Saya cukup terkilan dgn pihak yg bertanggungjawab terhadap ‘siber kafe’@'CC’yg terdapat taman melati utama (bersebelahan dgn lebuhraya MRRR2).setahu saya ada dua CC yg kononnya internet asia la..siap dgn cermin gelap dan ada CCTV kat luar.yang keluar masuk pun tua bangke ,taksedar diri.Satu bersebelahan dgn rest.Tropikana dan satu lagi ditingkat atas rest lehakelfood. Sebenarnya tempat ini pusat PERJUDIAN…semenjak adanya tempat-tempat macam ni di sini,banyak jenayah berlaku spt kes ragut,pecah cermin kereta(mencuri),samun,pergaduhan dan juga kes pembunuhan.

salah satu kejadian yg berlaku(mungkin tak sampai sebulan), kes pergaduhan dan melibatkan kematian 4 remaja usia 20-an.peristiwa ni terpapar juga disuratkhabar.terus-terang budak ni mati di CC HARAM ni & pusat snooker di tingkat atas kedai 7-eleven,tetapi keluar paper cakap’mati  di siber kafe’.siapa yg salah?siapa yg bertanggungjawab?

By: razeen ramli

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.