Salam Sejahtera,

Saya mewakili bagi penduduk-penduduk Taman Munsyi Ibrahim, Johor Bahru ingin menyuarakan rasa tidak puas hati di atas perkhidmatan pungutan sampah di kawasan perumahan kami. Saya perhatikan pungutan sampah sangat jarang dibuat hingga adakalanya tidak dipungut sehingga 2 minggu lamanya. Ini menyebabkan timbulnya bau yang busuk daripada sampah-sampah buangan tersebut yang mengakibatkan pencemaran udara dan ianya boleh menjejaskan kesihatan kami.

Saya meminta pihak Majlis Bandaraya atau pihak yang berkaitan mengambil berat mengenai hal ini dan berharap supaya pungutan sampah dibuat sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

By: Azlin

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.