≡ Menu

Rumah pelacuran berdekatan Pekan Rabu

Saya penduduk di Pekan Rabu. Saya nak mengadu perihal rumah pelacuran di sebuah tempat yang beroperasi lewat malam. Tempatnya di Taman Puyu. Ada sebuah bangunan HBR, bangunan itu dekat Jalan Putra, Kampung Berjaya.

Saya sangat terkejut dengan keadaan di situ, apatah lagi apabila saya melihat ada juga asrama lelaki Kolej Poly Tech Mara di situ. Saya berharap sangat pihak encik boleh bongkarkan hal ini dan membawanya ke pihak awam. Saya amat mengesali keadaan ini boleh berlaku.

Bayangkan pelajar harapan bangsa kita boleh tinggal di ceruk sebegini dengan terdedah kepada dunia negatif ini? Apakah mereka sendiri mampu bertahan.Janganlah mereka yang tidak bersalah terheret ke dalam belenggu ini. Saya pohon sangat pihak tuan untuk bongkarkan hal ini. Justeru sebagai penduduk tempatan di sini,kami mampu hidup dengan tenang tanpa ada kerisauan terhadap apa yang berlaku di hadapan kami. Jadi,saya cuma amat berharap dengan pihak tuan.

Tolonglah tuan, tolong dedahkan hal ini agar keadaan ini bisa ditangani dan dibanteras, sekaligus dapat menyedarkan pihak kolej mereka bahayanya keadaan di situ kerana mungkin kesilapan pihak kolej mereka juga yang tidak menyedari atau lepas tangan terhadap isu2 ini.

By: iza

{ 2 comments… add one }

  • Arriey83 January 14, 2012, 17:38

    aduh ada yang tak buat kerja atau sibuk makan duit tiap2 bulan ni?
    selalu macam tu ler. kedai dvd lucah dekat balai berpuluh tahun tak pernah kena operasi. dvd, pelacuran, disko, air ketum adalah antara bidang yang perlu bayar duit perlinndungan tiap2 bulan. sprm tak buat kerja ke?

  • KINDER BUENO April 12, 2012, 18:12

    SOMETHING FISHY..

Leave a Comment