada skynet cawangan sungai besi namun tiada orang yang mengangkat telefon sehingga pukul 1 petang. Apabila pekerja skynet mengangkat telefon, beliau telah bersikap teramat kasar terhadap saya dan tidak memahami apa yang saya cuba sampaikan walaupun telah diulang beberapa kali. Sehingga saat ini, tiada lagi sebarang status yang diterima mengenai bungkusan saya.

BACA:  Gangguan Karaoke Tengah Malam di Sungai Papar

Jika di semak halaman rasmi facebook skynet, ulasan untuk syarikat ini adalah amat teruk iaitu 1.1 daripada 5 bintang. Jelas, saya bukanlah pengguna pertama yang mengalami pengalaman buruk seperti ini. Adakah kita akan terus membenarkan syarikat seperti ini untuk meneruskan operasi dan menyediakan perkhidmatan buruk kepada rakyat?

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Masalah Pembelian Tiket KTMB Secara Online Salam. Pihak saya dengan ini ingin memohon perhatian pihak SPAD dan badan-badan yg berkaitan, terhadap kualiti servis syarikat Keretapi Tanah Melay...
Ruang Parkir Tidak Mencukupi di LRT Sri Rampai Selamat Sejahtera, Kemudahan Parkir di Stesen LRT Sri Rampai. Saya merupakan pengguna LRT Sri Rampai utk ke tempat kerja. Seawal jam 730pagi...
Ulat Tiket Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Biadap... Ulat tiket pasti terdapat di mana-mana stesen bas selain Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang telah menggabungkan semua perkhidmatan dalam satu s...
Bas Persiaran Berhenti di Tepi Jalan Persiaran KLC... Di Jalan Persiaran KLCC, terdapat banyak bas persiaran yg membawa pelancong asing untuk bergambar berlatarbelakangkan bangunan berkembar KLCC. Masa...