≡ Menu

Salah Laku Tenaga Pekerja di Pusat Anak Permata Semarak

Mohon pihak berwajib ambil tindakan terhadap tenaga pengajar di Taska Permata PPR Sri Semarak. Saya menghargai tindakan oleh pihak kerajaan membantu rakyat yang tidak berkemampuan untuk memberi pendidikan terhadap anak-anak secara percuma. Namun usaha pihak kerajaan nampak sia-sia kerana pemikiran tenaga pengajar di situ yang masih ditakuk lama dan tidak profesional.

Setelah beberapa bulan saya menghantar anak bersekolah disana. Saya dapati banyak kesalahan dan kebiadapan cikgu dalam menangani masalah ibubapa dan anak-anak. Antara kesalahan paling ketara oleh cikgu disitu

  1. Mendesak ibu bapa untuk ambil anak awal dari waktu habis kerja
  2. Sering kali mengugut ibu bapa untuk membuang anak dari sekolah sekiranya gagal mengikut arahan cikgu
  3. Kebanyakan cikgu disitu tiada SPP dan selalu bergaduh dengan ibubapa
  4. Sikap profesional langsung tiada dimana jika ada ibubapa yang menegur kesalahan cikgu,ibubapa akan dikenakan surat amaran
  5. Sepanjang perjumpaan ibu dan bapa yang diadakan sebulan sekali,ia hanyalah tempat cikgu melepaskan kemarahan terhadap ibubapa yang ingkar
  6. Aktiviti yang dibuat oleh pihak sekolah juga tidak sesuai dengan ibubapa.Ini dimana ibubapa perlu menghabiskan 4 jam sebulan.Kebanyakan ibubapa terpkasa ambil cuti setiap bulan kerana selepas habis aktiviti cikgu meminta ibubapa membawa pulang terus anak.
  7. Diskriminisasi terhadap ibu yang tak bekerja juga ketara.Ini dimana cikgu selalu memaksa ibu datang ambil awal dari masa yang sepatutnya disebabkan tidak bekerja.Sedangkan ada ibu yang berniaga dari rumah dan tangungjawab lain
  8. Ada beberapa ibubapa mengadu ada cikgu yang pulang awal setiap dari waktu bekerja.
  9. Jika ingin berbincang dengan cikgu tentang masalah,cikgu akan membri alasan yang beliau tertekan disebakan pihak atasan permata.
BACA:  Gangguan Bekalan Air di Taman Universiti, Semeling, Bedong, Kedah

Akhir sekali pengalaman saya sendiri dimana cikgu menyuruh isteri saya memandikan semua kanak-kanak disebakan lewat 10 minit untuk aktiviti. Sepatutnya Cikgu tidak boleh menyuruh ibubapa menyentuh kanak-kanak disekolah tersebut. Jika berlaku kemalangan adakah cikgu tersebut mahu bertanggungjawab?

Anak saya juga pernah dijangkiti penyakit HFMD dari sekolah. Bila bertanya adakah kanak-kanak lain ada jangkitan. Cikgu menafikannya sedangkan memang ada kanak-kanak yang terkena HFMD dahulu sebelum anak saya.

BACA:  Luahan Hati Isteri Abang APM yang dulu dikenali sebagai JPAM

Diharap pihak kementerian ambil tindakan serius terhadap sekolah tersebut supaya tidak memberi pandangan buruk masyarakat terhadap Taska Permata. Tidak guna jika program dari pihak kerajaan bagus tetapi dari staff bawahan masih mengamalkan sikap budaya lama. Harap pihak kementerian pantau masalah ini dengan segera supaya ia tidak menjadi kudis. Terima kasih

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan