Restoran Asli Kampung Siam Sdn. Bhd. – Indah Khabar Dari Rupa

Saya & keluarga dari Seksyen 13, Shah Alam amat kesal dan dukacita terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh Restoran Asli Kampung Siam Sdn. Bhd. kepada saya dan keluarga.

Untuk makluman, saya telah hadir ke Restoran Asli Kampung Siam Sdn. Bhd. pada 20/08/2011 (Sabtu) untuk tempahan tempat dan menu untuk berbuka pada 21/08/2011 (Ahad). Walaubagaimanapun, menu yang ditempah lambat disediakan. Jangan ingat saya dan keluarga tidak mampu bayar perkhidmatan Restoran Asli Kampung Siam Sdn. Bhd.

Diharapkan pihak yang berkenan dapat mengambil perhatian yang serius dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

By: Mohamad Azral

3 thoughts on “Restoran Asli Kampung Siam Sdn. Bhd. – Indah Khabar Dari Rupa”

  1. saya baru selepas menjamu selera di restoran asli Kg siam…. mmg teruk dari segi quality makanan.. tomyam putih seafood… udang and lala dalam tomyam yg buruk dan berbau… ketam masak black paper pun pakai ketam lembut… entah la… kalau boleh improve la dari segi quality makanan… tapi hiasan kedai cantik… layanan ok… maybe masakan yg lain ok kot.. sebab tak cuba and tak nak cuba…. serikkk….

  2. saya TAK SARANKAN mana2 pihak menjamu selera di restoran ini.. kualiti makanan xda! harga x setimpal dgn makanan yg disediakan.. pengalaman sy, order 1 jug “air laici + longan” tp dihidangkan dgn air kosong, xrsa manis sgtt, laici bbrapa jer, buah longan xda, laici kita beli dlm tin besar tu lg byk rasanya.. nak tau hrga nya? RM30!! mencekik darah! kami x kesah byr mahal jika ada kualiti! Boikot Restoran asli kg siam!!

  3. Saya sokong dengan aduan dan komen-komen tentang restoran ni,seriously harga memang cekik darah…korang imagine, sayur kailan yang biasa kita makan kat warung2 tepi jalan tu harga dia rm15,bapak mahal, padahal kualiti sama je macam warung2 tepi jalan,layanan plak? okay ni paling saya fed up! kita plak kena jaga hati owner dia,lawak gila rasanya… kita cakap leklok.. dia cakap nak marah-marah..time tu dah la p makan nak berbuka puasa! tisu?bhahahaha..first time jumpa kedai makan yg cenggini kena bayar tisu,hahaha..saya harap owner dia baca komen2 dan aduan ni, harga tu jangan nak mencekik darah sangat. layanan tu kena kasi elok! satu lagiiiiiii,surauuuuu tu haaaaa,kasi pebesaq sikit naaaaaaa… kalau time tak puasa boleh la,ce bayangkan kalau time puasa, jenuh nak tunggu turn… makanan dah la lambat sampai,hampeh! sekian sahaja dari saya,semoga kalian yg baca ni memahami hak pengguna dan tidak disarankan ke sini,kecuali la nak satu rasa kelainan,bhahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>