Rumah sewa sekitar Politeknik Sultan Idris Shah terlalu mahal!

Assalamualaikum…

Saya merupakan pelajar politeknik sultan idris shah sabak bernam. saye ingin mengutarakan aduan terhadap segelintir pihak yang mengambil kesempatan terhadap pelajar-pelajar poli. Masalah yang dihadapi oleh pelajar poli ialah bayaran rumah sewa yang dikenakan oleh masyarakat kampung terlalu mahal. Sewa yang dikenakan adalah mengikut kepala. sebagai contoh satu orang RM100. Cuba bayangkan kalau satu rumah 8 orang. tuan rumah dapat keuntungan yg berganda. Umpama sewa apartment.

Sebagai mana yang kita tahu, pelajar-pelajar bukan nye dari keluarga yang senang. Kebanyakan nye memohon pinjaman PTPTN. diharap pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan.

By: amirul

16 thoughts on “Rumah sewa sekitar Politeknik Sultan Idris Shah terlalu mahal!”

  1.  memang mahal!!pastu owner rumah penipu,,jnji mcm2,,last2 ape yg dijanjikn xsdiekan,,
    plzzz la xpyh nk mhl2 utk kwsan y xmembangun

  2.  saya stuju sgt.. rumah macam pondok pown sorunk kena smpi RM80.. duduk dkt 10 org.. tuan rumah duk rumah goyang kaki je…

    1.  SubhanAllah.. Wak sedih ni tau anak2 ngumpat belakang wak. Tiap kali anak2 bayar sewa.. wak selalu tanya keadaan anak2..selesa tak? tapi anak2 jawab…bagus wak sewanaya murah banding yg lain, api air dah termasuk, nak nuntut illmu..asal ada tempat berteduh. Wak bukan nak jadi kaya nyewakan rumah kat anak2..cuma nak nolong ajee.. susah cari rumah sewa katanya.. duit sewa tu buat belanja wak sikit & selebihnya wak simpan buat repair rumah tu..orang kata rumah kalau disewa, cepat rosak..semin mahal, kayu mahal, upah endon pun mahal. Kalau anak2 cakap baik-baik dgn wak, tak de masaalah kita boleh bincang, susah2 nyewa aje rumah lain..wak tak kecik ati & sedih macam ni.. Ya Allah.. ampunkan dosa anak2 ni..terangkan lah hati mereka untuk senang nuntut illmu.

      1. salam wak,skang ade rumah x tuk disewa?? sy tgh cari umah nie wak..x jumpe lagi tuk sem nie..masuk bulan 7..ni no saya 0176705946, kalo wak ade nampak uma tuk sewa bgtau ye wak..tq…

  3.  xpyh ngadu kt cni..xde tindakan gak pon..mslh bas pon xsettle lg..de nmpk karam singh dtg  poli ke wat interview..

  4. Anak saya baru je.. sewa sebuah rumah (yg boleh di panggil pondok)…. tapi buat mcmana nak  belajar…
    lantai pijak pun nak pecah dah lah rumah tu tinggi, dinding belobang sana sini, kotor..lorong nak masuk ke rumah hutan..bukan kata kereta motor pun tak nak lalu, dah lah tak der transport , terpaksa beli basikal ( itu pun nak tunggu duit PTPTN , tak tau bila-tunggu STAFF PSIS submit pengesahan kan PTPTN) sekarang harapkan  ehsan kwn2 yg ada motor/kereta je gi kelas, kalau pagi tu hujan….berbalik kepada sewa rumah mmg lah sgt mahat satu kepala RM90.. 10 orang RM 900.. sya yg tinggal kat kl ni …(bandar Satelite) ..sewa pun baru 600/700 je,,,…mana lah pergi Pihak Pengurusan yg menjaga Hal Ehwal Pelajar..mereka tak ambik tau lansung pasal pelajar mereka.. saya sebagai IbuBapa sgt kesal dengan Pengurusan PSIS ni.. Ada kah wajar kalau perkara ni saya bawa ke pihak yg lebih tinggi????… Fikir2 kan lah..nnti jgn salahkan Kami…

  5. orang kampung kat sekitar situ sekarang ne dah besar kepala dan dah belagak sombong, almaklumlah sbb semua pelajar, mahu tak mahu terpaksa juga menyewa kat situ, depa tak tau kat dan poli tu kebanyakankannya  anak melayu, buatla amal jariah sikit, jgn nak pikir masukkkkk aja 

    1.  Tak baik dek ngata org sombong.. berdosa..sapa nak tolong rang melayu kalau tak org melayu gak.. kira amal jariah la tu, satu kepala 100.. satu hari 3 ringgit aje..kalau ikut hati RM65 semlm kita charge..homestay style

  6. skang ni mereka ad wt 1 dorm tok bg sewa kt student..so the standard price is still RM100 n really expensive…

  7. pihak poli patut sediakan rumah untuk disewa. bukan semua dapat asrama. macam kat IPTA lain, pihak IPTA sediakan rumah. bayaran sama macam duduk di asrama. pihak PSIS macam tak mengambil berat hal pelajar. takkan la tak fikir, duduk di luar mahal, pengangkutan lagi, bukan semua jalan bas lalu. keselamatan lagi, tak terjamin. tolonglah ambil berat sikit terhadap kebajikan pelajar.

  8. as slm…pada pendapat sya dakwaan kurang tepat…kerna saya ada 3 rumah sewa berharga rm 300….banyak rumah dikawasan saya tidak laris….luas dan boleh diduduki hingga 8 org….tetapi rata2 student kata jauh dari polly…sedangkan jaraknya hanya kira2 4.5 km sahaja…..yg murah tentula jauh sedikit….pilihan ditangan anda….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>