
Projek Pasar Awam di Felda Chemomoi, Triang Pahang yang siap dibina tidak digunakan dan rosak
Salam 1 Malaysia,
Saya ingin membuat aduan berkenaan projek pasar awam di bawah kementerian luar bandar di Felda Chemomoi, Triang, Pahang yang sudal lama siap dibina tetapi tidak digunakan. Projek tersebut dibuat di atas tapak lama pasar di kawasan berkenaan.
Projek gajah putih itu telah mencacatkan pemandangan dan merugikan penduduk di kawasan berkenaan yang rata-rata terdiri daripada kelompok peneroka felda. Disebabkan oleh masalah tersebut tidak membantu masyarakat setempat kerana tidak dibenarkan untuk berniaga dipasar tersebut dan menyukarkan penduduk kerana peniaga berniaga di banyak tempat dan tidak berpusat.
Saya meminta pihak aduan rakyat, Tv3 untuk menyiasat perkara tersebut bagi wang rakyat yang dilaburkan untuk projek berkenaan digunakan dengan sebaik-baiknya. Terima kasih.
By: kassim yusof
| PERINGATAN: AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my. |




