Saya penduduk di Pekan Rabu. Saya nak mengadu perihal rumah pelacuran di sebuah tempat yang beroperasi lewat malam. Tempatnya di Taman Puyu. Ada sebuah bangunan HBR, bangunan itu dekat Jalan Putra, Kampung Berjaya.

Saya sangat terkejut dengan keadaan di situ, apatah lagi apabila saya melihat ada juga asrama lelaki Kolej Poly Tech Mara di situ. Saya berharap sangat pihak encik boleh bongkarkan hal ini dan membawanya ke pihak awam. Saya amat mengesali keadaan ini boleh berlaku.

Bayangkan pelajar harapan bangsa kita boleh tinggal di ceruk sebegini dengan terdedah kepada dunia negatif ini? Apakah mereka sendiri mampu bertahan.Janganlah mereka yang tidak bersalah terheret ke dalam belenggu ini. Saya pohon sangat pihak tuan untuk bongkarkan hal ini. Justeru sebagai penduduk tempatan di sini,kami mampu hidup dengan tenang tanpa ada kerisauan terhadap apa yang berlaku di hadapan kami. Jadi,saya cuma amat berharap dengan pihak tuan.

Tolonglah tuan, tolong dedahkan hal ini agar keadaan ini bisa ditangani dan dibanteras, sekaligus dapat menyedarkan pihak kolej mereka bahayanya keadaan di situ kerana mungkin kesilapan pihak kolej mereka juga yang tidak menyedari atau lepas tangan terhadap isu2 ini.

By: iza

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.