Saya bekerja di Pulau Pinang. Pada 9hb jun 2010 saya telah membeli kereta proton persona elegent 1.6 manual di sebuah syarikat panjualan kereta di negeri ini dengan harga 53k. Pada 1hb ogos 2010 saya memandu kereta tersebut ke pahang.

Pada pagi 5hb ogos 2010, saya ingin memulakan perjalanan ke Pulau Pinang semula tiba-tiba kereta saya mengalami masalah. Timing turun naik sedangkan pada waktu itu saya tidak menekan pedal minyak. Saya hantar kereta saya ke pusat service proton di Bandar Maran untuk di periksa.

Pekerja pusat service buat pemeriksaan terhadap kereta saya dan mendapati terdapat masalah pada ECU Box. Saya bertanya pada kerani di pusat proton tersebut kenapa kereta saya mngalami masalah ecu box sedangkan kereta tu baru sahaja di beli. Kerani menerangkan pada saya, kereta proton persona elegent yang bernombor casis macam kereta saya dan ke bawah memang akan mengalami masalah ecu box.

Persoalannya, kenapa saya tidak diberitahu tentang perkara ini semasa saya hendak membeli kereta tersebut? Apa hak saya sebagai pengguna? Kenapa selepas kereta tersebut mengalami kerosakan baru maklumat ini sampai kepada saya? Itu pun selepas di tanya. Sedangkan rekod sudah ada yang mengatakan kereta saya akan mengalami masalah. Bagaimana kalau semasa saya memandu dalam kelajuan tertentu dan kereta saya mengalami masalah tersebut? Nasib baik kejadian itu terjadi semasa saya baru hendak memulakan perjalanan.

Adakah kereta buatan malaysia yang di pasarkan dalam malaysia sendiri tidak berkualiti? Saya sebagai pengguna rasa tertipu. Harap pihak yang bertanggungjawab tolong ambil serius perkara ini. Jangan bila sudah ada nyawa yang melayang di sebabkan kesilapan proton, baru nak ambil tindakan.

By: roshidi

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

Aduan yang berkaitan: