≡ Menu

Projek perumahan SPNB di Sandakan

Projek Perumahan SPNB ( Taman Permata ) di Bt 7 Jln Labuk Sandakan yang mula dibina pd tahun 2008 terbengkalai sehingga kini ( 2012 ) sedangkan kami telah dijanjikan projek tersebut siap dlm tahun 2010. Pembelian rumah tersebut melalui pinjaman kerajaan dan akan mula membayar mulai bulan APRIL 2012 melalui potongan Gaji ( Surat makluman dari Jab. Akauntan Negara sudah diterima )sedangkan struktur bangunan blok rumah saya belum kelihatan lagi. Lebih memeritkan lg dalam masa yg sama, saya juga terpaksa membayar sewa rumah yang saya duduki sejak tahun 2009 lg.

Slogan Kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri ” RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” merupakan slogan kosong dan hanya bertujuan mengaburi mata ( menipu ) rakyat. Sykt Perumahan Negara Berhad ( SPNB- Company NO.444205-M beralamat Tgkt 16,Bangunan MAS, Jln Sultan Ismail, 50250 KL ) adalah sebuah sykt yg diperbadankan dan milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan GAGAL menjalankan tugasnya dengan berkesan dengan memantau projek perumahan yang banyak terbengkalai di seluruh negara khususnya di negeri Sabah dibawah kendalian SPNB.

Lebih menyedihkan tiada seorangpun WAKIL RAKYAT BN yg bersuara di DUN Sabah mahupun DEWAN RAKYAT untuk membela nasib & kebajikan rakyat yg tertindas di kawasan yg terlibat dengan masalah ini. LOKASI projek Perumahan ini terletak dalam Kawasan DUN SIBUGA iaitu kawasan yg diwakili oleh Ketua Menteri Sabah sendiri. Tetapi semasa Wakil Rakyat2 ini hendak undi rakyat, mereka berjanji utk membela nasib rakyat. Tetapi kini janji2 Wakil Rakyat2 tersebut hanyalah tin kosong. Ingatlah Wahai YB2 bahawa kita manusia biasa ni hanya boleh membohongi/menipu/memperdaya org lain sekali shj…

By: Shitor Kalasang

{ 5 comments… add one }

  • lanun_darat April 12, 2012, 01:59

    UMNO/BN memang jenis penipu besar lagi rasuah kuat…

  • Disb April 12, 2012, 08:58

    projek SPNB vista minintod pun sama juga… harapkan YB.. YB makan padi.. 

  • Mohd_raffael April 15, 2012, 05:19

    BN = BE END……akan tamat pada pilihan raya umum xlama lagi…hahahahaha….sandiwara semua.

  • pencinta proton April 15, 2012, 20:10

    kerajaan bukan BN, BN bukan kerajaan, Pakatan bukan pembangkang, pembangkang bukan pakatan. BN boleh jadi pembangkang yang baik kerana tahu selok belok tadbir negara. Pakatan boleh jadi kerajaan yang baik pasal tak tahu main rasuah lagi. kita mesti jadikan negara dua parti yang mana tiada parti dominan yang memerintah agar tiada salahguna kuasa.

  • Anti SPNB Benci April 22, 2012, 12:43

    join group… http://www.facebook.com/AntiSPNB

Leave a Comment