Saya & keluarga dari Seksyen 13, Shah Alam amat kesal dan dukacita terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh Restoran Asli Kampung Siam Sdn. Bhd. kepada saya dan keluarga.

Untuk makluman, saya telah hadir ke Restoran Asli Kampung Siam Sdn. Bhd. pada 20/08/2011 (Sabtu) untuk tempahan tempat dan menu untuk berbuka pada 21/08/2011 (Ahad). Walaubagaimanapun, menu yang ditempah lambat disediakan. Jangan ingat saya dan keluarga tidak mampu bayar perkhidmatan Restoran Asli Kampung Siam Sdn. Bhd.

Diharapkan pihak yang berkenan dapat mengambil perhatian yang serius dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

By: Mohamad Azral

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.