≡ Menu

Projek PKNP di Bandar Meru Raya Lambat Siap dan Kualiti Sangat Teruk

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pihak aduan rakyat. Saya adalah salah seorang pembeli bagi Projek Perumahan Taman Meru Suria, Bandar Meru Raya, Ipoh.

Projek tersebut adalah usahasama antara Pebadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dengan syarikat pemaju Chempaka Majujaya Sdn Bhd.

Projek ini dilancarkan pada bulan Mei 2016. Mengikut SNP, pihak pemaju sepatutnya menyerahkan Milikan Kosong selewat-lewatnya pada Mei 2018.

BACA:  Projek Perumahan PR1MA Rantau Terbengkalai

Namun, hanya pada bulan Ogos 2018, milikan kosong diserahkan kepada pembeli. Selepas mendapat kunci, para pemilik rumah hampa disebabkan bekalan Air dan Elektrik masih belum disediakan oleh pihak pemaju.

Bukan hanya sekadar tiada bekalan air dan elektrik, pemilik rumah sekali lagi dihampakan oleh pihak pemaju disebabkan oleh kualiti binaan yang teruk dan tidak mengikut speksifikasi yang dinyatakan di dalam SNP.

Hanya pada bulan oktober 2018, barulah bekalan air dan elektrik berjaya dimasukkan.

BACA:  Ketelusan Dalam Mengisi Jawatan Kosong bagi Graduan dalam Sektor Kerajaan

Sehingga ke hari ini, pihak PKNP dan pemaju masih berdolak dalih dan belum membayar tuntutan LAD kepada para pembeli.Aduan kerosakan juga telah dihantar kepada pihak pemaju, namun sehingga ke hari ini masih belum dibaiki.

Saya sangat berharap pihak aduan rakyat boleh membantu kami menyelesaikan masalah ini.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Masalah Pembelian Tiket KTMB Secara Online Salam. Pihak saya dengan ini ingin memohon perhatian pihak SPAD dan badan-badan yg berkaitan, terhadap kualiti servis syarikat Keretapi Tanah Melay...
Kecuaian Hospital Kuala Kangsar dan Klinik Kesihat... Kecuaian yang biasa atau normal dalam kehidupan adalah kecil yang boleh kita terima atas alasan di berikan dengan mudah memohon maaf. Saya redo ap...
Permukaan Jalan Raya Rosak di Lebuhraya Ipoh-Lumut Saya Nazrin Shah Azlan, pengguna harian Lebuhraya Ipoh-Lumut ingin mengajukan aduan tentang kerosakan permukaan jalanraya di beberapa kawasan ...
Ketelusan Dalam Mengisi Jawatan Kosong bagi Gradua... Assalamualaikum, Saya adalah seorang surirumah ingin membuat aduan tentang ketelusan tugas dikalangan Kakitangan Kerajaan dalam menjalani tugas...