Assalamualaikum…

Saya merupakan pelajar politeknik sultan idris shah sabak bernam. saye ingin mengutarakan aduan terhadap segelintir pihak yang mengambil kesempatan terhadap pelajar-pelajar poli. Masalah yang dihadapi oleh pelajar poli ialah bayaran rumah sewa yang dikenakan oleh masyarakat kampung terlalu mahal. Sewa yang dikenakan adalah mengikut kepala. sebagai contoh satu orang RM100. Cuba bayangkan kalau satu rumah 8 orang. tuan rumah dapat keuntungan yg berganda. Umpama sewa apartment.

Sebagai mana yang kita tahu, pelajar-pelajar bukan nye dari keluarga yang senang. Kebanyakan nye memohon pinjaman PTPTN. diharap pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan.

By: amirul

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.