Rumah SPS Setia di Jalan Kebun mengecewakan

Saya telah membeli rumah Semi-D beralamat di Plot No 3, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Langat dibangunkan oleh SPS Setia Sdn Bhd pada tahun 2005. Rumah tersebut dijanjikan siap sepenuhnya pada penghujung 2008, malangnya sampai sekarang tidak dapat diduduki. Projek tersebut tidak mempnyai progress hampir 2 tahun. Kami telah menghubungi pemaju malang janji pemaju kosong sahaja. Penipu… Projek yang dimajukan oleh pemaju dari Taman Muhammad 1 hingga 4 tidak diserahkan dengan sempurna kepada pembeli.

Rumah yang dibeli berdekatan dengan rumah saya sekarang dan boleh dikatakan setiap 2 minggu saya ke tapak projek utk melihat perkembangan tapi langsung tiada. Apa yang saya lihat semasa pemilik yang membeli rumah Taman Muhammad satu mula menduduki, kemudahan jalan pun tidak sempurna. Sama juga situasi pada Taman Muhammad 2. Pemilik terpaksa juga berpindah ke rumah terbengkalai ini kerana tidak lagi sanggup membayar interrest bank dan dalam masa yang sama menanggung  satu lagi rumah.

Projek rumah saya ialah Taman Muhammad 3 tapi kalau diikut pada progress Taman Mohammad 4 adalah lebih baik. Dimasa projek taman Muhammad 3 hampir 50% siap, taman muhammad 4 masih lg dalam load test. Persoalannya kenapa terjadi begini.

Sekarang apabila kita ke office SPS Setia utk membuat temujanji malangnya kadang2 pejabat tutup dan temujanji itu tidak dilayan. Saya juga sudah membuat aduan ke perumahan negara. Walaupun surat dah dikeluarkan tapi tiada kesudahan, hutang bank tetap perlu dibayar.

Kepada pembeli baru hati2 lah utk membeli rumah dibawah projek pemaju ini. Saya dah tidak tau apa yang perlu dilakukan untuk penyelesaian masalah ini.

By: Rafizah Ramli

22 thoughts on “Rumah SPS Setia di Jalan Kebun mengecewakan”

  1. salam 1 m’sia kpd pengadu dan pembaca sekalian. Apa yg saya boleh cadangkan, pihak puan boleh merujuk 1.Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia & Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, call hotline : 03-20924488 @ email: tribunal@kpkt.gov.my 2. boleh attach terus kpd PM@ facebook @ tweeter beliau. Sekian

  2. sape suruh beli rumah , beli khemah dah lah jimat sikit , banyak tanah kosong boleh tumpang , tandas awam pun dah cantik besar skrg siap tempat mandi , buat apa nk rugi beli rumah

  3. Salam, saya pun pembeli rumah under SPS Setia tapi rumah teres semi D di Taman Setia Indah di Pulau Indah smpai skrg masih terbengkalai pernah cuba hubungi pejabat tetapi no phone tiada dlm perkidmatan lagi x tahu nk buat mcmmane lagi .
    Ada sesape yg belh bantu ?

  4. Salam, ada sesiapa disini pembeli rumah Tmn Setia Indah Westport ? Saya dah dpt panggilan dr pemaju baru yg berminat nk ambil alih projek rumah tersebut hari isnin 14/04/2014 pkul 2.30 ptg mereka akan adakan perjumpaan dgn pembeli di pejabat peguam Soraya Chuah di Bayu Perdana Klang harap maklum sila khabarkan pd pembeli lain yg masih blm tahu.

    1. Boleh hubungi pemaju baru tersebut utk sbrg pertanyaan En.Ramli Dimensi Lestari 019 3531058

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>