Saya telah membeli rumah Semi-D beralamat di Plot No 3, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Langat dibangunkan oleh SPS Setia Sdn Bhd pada tahun 2005. Rumah tersebut dijanjikan siap sepenuhnya pada penghujung 2008, malangnya sampai sekarang tidak dapat diduduki. Projek tersebut tidak mempnyai progress hampir 2 tahun. Kami telah menghubungi pemaju malang janji pemaju kosong sahaja. Penipu… Projek yang dimajukan oleh pemaju dari Taman Muhammad 1 hingga 4 tidak diserahkan dengan sempurna kepada pembeli.

Rumah yang dibeli berdekatan dengan rumah saya sekarang dan boleh dikatakan setiap 2 minggu saya ke tapak projek utk melihat perkembangan tapi langsung tiada. Apa yang saya lihat semasa pemilik yang membeli rumah Taman Muhammad satu mula menduduki, kemudahan jalan pun tidak sempurna. Sama juga situasi pada Taman Muhammad 2. Pemilik terpaksa juga berpindah ke rumah terbengkalai ini kerana tidak lagi sanggup membayar interrest bank dan dalam masa yang sama menanggung  satu lagi rumah.

Projek rumah saya ialah Taman Muhammad 3 tapi kalau diikut pada progress Taman Mohammad 4 adalah lebih baik. Dimasa projek taman Muhammad 3 hampir 50% siap, taman muhammad 4 masih lg dalam load test. Persoalannya kenapa terjadi begini.

Sekarang apabila kita ke office SPS Setia utk membuat temujanji malangnya kadang2 pejabat tutup dan temujanji itu tidak dilayan. Saya juga sudah membuat aduan ke perumahan negara. Walaupun surat dah dikeluarkan tapi tiada kesudahan, hutang bank tetap perlu dibayar.

Kepada pembeli baru hati2 lah utk membeli rumah dibawah projek pemaju ini. Saya dah tidak tau apa yang perlu dilakukan untuk penyelesaian masalah ini.

By: Rafizah Ramli

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.