Saya seorang pelajar KLMU . Mohon pihak tuan/puan membuat kaji selidik kadar bayaran kompoun saman parking motorsikal terutama dari DBKL. Tempat untuk meletak motosikal adalah amat terhad, dan sekiranya disediakan berhampiran bangunan, tempat tersebut digunakan sepenuhnya oleh pelajar.

Kadar bayaran kompoun RM100 (RM150 selepas 14 hari) yang dikenakan adalah tidak munasabah dan terlalu membebankan pelajar yang tidak bekerja dan bukan datang dr golongan orang yang senang.

Saya selaku pengguna motorsikal di Kuala Lumpur amat berharap pihak tuan/puan dapat mengajukan masalah ini kepada pihak yang berkenaan. Masalah ini juga merupakan satu masalah yang amat besar kepada pelajar yang menggunakan motorsikal. Kadar kompoun tersebut boleh menampung keperluan pelajaran.

voucher rm200 kerajaan bagi pun tak cukup ini kan nak bayar saman.

sepatutnya dbkl perlu selidik dulu sebelum main suka je bagi surat saman.

Kerjasama dan tindakan lanjut pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

By: numan

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.