Semalam aku mengalami pengalaman yang sama dengan Encik KHARZUL RAFI MD YAZID iaitu enjin mati secara tiba-tiba semasa sedang memandu PROTON SAGA  FLX  1.3 (CVT) pada kelajuan 150km/j. Kelajuan 150km/j itu cuma dalam tempoh 15 saat sahaja semasa sedang memotong kereta.Lampu amaran CVT menyala dan pada masa yang sama enjin mati mengejut.

Cadangan:

  1. Pihak PROTON boleh buat dua pengesan suhu untuk unit CVT tersebut.  Pengesan suhu pertama adalah sebagai amaran kepada pemandu dengan cara memaparkan lampu amaran CVT pada suhu tertentu sebelum mencapai suhu maksimum CVT. Lampu amaran CVT dipaparkan untuk beberapa minit sebelum enjin dimatikan. Pengesan suhu kedua adalah untuk mengesan suhu maksimum ‘belt’ CVT dan mematikan enjin.
  2. Adakan ‘cut off’ untuk ‘top speed’ kereta PROTON SAGA FLX 1.3 (CVT) pada kelajuan 14okm/j.

Diharap pihak PROTON yang LEBIH ARIF dengan perkara ini boleh menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.

By: MimiTaro

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.