≡ Menu

Projek Perumahan Fortune Park di Serian Terbengkalai

Saya adalah salah seorang dari 78 orang pembeli rumah Projek perumahan “Fortune Park” di Serian, Sarawak yang sepatutnya siap November tahun 2016 hingga kini masih lagi belum diserahkan kepada pihak saya dan pembeli-pembeli lain memandangkan projek tersebut menghadapi pelbagai masalah di antara pemaju (KNK Development Sdn Bhd) dan pemilik tanah (Sumbangan Aneka Sdn Bhd) sehinggakan melibatkan kes ni dibawa ke Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

Kes ini tidak terhenti disitu sahaja, apabila pihak pemaju telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan pada 2018. Sehingga kini saya dan pembeli-pembeli lain masih tidak tahu apa keputusan rasmi selepas rayuan bersidang pada pertengahan 2018. Ada yang mengatakan pihak pemaju menang kes rayuan mereka. Persoalannya, sekiranya pihak pemaju berjaya dalam kes rayuan mereka tersebut, mengapa projek perumahan ini tidak diteruskan lagi. Kini hampir 3 Tahun, penyerahan masih belum lagi dibuat dan projek terbengkalai sehingga tiada apa-apa status dari pihak pemaju.

Sampai bila saya harus menunggu dan menuntut hak saya sebagai pembeli walaupun potongan gaji dan bayaran bulanan pinjaman tetap dibayar sejak ogos tahun 2015 lagi (anggaran RM1,000 hingga RM 2,000 sebulan) sedangkan rumah yang dibeli masih terbengkalai sehingga kini dan potongan gaji bulanan saya sebanyak RM1829.16. Pelbagai aduan, laporan dan panggilan bagi mendapatkan penjelasan kepada pihak pemaju sering kali MENDUKACITAKAN saya yang tidak diambil endah, sehinggakan saya masih tidak mendapat sebarang maklum balas, keputusan mahupun status terkini projek perumahan tersebut.  Pihak kami terpaksa juga memohon Surat Pengesahan Projek Perumahan Bermasalah/Terbengkalai kepada KPKT Sarawak agar kadar faedah bayaran bulanan pinjaman bank/LPPSA dapat dikurangkan.

BACA:  Aduan Berkenaan Projek Perumahan Taman Desa Saujana

Aduan kepada pihak TRIBUNAL Perumahan Sarawak tidak dapat diteruskan memandangkan penyerahan hak milik rumah tersebut kepada pembeli masih belum dibuat. Peratusan “Claim” kepada pihak kerajaan mengenai status kemajuan pembinaan terkini pun telah mencapai 95%, tetapi pemaju masih gagal meneruskan projek ini. Persoalan ini juga timbul mengenai Pemantauan/Pembayaran/Penguatkuasaan oleh LPPSA  kepada pemaju, bagaimana pembayaran dibuat sedangkan projek pembangunan langsung tidak mencapai 50-60% siap dalam projek (dilihat mata kasar) tersebut sedangkan 95% pembayaran oleh LPPSA telah dibuat kepada pemaju (sila rujukan peratusan pembayaran yang telah dibuat LPPSA). Adakah LPPSA hanya bersandarkan pada dokumen tuntutan siap semata-mata oleh pemaju tanpa pemantauan projek?

BACA:  Jalan Utama di Kota Samarahan Tidak Berlampu

Aduan melalui emel juga kepada Menteri KPKT Persekutuan, Ketua Menteri Sarawak, Menteri KPKT Sarawak, Ahli Parlimen Serian pada 2018 juga tidak juga terjawab sehingga kini. Kami dan pembeli-pembeli lain terpaksa mencari cara lain dengan melantik Peguam bagi membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi dengan mengemukakan pelbagai tuntutan terhadap pemaju. Kos lantikan peguam ini pun hampir mencecah RM 4000.00. Itu belum lagi kalau ada rayuan kes, berapa kos lagi perlu ditanggung oleh pembeli seperti kami.

Disini saya sertakan gambar-gambar rumah yang diambil tahun 2017 (bayangkan keadaan tahun 2019) tiada progress semenjak 2016 walaupun peratusannya telah mencapai 95% siap seperti yang dituntut. Masalah antara Pemaju dengan Pemilik tanah (Land Onwer) memberi kesan besar kepada semua Pembeli rumah projek ini dan yang menjadi mangsa adalah Pembeli. Rumah idaman yang diinginkan hanya tinggal kenangan. Kawasan perumahan kini menjadi semak samun dan tiada apa lagi yang nak diharapkan. Sudahlah menanggung kos pembayaran bulanan dan kadar faedah bank/LPPSA, ditambah pula dengan bayaran sewa rumah sekarang.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Jalan Utama di Kota Samarahan Tidak Berlampu Assalamualaikum, Syabas kepada Aduan Rakyat TV3 atas inisiatif ini. Saya gembira kerana ada saluran lain untuk kami sebagai rakyat marhaen meng...
Hakisan Tebing ke 2 di Kampung Tambirat Asajaya Jam 8 pagi tadi 22 Januari 2019 berlaku satu lagi hakisan berlaku di tebingan Kampung Tambirat. Hakisan yang telah berlaku sejak 20 tahun sehingga...
Larangan Beli Minyak Petrol Guna Bekas Stesen Minyak Petronas, Kuching Family Park, Jalan Sultan Tengah enggan menjual minyak menggunakan bekas kepada pengguna. Alasan diberikan mereka ...
Jalan Rosak di Kampung Beting Maro Betapa gembiranya kami penduduk kampung Beting Maro apabila telah berpuluh-puluh tahun siapnya jalan yang berbatu menghubungkan kampung kami ke du...