Saya mewakili rakan-rakan yang terlibat dalam pemberhentian pekerja-pekerja MSE pada tahun 1987 akibat dari kegawatan ekonomi negara pada ketika itu. Akibat dari pemberhentian itu,  terjadilah tawar-menawar imbuhan yang berlarutan keperingkat mahkamah tertinggi. Oleh kerana bilangan diberhentikan agak ramai, terjadi kekeliruan dalam mendapat maklumat yang banyak menimbulkan percanggahan sesama sendiri, lalu terdapat yang berkesungguhan untuk meneruskan kes hingga penghujung.

Akhirnya semua tuntutan musnah dan kecewa apabila mahkamah menolak rayuan pekerja-pekerja. Inilah hasilnya gara-gara tunjuk pandai serta angkuh. Peranan lawyer bertukar ganti bagaikan terselit maksud dan ajenda, maka kami yang kuno ni tewas tanpa sebarang ganjaran diperolehi.

Selama 23 tahun kes berolah buai ditangan lawyer-lawyer. Tak pasti apakah mereka sebenarnya berperanan atau berlakun. Yang tahu hanya segelintir dari mereka-mereka yang terselindung. Kini kami merayu imbuhan ehsan langsung kepada pengetahuan Perdana Menteri Malaysia. Tapi setiausahanya salurkan kepada kementerian sumber manusia, akhirnya terkini diperturunkan pula rayuan kami kepada Jabatan Buruh Negeri.

Kini Jabatan Buruh Negeri Johor nak mulakan selidik semula masaalah kami. Dah jadi reverse pula masaalah kami. Tak tahu lagi bagaimana noktah  rayuan kami. Seolah-olah haluan kami bertolak-dolak untuk dilupakan akhirnya. Pada dasarnya kami yang terpinggir dari pekerjaan kami ketika itu ialah ibarat peneroka yang berjaya melonjakkan MSE dimata antarabangsa. Kini dilupakan! Maaf dengan ketelanjuran yang tidak kami duga ini. Salam 1Malaysia.

By: Arifin

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.