≡ Menu

Projek Putatan Platinum Apartmen, Kota Kinabalu

Alasan yang diberikan SPNB bahawa kelewatan projek ini kerana permasalahan yang dihadapi oleh pihak kontraktor adalah berlainan daripada sumber yang saya perolehi iaitu kerana pembayaran yang tertangguh daripada pihak SPNB. Semestinya ia menyukarkan kontraktor sekiranya tiada pusingan modal setelah kerja yang mereka telah laksanakan tidak mendapat bayaran.(common-senselah).Tempoh siap yang dijanjikan sepatutnya bulan Ogos 2011 terpaksa dilanjutkan lagi sehingga tahun depan iaitu bulan September 2012 memakan masa selama setahun.

Bagi pekerja bawahan seperti saya dengan hidup di bandaraya Kota Kinabalu yang mempunyai kos sara hidup yang tinggi adalah merugikan kerana sepatutnya saya membayar untuk tinggal dirumah sendiri bukannya tinggal di rumah sewa. Bayangkanlah saya terpaksa membayar sewa rumah selama setahun kerana sebaiknya saya membayar untuk rumah sendiri.

Untuk melaksanakan sesuatu projek perlulah ada perancangan yang cukup rapi daripada Pemaju kerana jika ianya dilaksanakan mengikut masa yang dijanjikan mereka akan mendapat pujian begitu juga sebaliknya. Bagi pihak SPNB yang berada diatas tanggungjawab mesti dipikul dan sekiranya anda GAGAL adalah baik berundur secara terhormat dan bagi laluan kepada mereka yang lebih berkelayakan dan berkemampuan untuk menerajui SPNB.

Projek ini merangkumi 1,000 unit sekiranya didarapkan seorang seunit sejumlah 5,000 orang merasa tertekan dan sakit hati kerana kelewatan ini. Sesuatu perlu dilakukan sebelum Pilihanraya ke-13 ini dan tentunya syarikat yang mewakili kerajaan menjadi penanda aras kepada pemilihan akan datang kerana syarikat tuan melambangkan kemampuan kerajaan di mata masyarakat. Saya berharap (bukan hanya saya tetapi semua pembeli) sesuatu yang drastik dapat dilakukan dalam masa terdekat ini dan kami akan sentiasa memantau keadaan ini samada ia berubah atau tidak.Anda tidak akan merasai sukarnya apa yang kami hadapi sekarang melainkan anda berada di pihak kami dan merasainya sendiri!

Sekian terima kasih.

By: kb

{ 15 comments… add one }

  • Azmi_8202 December 9, 2011, 00:53

    satu lagi project bermasalah dari SPNB…. Rumah mampu milik SPNB ALAM PRIMA pun xsiap2 lagi… janji 2010 skarang dah nak masuk 2012…. berhati2 lah dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) 1Malaysia nie… bank dah kene bayar bulan2… tp rumah xdapat2….

    • purakOgis December 10, 2011, 00:29

      yups..bhati2 dgn housing under SPNB coz sesetengah bank mcm da bfikir nak bg loan atau x kepada pembeli rumah under SPNB. faham2 sendiri la klo da mcmtu..sy da kena. wahai SPNB buatlah keje serupa janji. p/raya da nak dekat…jangan nak mengutuk ‘orang sebelah’ je. cermin diri sendiri barulah mengata ‘orang sebelah’. nanti pengundi lari oo…

      • Leozint January 31, 2012, 05:26

        Btul2, itu suara yg sepatutnya dan wajib di fahami oleh golongan2 yg tau cakap tp tidak srupa bikin ni…bg sa lah,projek timbun2 pun tiada makna klu sana sini sangkut. klu dorang faham susah rakyat yg sebenarnya, mesti dorang akan buktikan dari mengutuk sana sini dan angkat bakul sndiri…masuk paper yg projek sukses dengan peruntukkan itu ini tp setengah jalan ja sdh sangkut.ceh!!!bayar bank bulan2 utk rumah tp rumah blum siap coz peruntukan masi tergendala dalam akaun pilihan raya mngkin?? klu betul mau bertanggungjawab silakanlah bayar semula duit yg tersia2 selama projek masi tergendala..Amacam?adil atau tidak?

  • Andiey07 January 7, 2012, 15:07

    kat news SPNB menyiapkan perojek terbengkalai,tapi project sendiri tak di siapkan..indah kabar dari rupa..

  • Anthony January 26, 2012, 00:06

    Kalau diikutkan janjian Jual dan beli, kepada Pemilik Unit, mereka2 itu berhak saman ganti rugi oleh Pemaju atau yang meluluskan projek berkenaan. Pampasan sewajarnya seperti penyewaan ruamh sementara menunggu Unitnya siap diduduki.  

    Kerugian :- Membayar pinjaman Bank yang termasuk dengan bunga selama setahun.
                            
                            Rumah yang disewa sementara menunggu untuk setahun, jumlahnya seharus dibayar 
                            SPNP, jika enggan bayar SPNP boleh disaman oleh Pembeli Unit2 yang masih dalam 
                            pembinaan. 

  • Asai from Tanjung Aru, KK February 6, 2012, 12:02

    saya antara pembeli Putatan Platinum apartment (5th floor, Blok A) .. last year (2011) dlm  bulan jun saya balik KK..saya sempat meninjau projek ini yang dilihat seperti  sudah mau siap… tetapi skrg lain pula cerita.. huhuhu.. planning mau balik sana bulan May 2012 untuk renovate rumah (sbb saya jangka rumah ni sudah siap sepenuhnya dan dapat sijil oc menjelang May 2012).. dan latest news make me feel very dissapointed !! 

    ..

  • Bangun February 7, 2012, 07:48

    Ini semua berpunca daripada sikap pihak SPNB yang suka tidur…
    Kelewatan dalam menyiapkan projek ini disebabkan kelewatan pihak SPNB untuk membayar pihak kontraktor utama (atau pun mungkin tak bayar langsung)!

    Seorang kawan saya memberitahu bahawa pinjaman perumahan yang diambilnya sejak tahun 2010 belum lagi dikeluarkan oleh pihak bank. Kemungkinan pihak SPNB tidur dan belum lagi mengemukaan Tuntutan (Claim) terhadap kerja yang telah disiapkan mengikut Sijil Arkitek. Kalau tiada tuntutan kerja dikemukakan kepada pihak bank, tiadalah duit nak bayar kepada kontraktor utama…

    Cuba tengok Projek Angkasa Apartment di Darau, Menggatal…ianya adalah “joint venture” di antara SPNB, Kinsanuri SB & Binapuri SB. Phase 1 dah sold out dan hampir siap!  Kalau pihak SPNB tak pandai “manag”e projek Platinum Apartments buatlah “joint venture” dengan orang-orang yang pandai buat kerja! itu saja jalan penyelesaiannya…

    SPNB tolong lah bangun dari tidur…

  • vee March 7, 2012, 09:58

    mcm mana mau buat duit kalau tipu orang kata mau siap dalam masa tertentu…kata nak siap dalam masa bulan 12 .2011 tapi tak ada jugak…bila di tanya bole pindah masuk..kata belum siap tnggu bulan 5…org dah muak dengar omong kosong dri delop….Nama SPNB akan terus rosak dan tidak dipercayai org jikalau terus menurus membuat kerja yang tidak tepat pada masa dan tarikh..dan ni nenandakan perancangan yg dibuat tidak berkualiti dan hanya membuang masa….

  • Antispnb April 16, 2012, 13:19

    Jom berkumpul di FB para pembeli PUTATAN PLATINUM… mari kita rangka bagaimana nak menyelesaikan masalah kita…

    http://www.facebook.com/groups/119436931522573/

    dan like Fanpage ni

    http://www.facebook.com/AntiSPNB

    • ronica August 29, 2012, 13:22

      ya saya juga pembeli……ckp siap sudah tapi mana ada siap ……sampai sekarang…ini kira mau ambik kesempatan bah ini spnb…kalo mau buat lama sudah siap……..saja govement tapi tiada apa yang dibanggakan melalui spnb….kalo begini matilah org bayar saja..tapi tiada berbaloi…..mau cari org yang urus ini…mau antam dia….kalo belum siap lagi nin….alamaak mmg mau org mengamuk ni

  • ivy August 9, 2012, 18:47

    walau bagaimana pun, projek itu sedang dalam pembinaan sudah…….cuma harap dapat mempercepatkan projek pembinaan ini, dan kami sebagai pemilik rumah dapat pindah masuk secepat mungkin untuk menjimatkan Kos-Kos tambahan yang kami hadapi sekarang!!!!!!!! 

  • ECA August 23, 2012, 12:53

    Macam takda harapan siap bulan depan tu… Inilah susahnya kalau beli rumah yang belum siap:( Tapi kalau tak beli sekarang sampai bila lah mahu hidup menyewa rumah orang.. Harap lah projek ni cepat siap. Kalau tak, susah lah.. huhu

  • mexz September 1, 2012, 06:56

    Dah lama aku tunggu apatment ni siap..nda juga siap2..sampai la bulan depan pindah kuar dr kk.. kempunan la mau tinggal..

  • Geram October 1, 2012, 12:25

    Kalau tak sempat siap,PLEASE DON’T PROMISE boleh siap pada hujung tahun 2011…Sekarang dah hujung tahun 2012 lah!!!!~~Bina lambat,minta $$ cepat…Gan Na Sai

  • pembeli berang November 22, 2012, 16:03

    Apatment ini dijangkakan siap pada bulan ogos thun 2011. Sudah setahun lebih tidak siap2 dan saya sudah membayar selama setahun. Macam bayar angin dan betul2 rasa marah dan kecewa. Saya bru lalu di tempat itu dan melihat apatment itu tidak akan siap pada tahun ini seperti yang dijanjikan. Sangat menghairankan pihak kerajaan. Buang parit la “Rakyat Didahululukan Pencapaian Diutamakan. Cakap kosong sahaja!!!!! Ini kalilah

Leave a Comment