Ratu maknyah berleluasa
Assalamualaikum wbt.
Atas dasar kesedaran sebagai seorang muslim dan tanggungjawab sesama Islam agar saya tidak dipersoalkan di akhirat kelak, saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan/puan yang berkenaan mengenai gejala sosial yang berlaku di sekeliling saya.
Tuan / puan sedia maklum bahawa Islam melarang sekeras-kerasnya Lelaki menyerupai Perempuan. Saya di fahamkan bahawa akan ada satu majlis pertandingan ratu maknyah yang akan dijalankan di sekitar ibukota pada 1 Julai 2012. Kebetulan saya mempunyai sepupu yang berperwatakkan sedemikian memberitahu dengan bangga bahawa majlis tersebut akan di adakan di Flaminggo Hotel Ampang atas nama Anual Dinner. Malahan ada badan NGO yang terlibat dengan pertandingan ini.
Setahu saya majlis ini juga kerap diadakan sepanjang tahun dan tiada tindakan dari pihak kerajaan untuk membendung gejala ini. Malahan semakin berleluasa.. Dari januari hingga December sahaja sudah ada tarikh untuk majlis-majlis yg dilakhnat Allah ini. bukan hanya pada 1 Julai di Flaminggo Ampang, malah pada 15 Julai di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur. Majlis kebiasaanya dilakukan sebelah malam… Apakah tindakan pihak berkuasa, majlis agama dan badan-badan politik yang melaungkan selogan ISLAM sebagai cara hidup??? Apakah pihak yang mengalas Cogan Agama mahu membiarkan hal ini berlaku. Dari gambar2 yang tunjuk oleh sepupu saya membuatkan saya beristigfar panjang. Malahan pelbagai nama pertandingan bagi membezakan organisasi-organisasi yang menganjurkan. Malahan melibatkan artis-artis ternama sebagai juri pertandingan.
Dimana hilangnya keperihatinan kita sebagai manusia yang digelarkan muslim. Berpakaian tidak senonoh dikhalayak ramai. Dari hotel hingga ke kelab-kelab malam sekitar bukit bintang. Bukan ingin mempertikaikan kepimpinan sedia ada tetapi semua ini berlaku di kawasan-kawasan yang di pegang Pakatan rakyat seperti di bukit bintang dan Ampang. Astagfirullah…
Saya sangat berharap agar pihak berkuasa dan bertanggungjawab dapat membantras gelaja ini. Sekiranya majlis ini dibiarkan berterusan, semakin ramai yang akan terikut-ikut masalah sosial PONDAN & MAKNYAH.
Sekurang-kurangnya dengan menyampaikan perkara ini kepada pihak tuan/puan, maka saya sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Semoga Allah tidak lagi mempersoalkan apa yang telah saya adukan kepada pihak tuan/puan.
Wassalam…
Muslim Perihatin
By: MUSLIM PERIHATIN
| PERINGATAN: AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my. |
Aduan yang berkaitan:
-
gonjeng
-
John
-
Memey_eva
-
othman halim
-
kering boy





