≡ Menu

Saman Parking Motorsikal DBKL

Saya seorang pelajar KLMU . Mohon pihak tuan/puan membuat kaji selidik kadar bayaran kompoun saman parking motorsikal terutama dari DBKL. Tempat untuk meletak motosikal adalah amat terhad, dan sekiranya disediakan berhampiran bangunan, tempat tersebut digunakan sepenuhnya oleh pelajar.

Kadar bayaran kompoun RM100 (RM150 selepas 14 hari) yang dikenakan adalah tidak munasabah dan terlalu membebankan pelajar yang tidak bekerja dan bukan datang dr golongan orang yang senang.

Saya selaku pengguna motorsikal di Kuala Lumpur amat berharap pihak tuan/puan dapat mengajukan masalah ini kepada pihak yang berkenaan. Masalah ini juga merupakan satu masalah yang amat besar kepada pelajar yang menggunakan motorsikal. Kadar kompoun tersebut boleh menampung keperluan pelajaran.

voucher rm200 kerajaan bagi pun tak cukup ini kan nak bayar saman.

sepatutnya dbkl perlu selidik dulu sebelum main suka je bagi surat saman.

Kerjasama dan tindakan lanjut pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

By: numan

{ 7 comments… add one }

  • Munah May 21, 2012, 04:48

    Ha..dah kena lah tu. Siapa suruh undi BN? DBKL tu tali barut BN..semua hasil yang diperolehi baik secara halal atau haram adalah untuk kocek-kocek pegawai DBKL. Mana dorang peduli you siapa? Lahanat punya kerja lah tu…Kalau Naj b tak bagi green light, mana boleh benda tu berlaku.. DIA kini sedang sibok nak cari $$$$ untuk puaskan nafsu berbelanjanya..Kalau mu rasa tak nak bayar, buang saja surat saman tu ke longkang atau poskan ke Pejabat Naj b..Bila PRU nanti, jangan lupa pulak…JANGANLAH DIPANGKAH BN tu sebab BN mean Banyak Nafsu…

    • Dd May 21, 2012, 05:04

      sebok nak saman parking..lepas pukul 6pm weekday pun sebok nak saman parking..beriya sgt mengalahkan polis.kalu. X caye p la tgk sdrik kat area bangsar.sekian

      • M Kamal July 12, 2012, 11:00

        tu kerja dia untuk keselesaan awam,supaya tiada kesesakan di jalan.Kalau sesak ko marah dia tak buat keja,salahkan BN salah orangtu,orang ni.

    • Dd May 21, 2012, 05:08

      Dbkl mmg cekik darah+timbang rase+sebok pulun cari duit..ari ahad pun sebok nak saman parking..lepas pukul 6pm weekday pun sebok nak saman parking..mengalahkan polis.kalu. X caye p la tgk sdrik kat area bangsar.sekian

    • Dragon June 3, 2012, 15:51

       Ah ha ha ha ha ha… Semua nak salahkan BN yer… Kena saman pun salahkan BN… Siapa suruh parking tempat yg takleh parking… Bongok sungguh… Esok motor pacit salahkan BN… Ayam mati berak kapur salahkan BN… Ular sawa masuk reban ayam salahkan BN… berak dalam seluar salahkan BN…

  • Suhaimi July 2, 2012, 12:17

    kompaun tu tulis RM100 sebab dah diselaraskan dengan kompaun dikenakan oleh polis trafik, sbb saman dari DBKL akan dimasukkan ke dalam pangkalan data PDRM sekali. Tp jangan risau, untuk pembayaran kompaun, sila ke menara 1 DBKL, kat sana korang akan berjumpe pegawai kompaun utk buat rayuan. Insyaallah bayaran kompaun akan dikurangkan antara RM30 ke RM50 mengikut budi bicara pegawai kompaun bertugas. Sekadar berkongsi maklumat sahaja.. :)

  • ones September 12, 2012, 10:08

    Jom Boikot Bayaran Parking! Jom Boikot Majlis Perbandaran Dan DBKL! Mereka Terlalu Membebankan Rakyat! Sesetengah Tempat Dan Sesetengah Bangsa Telahpun Berjaya Melakukan Boikot Ini. Mengapa Tidak Kita? JOM BOIKOT!!!

Leave a Comment