≡ Menu

Serangan Monyet Liar di Seksyen U12, Shah Alam

Sekumpulan monyet di dalam bilangan melebihi 20 ekor telah mula menyerang kawasan kejiranan Desa Alam, Seksyen U12, Shah Alam mulai 3 bulan lepas. Tanaman- tanaman penduduk telah diambil dan dirosakkan oleh kumpulan monyet-monyet ini.

Terbaru, semenjak sebulan ini, monyet-monyet ini telah berani memasuki perkarangan rumah dan mengcungkil tingkap rumah penduduk. Seterusnya kumpulan monyet ini berjaya memboloskan diri memasuki beberapa rumah-rumah penduduk. Kumpulan monyet ini mengambil dan menyelongkar makanan-makanan yang terdapat di dalam rumah penduduk.

BACA:  Citylink Express, 1 Minggu Masih Tiada Berita

Perkara ini telah diadukan beberapa kali kepada pihak Perhilitan dan MBSA namun tiada sebarang tindakan diambil setakat ini.

Kemunculan kumpulan monyet-monyet ini adalah berikutan projek-projek perumahan yang semakin pesat membangun di kawasan U12 ini yang berkemungkinan telah memusnahkan habitat asal dan sumber makanan mereka.

Kami penduduk amat berharap agar aduan ini mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak Tuan.

BACA:  Cashier Biadap di Tesco Bukit Tinggi

Yang benar,

Siti Hafsyah Idris

019-3698131

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Aduan Berkenaan Aeon Kredit Services   Aeon sehingga hari ini saya masih belum terima apa-apa update berkenaan aduan unprofesional Aoen Credit Services.. Di sini saya ingin mem...
Kilang Kayu di Kawasan Perumahan Selayang Baru Salam hormat dan salam sejahtera, Sudah bertahun penduduk disini menderita dengan Kilang kayu di kawasan perumahan yang terletak di Jalan 62, S...
Pembakaran Terbuka di Kawasan Perumahan Taman Sri ... Saya Abu Bakar, wakil penduduk Pangsapuri Damai Seksyen 25 Taman Sri Muda Shah Alam memohon pihak Aduan Rakyat untuk membawa masalah kami lebih ke...
SPA Tidak Telus Menjawab Aduan Pelanggan ADUAN INTEGRITI - ADUAN PIHAK SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA) TIDAK TELUS MENJAWAB ADUAN PELANGGAN __________________________________________...